Cerita Raya lagi..
Sunday, December 23, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Hari raya Aidiladha telah pun berlalu pada tahun ini. Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang 3 hari yang lepas. Suka untuk saya kongsikan bersama dengan rakan-rakan diluar sana. Tetapi memandangkan masa yang agak terhad untuk menguntum ayat-ayat variasi pelbagai bahasa menjadi tatapan teman menyebabkan terpaksa mencuri-curi sedikit waktu yang ada. Memandang hitungan hari sudah mencecah 2 minggu lebih saja lagi untuk bertempur dimedan juang berkonsepkan pemikiran jitu. Pelbagai bucu arah menerjah membawah seribu satu macam ujian sebagai tanda peperangan saraf sebelum peperangan sebenar bermula. Begitulah kebiasaan insan bernama manusia seandainya hidup di dunia fana, tiada waktu tanpa ujian memandangkan itu telah disuratkan di dalam Kalam mulia lebih kurang mafhumnya berbunyi abid beriman adakah sudah terasa selesa dengan gelarannya sebagai orang bertaqwa tanpa ada mehnah dan tribulasi. Sudah tentu jawapannya tidak. Buktinya?berapa ribu ulama' yang ditangkap serta dipenjara kerana hanya menyampaikan Islam?berapa ramai para anbiya' dilontar dengan kejian dan makian malahan ada yang dibunuh?berjuta-juta shabab Islam disiksa dengan siksaan pedih serta menyayat hati. Seluruh penjuru kaffir laknatullah sepakat membawa slogan yang satu iaitu untuk memusnahkan Islam tercinta. Sudah terang lagi bersuluh bukan?. Saya percaya saudara saudari boleh berfikir dengan akal yang waras.
Kelmarin bersamaan Hari Ketiga meraikan Aidiladha, banyak juga jemputan rumah terbuka yang saya ikuti. Bermula selepas jumaat sehinggalah selepas isyak baru pulang kerumah. Perut sudah tidak mampu untuk diisi memandangkan macam-macam makanan ditelan. Bermula dengan jemputan dari Baba rumah Said Imarah disaji pelbagai sajian makanan arab serta diserikan pula dengan halawah ( manisan arab ). Selepas solat asar terus pula ke Rumah mantan Pengerusi DMPT lepas, Ust. Hushaimi Hussian. Beliau menjamu "Bubur Lambuk" dan setengah loghat menggelarkan dengan nama "Nasi Moi". Mungkin sebab lembik kot. Sesuai dengan nama.
Selepas maghrib pula, saya bersama-sama rakan yang lain terus ke Ma'rad tempat kebiasaan kami berbuka puasa ketika bulan Ramadhan lalu. Ammu Abdullah sekali lagi menjamu kami dengan nasi beras arab beserta daging rebus dimakan dengan khudor ( kuah merah dengan kacang ). Selesai menjamu selera sempat pula singgah di rumah teman sekadar berborak kosong dan berziarah. Begitulah serba sedikit diari hidupku semalam..temui lagi dilain kisah..sekian, wassalam.
Ibnurashidi
0 komentar:
Post a Comment