Pembuka Bicara Mencetus Rasa
Wednesday, December 12, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Sudah lebih kurang sebulan rasanya saya tidak mempedulikan untuk meng'updates' blog ini atas sebab kesibukan masa mengejar setiap waktuku. Terpaksa mencuri-curi masa terluang untuk cuba menjenguk juga walaupun masa peperiksaan fasal 1 tahun ini sudah agak hampir. Jika dihitung perkiraannya tidak sampai sebulan, mungkin setengah bulan lagi rasanya. Raqam Julus sudah diambil, begitu juga qerneh ( Raqam Julus ialah nombor angka giliran peperiksaan manakala qerneh pula ialah kad untuk masuk dewan peperiksaan ) ini bermakna tidak lama lagi pasti akan berlangsung peperiksaan. Nampaknya persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan bakal tiba masih lagi lintang pukang jika hendak dibandingkan sahabat-sahabat yang mungkin jauh panggang dari api kata orang dulu-dulu.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak mengambil berat hal pelajaran tetapi sudah semestinya tahap kerajinan kita juga perlu dipertingkatkan supaya tidak mengalami penyesalan kelak. Bagi fasal satu, saya hanya bawa 1 madah sahaja iaitu lunghah arabiah yang mana di dalamnya mengandungi gabungan dua madah Balaghah dan Adab. Madah Balaghah pada kali ini membincangkan hal ilmu ma'ani serta cabang-cabang struktur pola ayat yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran serta syair-syair arab untuk ditadbikkan kalam-kalamnya. Di dalam madah Adab pula, ia membincangkan hal ehwal sekitar masalah kedudukan syair, penyair, asal usulnya dan lain-lain lagi. Sebenarnya, saya cuba terangkan kaitan madah-madah di atas supaya sahabat-sahabat di Malaysia yang turut serta membaca penulisan ini lebih memahami kedudukan serta kesukaran madah yang saya ambil ini. Supaya Allah SWT mempermudahkan serta meluluskan hambanya ini...ameen.
Sebenarnya, pada kali ini saya telah cuba mengubah templetes lama kepada baru. Kali ini latarbelakang di ambil bewarna putih susu. Mungkin saya perlu menambahkan pelbagai aksesori colourful lain bagi memeriahkan blog saya. Nampaknya sekarang ini, proses penukaran agak sukar kerana webmaster Blogger semacam mengacau urusanku, terpaksa berulangkali mendaftar emel sepertimana yang diinginkan. Entahlah, apa tujuannya..wallahualam. Terasa juga ingin delete saja blog ini, tetapi sayang juga apa tidaknya sudah hampir setahun usianya bersama dan pelbagai artikel serta luahan rasa hati telah tercoret di dalam. Agak sukar getus jiwaku ( macam novella pulak).
Rasanya tidak ada apa untuk dituliskan buat templetes permulaan ini memandangkan idea sudah haus ditelan waktu. Walaubagaimanapun, Insya'Allah selepas ini saya cuba untuk menulis juga sekurang-kurangnya sehari sekali. Biiznillah..sekian, wassalam.
Ibnurashidi
3 komentar:
Selamat Menjalani Peperiksaan serta najah bersama-sama..insyallah tahun ini..
salam..study elok2 tau..smoga thn nie lbh baik dr yg lps n seterusnye..InsYallah..
semua mendoakan kejayaan..
Salam..syukran..insyallah kita akan cuba sedaya upaya untuk najah serta naik tahun...
Post a Comment