SEBARIS KATA SEUNGKAP RASA..

Tuesday, May 8, 2007


Bersyukur kita kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan ribuan dan jutaan rahmat dan kasih sayang kepada kita semua, kerana rahmat dan kasih sayang tersebut kita dapat bersua kembali dalam ruangan serba kerdil ini malah kita juga masih lagi bernafas didalam rahmat Iman dan Islam yang tidak terhitung nilainya di sisi manusia hanya Allah SWT semata-mata. Beserta salawat dan salam juga ke atas junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW keluarga dan para sahabat baginda yang mana telah membawa Nur Ad-Deen menerangi kepelusuk dunia sehingga ianya masih terlekat disanubari muslimin dan muslimah serta mu'minin dan mu'minah sehingga ke hari ini.


Didalam kolum buat kali ini ana tidak sempat untuk berkomentar panjang lebar sepanjang sungai nil kerana kesuntukan masa akibat bahang imtihan faslu thani yang bakal ditempuhi sepanas hawa bahang musim panas yang baru memasuki peringkat intro.


Walaubagaimanapun adalah menjadi tujuan utama dalam menyiarkan secebis penulisan ini bagi menyampaikan serba sedikit maklumat imtihan yang bakal ana tempuhi bermula pada tarikh 19/5, 23/5, 26/5, 28/5, 2/6, 4/6, 6/6 bagi madah tahriri manakala bertarikh 9/6 pula ialah madah Al-Quran berbentuk syafawi. Manakala kesemua bilangan Madah yang ana ambil pada imtihan faslu thani ditahun tiga dalam syu'bah Syariah Islamiyah adalah sebanyak 6 madah iaitu :-



  1. Hadith Ahkam

  2. Fikh Muqarran

  3. Usul Fikh

  4. Qodoya Mua'soroh

  5. Fikh Mazhab Syafi'e

  6. Al-Quran


Di kesempatan ini juga, ana selaku pengambara ilmu yang masih tandus dengan sifat mahmudah dan sifat kemulian akhlak junjungan besar baginda SAW yang mana seringkali melakukan kesilapan dan kesalahan disedari ataupun tidak sesama sahabat-sahabat seperjuangan di Malaysia ataupun di Mesir khususnya di Tanta samaada melalui ungkapan kata-kata mengguris jiwa, perbuatan yang menyalahi adat dan akhlak kebiasaan pergaulan kita, ataupun dengan terlintasnya husnul zhon dihati akibat bisikan Syaitan nirajjim laknatullah kepada yang mengenali diri ini..ku pohonkan jutaan ampunan dari Allah SWT serta ku ingin menghulurkan kemaafan kepada antum semua semoga sahabat sahabiah sekelian memaafkan diri yang serba dhoif ini..Doakan kejayaan imtihan dunia&akhirat bersama..InsyaAllah biiznillah najah fil imtihan!

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP