Peristiwa di Bulan Zulhijjah (Bulan Haram)
Friday, December 14, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Bulan Zuhijjah merupakan bulan terakhir dalam takwim Islam. Ketika inilah kita akan dapati berduyun-duyun malah berbillion umat manusia beragama Islam pergi ke Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah untuk melaksanakan rukun Islam yang lima. Pelbagai lapisan masyarakat dunia, warna kulit serta rupa paras pasti dijumpai di sana. Ini kerana, haji merupakan ibadat harta benda dan tubuh badan yang akan memberikan banyak manfaat kepada individu dan masyarakat. Allah SWT berfirman :-
"Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah SWT pada hari-hari tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak ( untuk dijadikan korban ) dengan demikian makanlah kamu dari ( daging ) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin" ( Al-Hajj : 27-28 )
Sebab itulah ganjaran pahala bagi sesiapa yang mengerjakan haji amatlah besar sekali sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :-
Sebenarnya tanpa kita sedari, didalam bulan ini tercatat beberapa peristiwa penting yang sepatutnya kita tahu secara mendalam. Antara peristiwa tersebut ialah sebagaimana berikut :-
Hujjatul Wada' dilakukan oleh Rasulullah SAW pada 8 Zulhijjah tahun 10 Hijrah selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW keluar dari kota Madinah pada akhir bulan Zulqaedah tahun 10 Hijrah. Baginda SAW masuk ke Mekah dari sebelah iaitu mengikut jalan Kaddae' dan berhenti di perkampungan Bani Syaibah. Ada pendapat mengatakan bahawa seramai 114 000 orang yang datang dari segenap pelusuk kepulauan Arab menyertai Rasulullah SAW menunaikan haji ini.
Apabila Baginda SAW melihat Baitullah baginda bersabda : " Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, kegerunan, kebesaran dan kebaikan kepada orang-orang yang menghormati rumah ini ( mereka yang mengerjakan umrah )." Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya ( Wasiat Terakhir ) pada 10 Zulhijjah. Ada riwayat mengatakan bahawa ketika itu turunnya ayat terakhir iaitu :
Antara peristiwa lain yang berlaku dalam bulan ini ialah pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab yang berlaku pada akhir bulan ini ( malam Rabu tahun 23 Hijrah ) setelah ditikam oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi. Manakala Saidina Uthman bin Affan telah dibunuh di rumahnya sedangkan tangannya memegang erat Al-Quran pada 28 Zulhijjah.
"Haji mabrur tiada balasan baginya kecuali syurga"
Sebenarnya tanpa kita sedari, didalam bulan ini tercatat beberapa peristiwa penting yang sepatutnya kita tahu secara mendalam. Antara peristiwa tersebut ialah sebagaimana berikut :-
1. Hujjatul Wada'
Hujjatul Wada' dilakukan oleh Rasulullah SAW pada 8 Zulhijjah tahun 10 Hijrah selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW keluar dari kota Madinah pada akhir bulan Zulqaedah tahun 10 Hijrah. Baginda SAW masuk ke Mekah dari sebelah iaitu mengikut jalan Kaddae' dan berhenti di perkampungan Bani Syaibah. Ada pendapat mengatakan bahawa seramai 114 000 orang yang datang dari segenap pelusuk kepulauan Arab menyertai Rasulullah SAW menunaikan haji ini.
Apabila Baginda SAW melihat Baitullah baginda bersabda : " Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, penghormatan, kegerunan, kebesaran dan kebaikan kepada orang-orang yang menghormati rumah ini ( mereka yang mengerjakan umrah )." Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya ( Wasiat Terakhir ) pada 10 Zulhijjah. Ada riwayat mengatakan bahawa ketika itu turunnya ayat terakhir iaitu :
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم اٌلإسلام دينا
2. Peristiwa pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman bin Affan
Antara peristiwa lain yang berlaku dalam bulan ini ialah pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab yang berlaku pada akhir bulan ini ( malam Rabu tahun 23 Hijrah ) setelah ditikam oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi. Manakala Saidina Uthman bin Affan telah dibunuh di rumahnya sedangkan tangannya memegang erat Al-Quran pada 28 Zulhijjah.
Sumber rujukan : Al-Wafi Syarah Hadis 40 ; Imam Nawawi
Panduan Lengkap Kehidupan Muslim; PMRAM
0 komentar:
Post a Comment