Sedikit coretan ringkas peristiwa semalam..

Friday, December 21, 2007


Ma'arad, Tanta : Pada tahun ini julung-julung kalinya Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta ( DPMT ) telah melaksanakan program berkembar digabungkan menjadi satu iaitu Program sambutan Aidiladha dan Majlis Penganugerahan Sijil ( ABADI ). Program ini bermula pada jam 1 petang bertempat di Dewan Mahmud Syaltut Bait Izzah Jadid. Seterusnya pada jam 1:30 bahagian unit protokol telah memberikan sedikit taklimat berkenaan tatatertib di dalam dewan ketika majlis berlangsung. Lebih kurang jam 1:40 petang majlis bermula dengan rasminya dan telah dipengerusikan oleh saudara Arif.



Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah BP PMRAM Ust.Firdaus Mazlan serta Presiden PMRAM sendiri Ust.Hairul Nizam Mat Hussein. Pengarah Program Sambutan Aidiladha pada kali ini, ialah Ust.Zahran telah memberi sepatah dua kata sebagai pembuka acara majlis. Dalam ucapannya, beliau ada menyentuh berkenaan peristiwa Hujjatul Wida' ketika mana Rasulullah SAW memberi khutbah terakhir. Antara lain berbunyi "Aku tidak ketahui adakah aku diberi kesempatan berucap seperti hari ini". Selain itu, Ust.Zahran ada menyebut tentang peristiwa yang telah berlaku ketika bulan Zulhijjah yang mana telah Islamnya Saidina Umar dan Saidina Hamzah.



 Pengarah Program, Ust. Zahran..

 Seterusnya ucapan dari Pengerusi Tanta, Ust.Wan Hadiyuddin...



Mantan Presiden PMRAM, Ust.Hairul Nizam Mat Hussein...


Selepas itu, giliran Pengerusi DPMT 07/08 pula memberi ucapan alu-aluannya kepada para tetamu yang hadir. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli terutamanya yang telah berkorban pada tahun ini. Apa yang menarik sehingga menyebabkan tetamu gelak besar ialah pesanan beliau ketika ingin mengakhiri ucapan "daging tauzik ambil masak, jangan simpan buat kenangan pula".


Sejurus kemudian, tepat jam 2:13 petang Presiden PMRAM pula memberikan sedikit ucapan. Sebagai permulaannya ada menyentuh berkenaan kisah Nabi Zakaria a.s yang mana beliau telah merintih kepada Allah SWT kerana ketiadaan anak memandangkan isterinya seorang yang mandul. Nabi Zakaria a.s bimbangkan akan nasib Bani Israel sekiranya tiada pemimpin mewarisinya untuk memimpin mereka. Selain itu, Ust.Hairul Nizam ada memuji slogan raya yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar azhar cawangan Damanhur. Slogan tersebut berbunyi "Tawakkal ; bagi Siti Hajar, Kesabaran ; Nabi Ismail a.s, Pengorbanan ; Nabi Ibrahim a.s". Diakhir ucapannya beliau memberikan pesanan berguna kepada para penuntut ilmu di Tanta khususnya supaya belajar bersungguh-sungguh mendalami suatu bidang sehinggakan mampu memberikan contoh tauladan kepada masyarakat kelak sebagaimana yang telah dilakukan Ulama'-ulama' Islam terdahulu antaranya Imam Sayuthi dan Imam Nawawi.


Pesanan kedua ialah supaya ahli-ahli Tanta terus mempertahankan DPMT sebagai wadah PMRAM di Mesir umumnya dan di Tanta khususnya. Seterusnya beliau merasmikan majlis tersebut dengan ummul kitab Al-Fatihah. Acara penganugerahan sijil terus berlangsung selepas itu memandangkan masa tidak mengizinkan untuk berlama-lama.



Dapur bawah tanah, tempat untuk memasak..


Ada sahabat-sahabat yang makan diluar kerana ruang Dewan tidak mencukupi..



Sebelum acara jamuan makan diadakan, Ayahanda seorang pelajar Tanta memberikan sedikit nasihat buat ingatan anak-anak Malaysia yang berada di perantauan. Pada jam 3:15 petang, para tetamu disediakan jamuan nasi bersama kari kambing dan unta sebagai juadah santapan tengahari. Sekian, wassalam.

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP