Kisah Semalam..
Tuesday, September 25, 2007
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh…
Alhamdulillah, baru saja sampai Tanta setelah dua hari berada di Kaherah kerana mengikuti mesyuarat Program Konvokesyen PMRAM yang akan dilaksanakan pada 9 Syawal bersamaan 20 Oktober 2007 nanti. Saya telah ditaklifkan sebagai AJK kecil Unit Aturcara Dan Persembahan. Terasa kerdil dan tidak mampu untuk meng'handle' tugas seperti itu walaupun namanya ajk kecil tetapi tugasnya besarlah juga. Harap-harapnya dapatlah saya laksanakan sebaik mungkin, maklumlah program besar melibatkan PMRAM risau juga dibuatnya. Sebenarnya saya ingin berkongsi serba sedikit cerita selama 1 setengah dari Tanta ke Kaherah kelmarin. Tidak ada apa yang istimewa pun hanyalah sekadar nak berkongsi cerita. Selama perjalanan di dalam Tramco@Van itu, saya terpandang satu aksi yang jarang ada kat Mesir. Kat Malaysia banyak. Aksi "willy" ataupun digelar "up tayar" motosikal. Selalunya, budak-budak mat rempit tak sayang nyawa kat Malaysia saja yang pandai buat aksi seperti itu. Seorang remaja arab sedang cuba untuk mengangkat tayar depan motosikal jenis RSZ lama. Terasa nak tergalak pun ada melihat gelagat beliau. Apa-apa pun, saya harap budaya Mat Rempit tidak berlakulah di Mesir ini.
Sejurus sampai Kaherah, saya terus bergegas ke Rumah Kelantan kerana di sana akan diadakan mesyuarat tersebut. Nampaknya, terdapat ramai pelajar-pelajar baru samaada dari kalangan ikhwah mahupun akhawat sedang berkumpul di situ. Ini kerana, menurut sumber mereka akan menghadapi peperiksaan Tahdid Mustawa bagi Kuliyyah Bahasa Arab. Selepas kami selesai mesyuarat, telah berlangsung pula kuliyyah Syeikh Nuruddin Al-Banjari di tingkat bawah surau Rumah Kelantan. Ramai juga ikhwah yang hadir pada petang itu. Alhamdulillah.
Sepanjang saya berada di sana, saya mengalami masalah selsema yang berlanjutan setiap malam. Malah sehingga sekarang masih selsama lagi. Ini amatlah menyukarkan pergerakan ke sana ke mari. Mungkin faktor cuaca yang mana perubahan dari musim panas ke musim sejuk menyebabkan kami mengalami sindrom demam selsema. Semoga Allah SWT menyembuhkan kami. Apa menarik di Kaherah ini ialah kerana terdapatnya bazar Ramadhan selama sebulan yang berlangsung didataran Rumah Kedah, Selangor, Pahang, Terengganu serta Sarawak. Terasa seperti berada kat Malaysia lah pulak. Apa tidaknya, pelbagai juadah berbuka boleh didapati di sana contohnya laksa penang, burger, murtabak, kuih muih, serta pelbagai juadah pembuka selera yang lain. Kalau di Tanta, jangankan nak jumpa murtabak, kuih karipap pun susah. Maklumlah kami semua pelajar lelaki. Tak sempat nak uli-uli tepung nih..kalau ada pun bagi golongan mutazawijin (dah kahwin ler ).
Setelah selesai semua kerja, saya sempat berkunjung ke rumah sepupu saya yang baru sahaja sampai ke Mesir pada minggu yang lepas. Sempat juga disoal bertubi-tubi oleh sepupu dan kawannya berkenaan keadaan Mesir, muamalat dengan arab, suasana kuliyyah. Sebenarnya, bila difikirkan terasa pantasnya masa berlalu terasa baru semalamku menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini. Terasa juga bagai semalam Ramadhan yang lepas berlalu. Muncul Ramadhan pada kali ini. Tetapi diri ini masih takuk lama. Ilmu-ilmu Islam didada masih kurang. Masih belum mencukupi untuk berhadapan dengan gelombong manusia di Malaysia yang masih dahagakan ilmu-ilmu agama. Bagaimanakah diri anda pula wahai sahabat-sahabatku? Dah dapat jawapan sila bagi komen..hehehe.
Sekian coretan ringkasku pada kali ini..teruskan membaca blog dhaif ini yer!
By : IbnuRusyd
1 komentar:
salam...
syafakallah...apepun mg dpt laksanakan tanggungjwb yg telah ditaklifkan dgn sepenuh ikhlas hati...mg Allah meringankan beban dan menyembuhkan sindrom selsema...
nur_qalam...
GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN
Post a Comment