Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi beserta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat baginda kerana dengan hirupan nafas diberi dapat bertemu kembali didalam coretan kecil ini bagi meneruskan usaha untuk memeriahkan lagi weblog penulisan saya.
Tamatlah sudah imtihan fasal 2 pada tahun ini yang berlangsung baru-baru ini maka tamat jualah detik ujian dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh semua mahasiswa dan mahasiswi yang bergelar Azhari. Walauapapun dan siapapun mereka pastinya selepas ini saat yang lebih mencemaskan ialah penantian keluarnya natijah imtihan fasal 1&2 semuanya disana akan terjawab setiap persoalan yang bermain dibenak kita selepas ini. Mungkin ada yang tersenyum gembira sambil teringat keluarga tercinta dan mungkin jua Allah SWT berikan ujian kepadanya. Itu sudah menjadi lumrah ataupun adat bagi seorang penuntut ilmu. Walaubagaimanapun Allah SWT menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba hanya mampu menerima dan bersyukur dengan apa yang diberikan. Malah dalam fikiran saya kini, seperti juga sahabat-sahabat yang lain tidak mampu dan menjangka apa kesudahan yang akan diperolehi. Tetap hati saya lebih berat untuk mengatakan najah semoga Allah SWT memakbulkan permintaan mendapat keputusan cemerlang kerana ianya amat berharga buat diriku, keluargaku, malah umat Islam seluruhnya InsyaAllah. Ku Doakan jua kepada teman-teman seperjuangan akan sama-sama cemerlang bahkan dapat melangkah ke tahun hadapan dengan fasal dan madah yang berlainan pula. Amin Ya Rabbal Alamin..
Di sini tidak ada apa yang ingin dicoretkan melainkan sedikit pengalaman menghadapi dan menjawab imtihan di perlembahan Nil ini. Amat perit sekali apabila mula-mula mendapat jadual peperiksaan kerana madah yang di ambil pada kali ini lebih berat serta banyak juga. Disertakan lagi dengan dekatnya hari antara hari menjawab imtihan maka lebihlah memberi tekanan emosi. Bagi yang membuat persediaan rapi saya percaya mereka lebih tenang dalam menghadapi semua itu. Setelah hari demi hari ditempuhi maka berakhirlah imtihan tahriri tersebut bertarikh 9 Jun 2007 walaupun terpaksa bersengkang mata menadah kitab, dan pelbagai cubaan lagi direntasi. Sebelum saya meneruskan perjuangan dalam menjawab imtihan Syafawi Quran telah berlaku suatu perkara diluar dugaan semuanya kehendak Allah swt yang tak mampu kita halangi iaitu pada tarikh 13 Jun 2007 dengan pemergiaan selama-lamanya seorang sahabat yang ku kenali semenjak menuntut di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 02-06 2 hari sebelum imtihan syafawi bermula. Dengan peristiwa tersebut ianya memberi impak besar didalam diriku akan sesungguhnya ajal maut semuanya ketentuan ilahi bahkan kita sebagai insan yang hina dina ini tidak tahu bila kita akan dijemput pergi. Adakah amalan dan bekalan kita masih cukup??tepuk dada Tanya Iman. Teras trauma dan fobia juga bila terbayang-bayang dikala waktu pembunuhan tersebut. Keesokan harinya saya terus bertapa selama sehari semalam di Mansurah bagi menanti detik-detik seterusnya sehingga ianya berakhir setelah jenazah Allahyarham selamat diterbangkan dan dikebumikan di kampung halaman beliau di Chendering, Terengganu. Alhamdulillah..manakala saya seterusnya terus bergegas pulang ke Tanta furu’ Al-Azhar dimana rumah sewaku berada bagi membuat persiapan serba ringkas untuk menjawab imtihan syafawi pada hari Sabtu, 16 Jun 2007. Alhamdulillah, telah selesai jua menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Nasir mengajar madah Fikh Muqarran tahun 3 dengan tenangnya walaupun beliau seorang yang buta tetapi diberi cahaya mata hati. Itu merupakan satu anugerah Allah swt kepada hamba yang disayangi-Nya. Itulah serba sedikit pengalaman saya dalam menghadapi imtihan fasal kedua baru-baru ini. Wassalam.
0 komentar:
Post a Comment