Jaulah Maqam 2007

Tuesday, July 17, 2007





Assalamualaikum...Disini disiarkan serba sedikit tentang Jaulah Maqam yang diadakan baru-baru ini oleh DMPT. Banyak ilmu yang ana dapat bersama rakan-rakan dalam sehari Jaulah tersebut. Semoga akan diteruskan lagi Jaulah seperti ini akan datang!!


11:00 pagi :

Maqam Syeikh Soleh Ja’fari, beliau berketurunan Saidina Ali r.a dan tergolong didalam Ahli Bait.

11:30 pagi :

Maqam Saidina Abdul Wahab Sya’rani. Merupakan ulama’ yang terkenal dengan ilmu Usul Fikh dan mengamalkan tarekat Syaziliyah. Diantara kelebihan beliau ialah pada umur 7 tahun telah menghafaz 30 juz Al-Quran dan pada umur 8 tahun telah mula melakukan amalan ibadat malam iaitu Qiayamullail. Beliau adalah bermazhab Syafei’. Ada beberapa riwayat menceritakan berkenaan keramat beliau antara lain ialah beliau tidur dimalam hari tetapi mata tidak tidur. Beliau juga berjaya khatam Tafsir Jalalain sebanyak 30 kali serta kitab Al-Umm karangan Imam Syafei’ sebanyak 3 kali. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1973 masihi.

11:50 pagi :


Maqam Imam Ramli atau nama sebenar beliau Muhammad Bin Ahmad Hamzah. Beliau telah di gelar sebagai Syafei’ Soghir kerana ketinggian ilmu dalam bidang fekah dan amat arif dalam Mazhab Syafei’. Beliau juga di gelar Mujaddid kurun ke-10 memandangkan kefakehan beliau dalam bidang ilmu agama yang tinggi. Imam Ramli hidup pada zaman Khalifah Uthmaniyyah dalam tahun 1004 masehi.

Bersebelahan dengan Maqam Imam Ramli terdapat maqam Imam Ahmad iaitu ayahanda beliau sendiri. Imam Ahmad juga adalah seorang ilmuan yang begitu fakeh didalam agama malah menjadi guru kepada Imam Sya’rawi.

Didalam masjid yang sama juga terdapat satu lagi maqam terletak bersebelahan dengan Mihrab Masjid tersebut iaitu Maqam Sheikh Muhammad Sothohi. Beliau merupakan khadam yang berkhidmat kepada Imam Ramli. Semoga Allah merahmati beliau.

12:30 tengahari :


Maqam Saidina Sultan Hanafi yang meninggal dunia lebih kurang pada tahun 767H. Beliau mempunyai nasab keturunan dari Saidina Abu Bakar dan merupakan mursyid terakhir tarekat Syaziliyah. Perjalanan hidup beliau jika diteliti mempunyai keunikan tersendiri kerana beliau seorang yatim piatu. Setelah kematian kedua orang tuanya beliau tinggal bersama mak ciknya. Mengikut riwayat mengatakan beliau dipaksa bekerja membuat tembikar seharian oleh mak cik beliau sampaikan sambil membuat kerja tersebut beliau menangis. Ini kerana beliau bercita-cita untuk belajar Al-Quran sehinggakan beliau terpaksa mencuri masa untuk belajar Al-Quran. Malangnya setelah mak ciknya mengetahui beliau didera dan didenda. Antara syair beliau kebanyakan menceritakan kesedihan kisah hidup beliau adalah diberi nama Ar-Raudhah. Gelaran Sultan diberikan kepada beliau kerana mempunyai ramai pengikut dari kalangan tarekat Syazili itu sendiri malah melebihi kuasa sultan ketika itu. Didalam masjid itu juga terdapat sebuah telanga yang dikatakan antara karamah beliau mengetuk lantai sehinggakan terpancar matair seumpama air zam-zam diMekah.

01:10 petang :

Maqam Saidina Zainal Abidin Bin Hussain Bin Zaid Bin Ali Zainal Abidin. Beliau merupakan keturunan ahli bait dan telah diiktiraf oleh syiah tergolong dalam Imam dua belas. Beliau pernah mengetuai peperangan dengan Khawarij dan Basrah suatu ketika dulu.

01:30 petang :

Maqam Saidatina Zainab

01:55 petang :

Maqam Sultan Hassan.

Berada diMasjid Empat Mazhab. Dibina oleh beliau dan beliau mengupah untuk membuat masjid tersebut sebanyak 30 dinar sehari selam 3 tahun tanpa henti. Kemudiannya masjid itu disambung binaannya oleh menteri beliau.

02:30 petang :

Maqam Ismail Malik Farouk dan Ibunya Ummu Ismail. Maqam mereka terletak di Masjid Rafe’i. Masjid tersebut dibina oleh arkitek Islam dan Kristian, hasil gabungan tersebut terdapat binaan yang melambangkan tanda salib didalam dan diluar masjid tersebut.

03:15 petang :

Maqam Saidatina Nafisah Hassan Al-Anwar bin Zaid bin Hassan bin Ali. Beliau merupakan generasi keempat dari kalangan keluarga Rasulallah saw. Beliau semenjak kecil lagi adalah seorang yang suka beribadat serta pernah berguru dengan Imam Malik. Diantara keistimewaan beliau adalah pernah berjalan kaki ke Madinah sebanyak 30 kali untuk menunaikan haji. Seterusnya beliau pernah berwudhuk lalu air wudhuk tersebut jatuh ke mata anak yahudi sehingga sembuh mata bahkan akibat dari peristiwa tersebut yahudi tadi terus memeluk Islam. Beliau juga dikurniakan keistimewaan doa yang mustajab dan diceritakan suatu kisah dimana beliau telah mendoakan kepada seorang pemuda kerana telah ditangkap oleh raja yang zalim, maka pemuda itupun akhirnya terlepas hukuman berkat doa beliau. Ketika hendak meninggal dunia, beliau menggali kuburnya sendiri dan bermimpi berjumpa Rasulallah saw serta berpesan bahawa beliau akan meninggal dunia di Mesir.

4:00 petang :

Masjid Amru bin Ash. Salah seorang panglima Islam yang hebat serta berjaya membawa masuk agama Islam ke benua afrika. Beliau telah membina Masjid yang pertama dibenua Afrika.

5:30 petang :

Maqam Syeikh Dandrawi At-Thani.

6:15 petang :

Maqam Imam As-Syaf’ei. Beliau adalah pengasas bagi mazhab Syaf’ei. Terdapat lambang kapal dikubah masjid tersebut tanda banyaknya ilmu beliau.

Maqam Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori. Salah seorang muhaddisin.

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP