HAKCIPTA MENURUT ISLAM

Thursday, June 28, 2007

HAKCIPTA MENURUT ISLAM

Kenapakah hakcipta diharamkan?
Apakah nas-nas (dalil) yang menyebut bahawa hakcipta adalh haram?
Apakah perbezaan di antara mencuri ilmu dan hakcipta?
Adakah meniru hasil penulisan orang lain tergolong sebagai perbuatan mencuri?


Tidak menghairankan jika didapati ramai orang Islam berpendapat hakcipta adalah halal kerana penguasaan pemikiran barat menusuk ke dalam pemikiran orang-orang Islam tanpa mereka sedari. Sebelum membentangkan hujjah bahawa Islam melarang hakcipta, umat Islam mesti faham bahawa jika orang-orang Barat membenarkan hakcipta terpelihara itu bukan bermakna umat Islam mesti menjadi pak turut dan bersetuju bahawa Islam juga menjamin hakcipta. Bagi membolehkan seseorang itu mengatakan ia dibenarkan atau tidak ; dalil (bukti) mestilah diperolehi dari Al-Qur’an atau Sunnah Atau Ijmak Sahabat (persetujuan para sahabat Rasulullah SAW) atau Qiyas. Dalil yang mengharamkan hakcipta adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW bersabda: “Perkara paling yang kamu boleh dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. Walaupun begitu aktiviti menulis buku umpamanya hanyalah merupakan usaha merakamkan ilmu. Oleh kerana menyampaikan ilmu yang dirakamkan adalah sama dengan merakamkannya seperti dalam bentuk penulisan, kita dibenarkan oleh Islam untuk menerima bayaran. Rasulullah SAW pernah mewajibkan tawanan perang Badar mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai tebusan . Ini adalah bukti bahawa kita dibenarkan mengupah orang untuk menyampaikan ilmu.

Apabila ilmu itu telah disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan, maka ilmu yang diterima oleh seseorang itu menjadi haknya. Oleh itu, orang yang menerima ilmu itu berhak menyampaikannya kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dan boleh mendapat bayaran darinya. Oleh itu mereka yang diajar membaca dan menulis oleh tawanan-tawanan Perang Badar berhak mengajar orang lain tanpa mendapat izin dari orang-orang yang mengajar mereka. Tambahan pula, ilmu secara umumnya adalah dibenarkan (mubah). Dibenarkan bermaksud semua oramg dibenarkan menerima ilmu, dibayar kerana mengajarnya (sesiapa sahaja yang mengajarnya dan tidak semestinya orang-orang yang mula-mula mengajarnya). Ilmu adalah hak milik sesiapa sahaja yang memilikinya dan bukan hanya hak milik orang yang mengajarkannya sahaja. Oleh itu, selagi seseorang memiliki ilmu, ilmu itu adalah miliknya tetapi jika dia mengajarkannya kepada orang lain, dibenarkan bagi sesiapa pun untuk menggunakan ilmu tersebut melalui sebarang kaedah tanpa izin pemilik ilmu yang asal.

Oleh itu tidak siapa berhak untuk memiliki hakcipta kerana apa yang ditulis dalam buku contohnya adalah ilmu. Selagi seseorang memiliki ilmu itu, itu adalah haknya tetapi apabila dia telah mengajarkanya kepada orang lain secara lisan atau penulisan atau melalui mana-mana kaedah, maka orang lain yang menerima ilmu itu berhak menggunakan ilmu itu termasuk menerima bayaran kerana mengajarnya. Oleh itu, membuat hakcipta adalah satu perbuatan yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT. Menguatkuasakan peraturan hakcipta adalah perbuatan mengharamkan ilmu dari diperolehi dan diajar dan ini bertentangan dengan Islam yang menggalakkan pengembangan ilmu. Oleh itu, diharamkan bagi sesiapa pun untuk mempunyai hakcipta. Ini walaubagaimana pun bukan bererti bahawa apabila seseorang membeli buku atau program komputer contohnya dan mendakwa bahawa beliau (pembeli) adalah pengarang buku itu atau program komputer itu. Dakwaan seperti ini adalah pembohongan (Bukan tergolong sebagai perbuatan mencuri dan diharamkan oleh Islam).

Disamping itu, jika buku atau program komputer itu diperolehi secara sah disisi Islam, adalah milik orang yang memperolehinya. Oleh itu sebagaimana dengan barang pemilikan lain, buku atau program yang mengandungi ilmu itu boleh dijual, disewa, diajar dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang boleh memiliki sesebuah buku atau program komputer yang ditulis oleh orang lain tetapi tidak boleh menjualnya atau menyewakannya atau menghadiahkan apa yang dimilikinya sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam ke atas pemiliknya bermakna mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.

Tentang isu mencuri ilmu seseorang, terdapat 3 syarat dalam Islam yang menjadikan sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri:

Mengambil barang tanpa mendapat izin pemilik barang tersebut.

Mengambil barang dari tempat yang lazimnya ia disimpan.

Nilai barang itu melebihi nilai minimum yang ditetapkan oleh Islam sebagai perbuatan mencuri.

Oleh yang demikian, perbuatan seperti meniru ilmu atau mengajar ilmu kepada orang lain atau mendapat bayaran hasil dari mengajar ilmu walaupun ilmu itu asalnya datang dari orang lain ia tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga syarat yang ditetapkan di atas dan Islam tidak mengkategorikannya sebagai perbuatan mencuri..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan pola pemikiran bukan Islam. Jadikanlah Islam sebagai mabda’/ideology yang memandu kehidupan kita.


Wallahu A’lam

“Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Ala Minhaj Nubuwah”


“penyalinan semula artikel ini adalah amat- amat dialukan untuk disampaikan kepada orang lain. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah”

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP