Media Lebih Jijik!

Monday, August 27, 2007

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
 
Saya seperti biasa seringkali melayari beberapa laman untuk mengetahui berita-berita terbaru yang disiarkan pada setiap hari. Tertarik dengan sebuah web akhbar tempatan, yang mana di muka utama lagi menyiarkan sebuah artikel bertajuk "Mat Rempit Jijik" bertarikh Ahad 26 Ogos 2007. Setelah dibaca berita tersebut, terasa semcam tidak berpuas hati dengan berita yang di siarkan tersebut. Bukanlah kerana penulisannya tidak menarik atau kerana design web tersebut kurang cantik. Akan tetapi apa yang saya ingin tuliskan di sini ialah berkenaan dengan penyiaran berita. Di sini saya tidak ingin membicarakan tentang masalah 'Mat Rempit' tidak bermaruah serta tidak berkesudahan itu, akan tetapi yang menjadi masalah lebih besar di sini ialah media elektronik di alam maya juga turut sama bersekongkol dengan golongan 'Mat Rempit' tanah air bagi mempromosikan aksi-aksi jijik serta aksi-aksi menuju ajal. Apa tidaknya, di dalam akhbar tersebut menceritakan secara detail bagaimanakah cara untuk melihat adegan mat dan minah rempit tersebut. Bahkan turut disertakan juga tajuk aksi manusia hilang pedoman itu..nauzubillah.

Jika di fikirkan apakah motif penyiaran semua ini? adakah ini dinamakan kebebasan media yang digembar gemburkan? dimanakah kredibiliti akhbar tempatan jikalau inilah cara untuk mengaut keuntungan atau ingin lonjakkan populariti?. Logik akalnya, manusia tidak akan tahu jika tidak di beritahu oleh orang yang tahu. Bila masing-masing sudah tahu, bukankah ia boleh menjadi lebih kronik? Fikirkanlah bagi siapa yang mahu berfikir.

Oleh itu, tidak syak lagi sememangnya media massa turut sama mempromosikan segala macam bentuk gejala sosial yang berlaku dewasa ini. Secara tidak langsung, aktiviti sosial ini akan bertambah parah lagi. Bahkan menuju kearah ciri-ciri keruntuhan akhlak yang teruk sepertimana yang berlaku di negara-negara barat. Muda-mudi barat bukanlah lagi boleh dinamakan sebagai harapan negara akan tetapi amat wajar di gelar penyebar serta perosak negara itu sendiri. Budaya inilah yang sedang menular serta menikam para muda-mudi kita, sehinggakan sanggup membiarkan diri menjadi sampah masyarakat.
Cuba kita lihat kembali, kebanyakkannya segala macam bentuk gejala pelik-pelik ini lahir ketika era pimpinan Islam Hadhari Pak Lah. Bukan setakat isu Mat Rempit yang tiada kesudahan, malah berdozen-dozen lagi masalah yang berlaku. Umat Islam Malaysia di sogokkan dengan konsert barat, hiburan melampau, maksiat, zina, minum arak, rasuah bersepah-sepah di mana saja. Inilah sebenarnya era Islam Hadhari ala Pak lah mahukan. Membiarkan muda-mudi melayu Islam menjadi haru biru kerana apabila rosak para remaja lebih mudah pihak kerajaan UMNO lebih lama memerintah negara. Jika lahir para intelektual serta cendiakawan dari kalangan pemuda-pemudi yang faham tentang Islam secara kaffah, ini mereka lebih takutkan. Bagi mereka mungkinkah golongan ini bukan saja mampu menggoyangkan tiang kerajaan malah boleh meruntuhkan terus rejim Hadhari. Oleh sebab itulah mereka lebih suka muda-mudi menjadi liar dan terleka dengan budaya Hedonisme. Bahkan di support pula oleh media-media kerajaan serta tali barutnya untuk mempromosikan segala macam gejala-gejala maksiat yang berlaku. Jadi, saya merasakan tidak mustahillah mengapa kerajaan sanggup membuta tulikan bila sesuatu gejala pelik-pelik berlaku di kalangan remaja.

Kesimpulannya, pada pandangan saya semua media massa dan elektronik tempatan yang bersekongkol dengan kerajaan dan gejala sosial ini telah mendapat beberapa faedah besar. Antaranya :-
 
1. Berjaya lariskan akhbar kerana menyiarkan isu panas bak pisang goreng panas.
2. Populariti semakin meningkat.
3. Mempopularkan wajah-wajah 'Mat Rempit' di mata dunia.
4. Bersama-sama menjayakan program maksiat.
5. Mendapat ganjaran yang dasyat di akhirat kelak kerana bersama-sama menolong kearah kemaksiatan.


Semoga kita semua bukan tergolong di kalangan golongan di atas. Wallahu'alam.


Ibnurashidi

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP