Sebuah kisah di suatu malam...

Saturday, August 11, 2007


الحمدالله ربى العالمين والصلاه والسلام على اشرف الأنبياء والمرسالين وعلى آله سيدنا محمد اما بعد...


قال رسول الله صلى الله عليه وسـلم : لاترتكبوا ما ارتكب اليهود وتسـتحلوا محارم الله بأدنى الحيل.

"Jangan kamu lakukan seperti mana yang dilakukan oleh kaum Yahudi, lalu kamu menghalalkan larangan-larangan Allah dengan seburuk-buruk helah."


Hadis diatas jelas menyatakan keharaman membuat tipu helah sebagaimana yang dilakukan oleh puak-puak Yahudi. Ceritanya sudah masyhur, semenjak dibangku sekolah lagi kita pernah diceritakan berkenaan kisah kaum Yahudi yang mana Allah telah mengharamkan ke atas Yahudi untuk memancing pada hari Sabtu. Lalu mereka membuat tipu helah untuk mengelakkan diri dari pengharaman tersebut. Mereka membuat pukat pada hari Juma'at supaya terperangkap semua ikan-ikan yang datang pada hari Sabtu itu, lalu mereka pun mengambilnya pula pada hari Ahad. Cara begini buat orang yang suka membuat helah memanglah boleh, tetapi pada pendapat para fukaha Islam adalah haram. Sebab maksud pengharaman itu ialah menahan diri dari menangkap ikan yang ada pada hari Sabtu itu dengan bersebab ataupun mendapatnya dengan cara lain.


Sebenarnya tujuan saya menyatakan kisah diatas sebab ada hubung kait dan ada kisah tersurat disebaliknya. Saya menulis pada malam ini (waktu 1:32 am 12/08/2007) selepas pulang dari bandar pada Jam 12 am tadi kerana atas kesedaran untuk peringatan sahabat-sahabat yang berada di Bumi ardul kinanah ini supaya tidak mengalami nasib yang sama seperti saya. Ceritanya begini, pada hari rabu lepas saya bersama seorang rakan ke Bandar Tanta kerana ingin membuat kacamata baru. Setelah puas merayau-rayau akhirnya terjumpa sebuah kedai kacamata bernama "ARABI" terletak di Medan Sa'ah, Bandar Tanta. Saya dan rakan memberitahu kepada tokei n kuli kedai tersebut bahawa saya ingin membuat kacamata baru. Saya sertakan sekali kacamata kawan sebagai contoh, kerana power kacamatanya sama dengan saya walaupun kacamata beliau pecah sebelah. Ini kerana bagi memudahkan urusan, jika mengikut prosedur Mesir kita perlu 'medical check-up' dulu andai belum ada kacamata. Sebab itu saya meminjam kacamata kawan untuk memudahkan urusan. Jadi, saya menyatakan ingin membuat kacamata baru bukan nak repair kacamata kawan. Maka Si Arab tadi terus mempersilakan untuk membuat pilihan bingkai kacamata yang diingini. Setelah berpuas hati, saya membuat pilihan salah satu dari padanya. Kos keseluruhan bagi kacamata baru ialah LE150, dan kata Si Arab tadi seandainya dibayar secara cash saya akan dapat diskaun hanya perlu bayar LE120. Jadi saya dengan senang hati, bayarlah LE120 secara cash. Selesai kisah pada hari rabu tersebut.

Pada hari ini Sabtu 11/08/2007, tarikh siap kacamata tersebut. Saya bersama seorang rakan ke kedai itu sekali lagi bagi menuntut kacamata yang ditempah. Si Arab tadi menyambut kami dengan senyuman sinis, kami rasakan agak gembira kerana layanan sebegitu. Tapi rupanya ada udang disebalik char kuew teow penang!!Si Arab tadi menghulurkan kacamata yang ditempah, tetapi apa yang mem'bengang'kan saya sebagai seorang manusia yang normal. Dia telah me'repair' kacamata kawan saya yang pecah sebelah cerminnya. Bukannya kacamata yang ana pilih bingkainya serta membayar LE120 tempoh hari!alasannya Si Arab penyamun tadi mengatakan dia dah tulis di resit untuk me'repair' bukannya buat yang baru. Aduii, dugaan betul bermualah dengan arab. Apalagi ana dan kawan ana marahlah, siap tengking dan maki arab tadi. Yang sakit hatinya, dengan senang hati dia kata tak faham apa yang kami cakapkan malah senyum pula tanda puas hati berjaya menipu kami!

Itulah serba sedikit kisah mengenai pelajar-pelajar malezi yang ditipu arab malah saya yakin ramai lagi yang pernah ditipu arab awam. Semuanya menjadi suatu pengajaran berguna didalam menempuh kehidupan mendatang dan mempelajari aneka ragam perangai manusia dimuka bumi ini. Tujuan saya menulis ini bukan bertujuan memburukkan sesuatu bangsa, tetapi hakikat sebenar jika sesebuah masyarakat tidak mengamalkan ajaran Islam secara kaffah maka begitulah jadinya. Kucar kacir manusia dibuatnya. Selain itu, sebagai peringatan warga azhariyyun semua berhati-hatilah ketika bermualah dengan arab awam kerana mereka amat cekap dan pintar dalam hal ehwal tipu helah. Sekian, wassalam.


P/S : Kepada warga Tanta yang ingin membuat kacamata@spek mata, tolong jangan buat dikedai kacamata "ARABI" di Medan Sa'ah. Kita boikot kedai tu kerana penipuannya!!untuk kebaikan bersama.

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP