Hukum Memakai Kopiah

Saturday, December 29, 2007

 
 
Jawapannya :-
Syeikh Athiyah Saqr menyatakan bahawa serban hanyalah adat orang-orang Arab untuk memelihara diri mereka dari cuaca panas. Manakala Rasulullah s.a.w. memakai serban sebagaimana adat dan kebiasaan kaumnya.
Memang banyak hikayat dan riwayat mengenai serban, namun kebanyakannya tidak layak dijadikan hujah untuk mensabitkan hukum.
Antaranya ialah hadis riwayat al-Tarmizi: “Sesungguhnya perbezaan antara kami dan antara orang musyrikin ialah memakai serban di atas kopiah.”

Antaranya hadis riwayat Ibnu Thiyalasi, Ibnu Abi Syaibah dan Ahmad bin Mani’ daripada Ali, bahawa Nabi s.a.w. memakaikannya serban pada hari Ghadir Khum.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya serban adalah sebagai batasan antara kufur dan iman.” Di dalam satu riwayat lain “sebagai batasan antara muslimin dan musyrikin”

Antaranya ialah hadis riwayat al-Thabrani daripada Abu al-Darda’: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya telah bersalawat ke atas orang-orang yang berserban pada hari jumaat.”

Syeikh Athiyah Saqr menyebutkan bahawa hadis berkenaan semuanya bertaraf dhaif.


Ibnu al-Haj menyatakan bahawa memakai serban adalah daripada perbuatan mubah (bukan sunnah). Kerana Nabi s.a.w. memakai serban tidak menzahirkan padanya maksud qurbah (pengabdian kpd Allah/ibadah). Malah apa yang dizahirkan ialah menunjukkan maksud adat dan tabiat seperti makan, minum dan berpakaian.

Dalam kitab Zadul Maad menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada ketikanya memakai serban di atas kupiahnya dan adakala memakai kupiah tanpa serban atau memakai serban tanpa kupiah.


Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan bahawa ada sunnah terbahagi kpd 3, iaitu:-

1. Sunnah mu’akkadah, iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, dan baginda menyatakan bahawa ia bukanlah perkara fardhu. Contohnya seperti sembahyang witir, membaca surah dalam sembahyang selepas fatihah dsbnya. Sesiapa yang meninggalkan sunnah ini akan dicela oleh syarak, namun tidak sampai pada tahap menerima siksaan.

2. Sunnah ghairu mu’akkadah, iaitu perkara sunnah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, Contoh, sembahyang 4 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat sebelum asar dsbnya.

3. Sunah selain dari keduanya. Iaitu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengikut adat kebiasaan yang tidak ada hubungannya dengan tugas tabligh dari Allah, atau yang tidak ada hubungannya dengan penjelasan hukum-hakam syarak. Contoh seperti cara berpakaian, makan dan minumnya Rasulullah s.a.w., menyimpan janggut (sbhgn ulama’ mengatakan sunah atau wajib), mendadan misai di mana semua itu adalah adat dan kebiasaan yang baik. Sesiapa yang meneladaninya atau mengikutnya bermakna dia memuliakan Rasulullah s.a.w. Dan, sesiapa yang tidak mengamalkannya, maka dia tidak menerima ancaman dosa atau cercaan dari syarak. Barangsiapa yang menganggap bahawa adat kebiasaan Rasulullah s.a.w. adalah sebahagian dari agama, atau ia telah diperintakahkan secara pasti, bermakna ia telah melakukan bid’ah yang tidak ada dasarnya dari agama.


(Ruj: Syeikh Muhamad Abu Zahrah, Usul al-Feqh)


Masalah org tidak berkopiah adalah fasiq?

Ia adalah berkaitan dgn masalah muru’ah. Ia dapat dilihat berdasarkan kepada uruf ( keadaan ) dan adat setempat.

Pada zaman hang tuah, barangkali tidak perbuatan berkaki ayam ketika berjalan di kota adalah satu perbuatan biasa yang tidak dikeji. Namun sekarang ini, apabila seseorang itu berjalan di kampung atau di kota dengan berkaki ayam, sudah tentu ia adalah dikeji oleh masyarakat setempat. Ia dapat menjatuhkan muru’ah seseorang. Sedangkan memakai kasut atau berkaki ayam hanyalah perkara mubah dari adat kebiasaan manusia.


Begitu juga dengan berkopiah dan berserban.


Kesimpulan:-

1. Rasulullah s.a.w. memakai serban atau kopiah bukan atas tujuan memberi hukum, tetapi kerana berdasarkan adat kebiasaan kaumnya.

2. Hadis-hadis yang menceritakan tentang serban kebanyakannya dhaif yang tidak layak dijadikan sebagai hujah hukum.

3. Sesiapa yang memakai serban adalah telah memuliakan Rasulullah s.a.w., tetapi yang tidak memakainya tidak tercela.

4. Memakai serban atau kopiah adalah adat yang baik terutamanya kepada para ulamak' kerana serban merupakan pakaian tradisi para alim ulama'.


Sekian, wassalam

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP