Laporan Program Malam AidilAdha
Wednesday, December 19, 2007
Siberbay, Tanta : Kelmarin bersamaan 18 Disember 2007 bertempat di Imarah Melayu ( rumah penulis ), kamisis Qalyubi sekali lagi menganjurkan perjumpaan bersama-sama ahli bagi mengadakan serta melangsungkan majlis sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Majlis berlangsung pada mulanya dengan menunaikan Solat Isyak berjemaah. Seterusnya majlis di meriahkan lagi dengan alunan takbir raya beramai-ramai dan menggegarkan lagi suasana di malam raya. Sambil menunggu ahli hadir beramai-ramai kami seterusnya mengadakan solat sunat tasbih yang diimamkan oleh Ust.Khairul Anuar diantara wakil exco yang turut hadir.
Alhamdulillah, seramai 40 orang ahli tanta kamsis Qalyubi telah hadir pada malam itu memeriahkan suasana. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah sempena raya yang disampaikan oleh Ust.Hafiz juga exco yang turut hadir pada malam itu. Beliau ada menyentuh tentang ibadah korban yang dilakukan serta betapa sukarnya ingin menunaikan fardhu haji. Ini kerana, katanya ada mahasiswa yang ingin menunaikan fardhu haji pada tahun ini tidak kesampaian kerana terpaksa berpatah balik akibat masalah tertentu. Dan beliau akhirnya mengakhiri ucapannya dengan menyampaikan salam perutusan dari Presiden PMRAM Ust.Hairul Nizam serta Pengerusi DPMT Ust.Hadiyuddin. Sejurus kemudian, diadakan pula jamuan ringan roti fino bersama kuah kari ayam.
Begitulah serba sedikit tentatif program yang kami adakan semalam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Sekian, wassalam.
7 komentar:
kepada kawan2 yang nak ambik gmbr diatas sila bgi emel yer..
salam..meriahnye raya korban kat sane..cm nak join je...hehe..dgg yang digihkan tu masak pe?
emm..smua yang uruskan majlis nie pljar cna ke?dax joinventure ngan pnduduk luar?
one more thing,penulis nie aktif btl kan?:-)
kuah kari wat sndiri ekk??cm sdp :-)
salam..kuah kari wat sendri je.da kwn tlg ramai2..takdela aktif sgt pun..skdr tolong2 gitu2 jer.
daging yg dbagi tu wat msak mcm2 dah..dging greng berminyak,kari,cmpur dgn megi pun ade..hehe.semua pelajar2 malaysia yg buat, penduduk arab juz tgk2 jer..
Post a Comment