Rentetan peristiwa pembunuhan pelajar Al-Azhar
Saturday, June 16, 2007
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi nafas dan nikmat Iman serta Islam untuk bersua kembali menulis serba sedikit bicara kata. Tidak lupa juga sholawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulallah SAW beserta ahli keluarga dan sahabat baginda.
Bumi anbiya' sekali lagi dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam dan kematian seorang pelajar iaitu Mohammad bin Ishak kuliah Usuluddin tahun 3 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, pada tanggal 13/06/2007 waktu 7petang, Mesir. Menurut sumber-sumber terdekat memberitahu bahawa beliau telah ditikam ditengkuk, perut, dikepala, dikelar sewenang-wenangnya dibahagian badan, dicucuk tepi matanya serta ada sedikit kesan kelar dekat bahagian leher. Di sini ana tidak mahu membicarakan panjang lebar peristiwa yang berlaku kerana telah banyak disiarkan cerita mengenainya. Apa yang menyedihkan kita peristiwa ini berlaku di kalangan pelajar Azhari bahkan telah mengundang fitnah tidak kurang hebatnya. Berita tersebut masih lagi hangat menjadi topik perbualan dikalangan mahasiswa mahupun mahasiswi Al-Azhar bahkan menggemparkan masyarakat Malaysia setelah disiarkan berita tersebut. Bahkan yang lebih menyedihkan lagi adalah kerana tidak ada amanah dalam menyampaikan berita serta cerita sehinggakan sanggup merapu-rapu dari fakta yang sebenar. Ini hakikat sepatutnya kita fikir secara mendalam mengapa harus ada sikap sedemikian rupa.
Walaubagaimanapun dikesempatan ini ingin ana ucapkan sekalung takziah kepada keluarga si mangsa dan kita berharap semoga roh beliau dirahmati Allah hendaknya serta tergolong dalam golongan umat yang mati syahid akhirat..amin..apapun kita yang masih hidup selaku manusia bergelar khalifah dimuka bumi ini, ana harapkan setiap percakapan, mahupun perbuatan hendaklah kita berpegang kepada prinsip amanah bukannya menyebarkan sesuatu berita tanpa hujah dan fakta sebenar. Kerana ini bukanlah sifat mukmin sejati, sejak hari kematian sehinggalah ke hari ini ana lihat bermacam andaian, berita dan tuduhan dilemparkan kadang tak berasas sama sekali. Jadi ana menyeru kepada semua supaya menghentikan sebarang tuduhan atau andaian yang tidak sohih kerana dibimbangi mengundang bahaya fitnah lebih dasyat lagi di masa hadapan.
.
Ana juga selaku insan mempunyai hati dan perasaan, terasa kehilangan beliau kerana suatu ketika dulu pernah belajar bersama-bersama di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kini di gelar Universiti Darul Iman Malaysia dan seterusnya bersama-sama merantau mencari ilmu di bumi anbiya' ini sehinggalah berlaku perkara sebegini. Nauzubillah.. Sejurus selepas daripada mendengar berita pada pagi khamis yang lalu lebih kurang jam 3:30 pagi ana terus bergegas ke Mansurah dalam keadaan masih terkejut. Setiba di Mansurah ana sempat meninjau kawasan luar rumah mangsa yang berada di kawasan Pasar serta masih dikawal ketat dari dimasuki pelajar dan orang awam atas sebab masih dalam penyiasatan polis. Ana seterusnya segera ke rumah rakan-rakan beliau bagi mendengar berita secara detail. Disana timbul bermacam-macam masalah kerana urusan mengeluarkan jenazah tertunda kerana soal siasat belum selesai. Sehinggalah lebih kurang pukul 1pagi hari Jumaat ana bersama beberapa rakan dan pihak kedutaan Malaysia ke Hospital bagi proses menuntut mayat. Dan dalam pada itu, ana sempat bertanya perkara sebenar apa yang berlaku ke atas mangsa melalui rakan-rakan yang boleh dipercayai kesohihan beritanya. Timbul masalah disana apabila urusan mengeluarkan jenazah ditangguhkan lagi sehingga ke pukul 3pagi kerana tidak mempunyai surat pengesahan kematian bagi membolehkan jenazah dihantar dari Mansurah ke Kaherah. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan tersebut. Lebih kurang pukul 3:15pagi waktu mesir ana dan rakan-rakan dibenarkan untuk masuk ke bilik mayat. Disitu ana sempat melihat separuh badan jenazah walaupun mukanya ditutup. Terasa lemah lutut dan syahdu sekali perasaan melihat jenazah mangsa dan ana dapat bayangkan penderitaan kesakitan yang ditanggung beliau. Seterusnya kereta jenazah terus bergerak ke kaherah beriringan dengan kenderaan dari pihak kedutaan. Ana terus pulang ke Tanta bersama rakan-rakan dan tidak sempat bersama-sama mengerjakan solat jenazah di Kaherah akibat kepenatan .Begitulah serba sedikit mengenai detik perjalanan selepas berlaku peristiwa pembunuhan sadis tersebut. Al-fatihah buat arwah semoga tergolong dikalangan hamba beriman..amin.
0 komentar:
Post a Comment