PERKHEMAHAN MUSIM PANAS 2007
Saturday, July 7, 2007
03/07/2007
8:30pg : Tiba ke Mukhayyam Daim, Kaherah. Berehat-rehat bersama kawan-kawan sambil tunggu bermulanya program.
1:00ptg : Solat zohor beserta Jamak Takdim dan makan tengahari.
1:30ptg : Majlis bermula dengan ucapan dan perasmian program oleh Ust.Hairul Nizam
( Presiden PMRAM ). Ucapan Pengarah Program PMP ’07 iaitu Ust.Fairuz seterusnya ucapan Pengerusi DPMT ‘06/07.
3:30ptg : Ceramah (talk show) oleh Ust.Tuan Harun Tuan Cob (mantan Presiden PMRAM)
5:00ptg : Pembahagian Kumpulan serta LDK.
5:30ptg : Sukan. Antara permainan yang disertai ialah sukan rakyat serta bola sepak. Kumpulan kami iaitu kumpulan 4 berjaya ke peringkat akhir bola sepak.
7:30ptg : Kendiri.
8:30mlm : Solat Jamak Maghrib&Isya’, zikir serta tazkirah.
9:00mlm : Ceramah Oleh Ust Mahyuddin bertajuk Islam Hadhari.
11:00mlm : Tidur.
04/07/2007
4:00pg : Solat Subuh dan tazkirah. Agak menarik kerana kami dikehendaki bersolat berlantaikan tanah berpasir tanpa alas mahupun tikar.
5:30pg : Senaman serta kawad.
7:00pg : Ceramah bertajuk “Shabab” oleh Ust.Nik
11:00pg : Pertandingan Masak telur dan Ubi kentang dengan sebatang mancis. Kumpulan 4 menang lagi!lepas kena makan, walaupun tak selera tapi terpaksa telan juga sikit.
1:00ptg : Makan, Solat dan kendiri
1:30ptg : LDK
2:00ptg : Pembentangan LDK
3:00ptg : Kuiz teka&menang. Kumpulan kami sekali lagi berjaya membolot hadiah dan menang tempat pertama.
4:30ptg : Cari kayu api untuk aktiviti “Fire Camp” malam ini.
5:00ptg : Sukan. Perlawanan Bola Sepak Akhir. Kumpulan kami sekali lagi menjuarai pertandingan tersebut. Seterusnya bermain sukan rakyat iaitu “tuju kasut”.
7:00ptg : Kendiri, Solat Maghrib&Isya’ dan tazkirah.
8:30mlm : Ke tapak “Fire Camp” untuk aktiviti BBQ, panggang ayam. Sambil panggang ayam diadakan nyanyian solo nasyid. Ana terpaksa menyanyi 2 lagu. Satu pengalaman yang menarik!
11:00mlm : Makan bersama Presiden PMRAM.
12:00mlm : Tidur.
05/07/2007
4:00pg : Solat Subuh serta tazkirah.
6:00pg : Aktiviti senaman pagi serta kawad ala “tentera”. Hari ini penat serta lenguh-lenguh badan. Walau pun terasa letih tapi masih bersemangat untuk aktiviti seterusnya.
7:00pg : Bermain permainan yang agak adventure. Memanjat bukit serta dibaling air bertubi-tubi, berkawad, menyanyi, didenda, tarik troli, lompatan ala “Silat Gayung Pusaka Malaysia” iaitu mengambur anak harimau, memcari belon di atas pokok, bergayut, merangkat bawah jarring, bermain bola keranjang, bergolek tayar serta mencari urusetia yang bersembunyi. Fuss, agak kepenatan yang tak terhingga!
10:30pg : Selepas berjaya mengharungi permainan dasyat itu, kami makan bersama-sama.
11:00pg : Kendiri dan rehat.
12:00tghri : Majlis penutup dirasmikan oleh Pengerusi DMPT iaitu Ust Hushaimi Hussian, penyampaian hadiah (kumpulan kami berjaya memenangi bahagian permainan).
1:00tghri : Solat Zohor&Asar serta Majlis Wida’.
1:30tghri : Bersurai. Seribu satu macam pengalaman baru serta perasaan yang kami alami, gembira, penat, haus, lapar, tekanan, sabar, geram dan sebagainya. Walau apapun perasaan yang kami alami, ianya telah menjadi kenangan manis dan pahit buat kami. Terima kasih DPMT!
0 komentar:
Post a Comment