Majlis Korban DPMT
Thursday, December 20, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
فصل لربك وانحر
"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah ( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.." ( Surah Al-Khausar : 2 )
Ayat di atas menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada umat Islam ( yang mampu ). Ianya menjadi sunnah Rasulullah SAW ketika mana hadirnya Aidiladha sebagai tanda untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Klik untuk lihat videonya.
Berkat kefahaman tersebut, maka sekali lagi bumi tanta ataupun bumi badawi ini mengadakan ibadah korban sebagai tanda menyahut seruan ilahi serta pesuruhNya. Kami telah pun melakukan ibadah tersebut pada hari Rabu 19 Disember bersamaan 10 Zulhijjah 1428 Hijrah dengan jayanya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberikan kami peluang untuk melakukan ibadah tersebut bersama-sama. Program tersebut telah dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswan Tanta ( DPMT ) serta turut mendapat kerjasama dari pelajar-pelajar perubatan Tanta. Penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan memandangkan sebanyak 2 ekor unta berjaya ditumbangkan dan 6 ekor kambing turut sama menjadi korban. Sebanyak 150 Kg daging telah dibahagikan kepada mahasiswa Tanta dan selebihnya sebanyak 60 Kg daging pula dijadikan santapan jamuan Aidiladha keesokan harinya.
Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada DPMT kerana telah berjaya mengadakan Program Ibadah korban tersebut. Tidak lupa juga kepada para ahli yang bekorban Unta dan Kambing semoga antum mendapat pahala setimpal atas pengorbanan dilakukan. Semua itu seandainya iklas Lillahhita'ala, InsyaAllah akan memberatkan mizan kebaikan di akhirat kelak. Sekian, Wassalam.
Ibnurashidi
11:05 PM, 20 Disember 2007,
Siberbay.
0 komentar:
Post a Comment