Apa boleh buat..
Friday, August 24, 2007
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..selamat bertemu kembali buat rakan-rakan komuniti maya sekalian. Dalam tulisan ringkas ini saya hanya ingin berkongsi cerita serba sedikit tentang diri ini. Alhamdulillah, pagi tadi ( yakni bersamaan 24/08/07) saya baru pulang dari Kaherah. Setelah 3 hari berpenat lelah memerah otak dan sebagainya dalam menyertai pertandingan sempena hari kemerdekaan yang dianjurkan oleh PMRAM. Syukur juga kepada ilahi pertandingan yang saya sertai mendapat nombor 2 walaupun tidaklah sehebat peserta dari furu' ataupun muhafazah lain.
Sebenarnya tujuan saya menulis entri ringkas ini, untuk memberitahu bahawa saya tidak dapat untuk updates entri baru di dalam blog ini kerana di sebabkan internet terputus kembali. Musykilah apa? saya pun tak tahu. Duit sewa bulan ni, dah bayar penuh. Tapi internet asyik terputus saja. Saya sekarang sedang menulis di cyber cafe tersebut, sambil menunggu bos besar datang. Kadangkala terasa tension juga dengan perangai arab ni. Tak habis-habis musykilah awi. Pelbagai alasan yang kadang-kadang tidak logik akal untuk difikirkan terpaksa difikirkan. Hanya mampu bersabar sajalah. Itulah lumrah kehidupan pelajar-pelajar Azhar di Mesir seandainya teman-teman di Malaysia ingin tahu. Segala masalah datang bertubi-tubi. Seandainya tidak mampu untuk berdikari, mungkin amat susah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Fuss, terasa lega sedikit bila dapat menulis entri ini untuk berkongsi perasaan yang dilalui diri ini..walauapapun, terima kasih jika ada yang sudi membaca coretan yang boleh dikategorikan sebagai merapu ini. Kepada teman-teman seangkatan yang bakal bertandang ke bumi Mesir pada bulan 9 ini, saya ucapkan ahlan wasahlan. Sebelum datang, betulkan niat kita serta perlu mempunyai iltizam serta semangat yang kuat untuk belajar di bumi anbiya' ini. Belajar menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah untuk di hadapi, bukanlah seperti kita meneguk air ataupun kita makan nasi. Belajar memerlukan motivasi yang tinggi, tidak kiralah di pelusuk mana sekalipun kita berada. Pasti akan ada, cabaran-cabaran sampingan yang mendatang. Apa perlu kita lakukan bila menghadapi semua ini? jawapannya ada pada mereka yang pernah dan sedang alaminya.
Rasanya cukup dahulu untuk saya berceloteh meluahkan perasaan untuk dikongsi bersama pada kali ini. Jam ditangan dah menunjukkan waktu 12:30 pagi bertarikh 25/08/07. Saya perlu pulang ke rumah segera, kerana sudah agak lewat. Bila internet akan connection semula? entahlah..saya pun tak tahu..tunggu dan lihat sajalah, mungkin esok atau lusa kot.Insya'Allah. Semoga bertemu kembali dilain masa. Sekian, wassalam.
By : Ibnu Rusyd
0 komentar:
Post a Comment