Entri kembali semula..
Sunday, August 19, 2007
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وبعد.......... ...
Pada petang tadi sempat juga saya menaip sedikit artikel untuk disiarkan dalam blog ini sebentar lagi..Insya'Allah. Di samping menulis entri di blog ini, sebenarnya saya masih tercari-cari apakah tajuk yang sesuai untuk ditulis buat menyertai pertandingan pembentangan kertas kerja AMIND ( PMRAM) di kaherah nanti. Terasa seram sejuk juga bila memikirkan pertandingan tersebut. Apa tidaknya dengan tajuk belum dicari, persediaan belum dibuat..terasa bimbang juga andai persediaan tidak semantap furu' yang lain. Walau apapun yang berlaku, saya akan cuba sedaya upaya mencuba sebaik mungkin. Bak kata pepatah masyarakat kita "belum cuba belum tahu..". Jadi saya rasakan kita perlu ada sifat mencuba (benda yang positif sahaja) barulah kita akan alami pengalaman tersebut. Sebelum ini pernah juga saya terlibat dengan pembentangan kertas kerja ini tapi bukanlah untuk menyertai pertandingan hanya sekadar di suruh pensyarah sewaktu belajar di IPT dulu. Itu dulu, sekarang dah lain. Ilmu di dada masih kering kontang, apatah lagi ingin menyampaikan ilmu kepada orang lain. Itu yang lebih menakutkan saya sebenarnya. Apapun saya cuba juga untuk tidak menghampakan harapan sahabat-sahabat Tanta sekelian. Saya minta minta maaf awal-awal andai saya tak mampu menjuarai pertandingan tersebut. Harapan saya, kalian doakanlah kita menang!.
Rasanya itu sahajalah coretan ringkas berkenaan peristiwa yang berlaku hari ini dan 2,3 hari yang lepas. Jika ada peristiwa yang menarik, Insya'Allah saya akan tuliskan kembali untuk tatapan teman-teman samaada di bumi Mesir ini mahupun di Tanah air Malaysiaku..sekian, wassalam.
By : Ibnu Rusyd
0 komentar:
Post a Comment