Salam Syawal Dari Bumi Badawi

Monday, September 29, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Pertama kali saya merayakan Hari Raya Aidilfitri dibumi ardul kinanah ini ketika tahun 2006. Buat permulaan kalinya merasa berpuasa dan berhari raya jauh dari keluarga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ditambah saat hening ini terdengar pula alunan lagu raya dan rentak takbir versi Malaysia lagilah tidak keruan jadinya. Namun matlamat untuk melanjutkan pelajaran ke sini telah menghilangkan perasaan rindu mendalam. Saya cuba menyembunyikannya. I am trying to be deeply patient. Bimbang ibu bapa sedih.

Teringat lagi, ketika pagi 1 Syawal 2006 sewaktu masih ‘Jakun’ dengan suasana bumi Mesir. Bersiap-siap untuk pergi bersolat ketika itu saya berada dirumah Kedah Hayyu Asyir. Kami bersolat di dataran Suq Sayyarat bersama masyarakat Mesir yang lain. Dalam keadaan berlari-lari anak terkejar untuk menunaikan solat raya. Solat ditempat terbuka, lelaki wanita tanpa sutrah penghalang. Terlewat juga saya, hanya sempat 1 rakaat bersama Imam. Dalam keadaan tanpa beralas sejadah hanya tar semata-mata. Selesai solat, tiada aktiviti menarik seperti ziarah ke kubur, ziarah kawan-kawan dengan menunggang motor dan sebagainya membuatkan sayu kembali. Hanya masing-masing rehat di bilik sahaja. Termenung sendirian.

Cerita Disebalik Persiapan Raya

Tahun 2006 sudah berlalu, menjelma 2007 dan kini 2008. Pengalaman rasa sayu diperantauan sikit sebanyak semakin terhakis. Memandangkan seringkali terbiasa displin diri tanpa ibu bapa di sisi. Namun tidak bererti mereka dilupakan. Mereka tetap menjadi Motivator nombor satu buat diri!

Malam 28 Ramadhan saya sempat mencuri masa untuk ke Bandar membeli baju raya. Hajat dihati mahu mengajak rakan bersama. Memandangkan masing-masing sibuk, terpaksa bersendiri. Selesai saja menunaikan solat terawih, saya terus menaiki tramco ke Awal Bahr. Terus bergegas ke Masjid Sidi Badawi untuk menyelesaikan beberapa rakaat witir. Sengaja buat begitu kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Masjid termasyur di Tanta ini. Sesampai di Awal Bahr, terkejut melihat ramainya orang berpusu-pusu mengunjungi gerai jualan sempena raya. Hendak ke Masjid Sidi Badawi terpaksa melalui lorong-lorong sesak terlebih dahulu. Berhimpit, berasak-asak, bergesel sudah menjadi perkara biasa.


“Ishh, ramai betul perempuan arab keluar malam-malam…subhanallah!cantik betul,” sekilas pandang melihat pengunjung. 70% nya ialah perempuan!

“Namun sayang seribu kali sayang..tabarruj menjadi-jadi, ketat sana, sendat sini!.” Rasa kecewa dihati.


Saya menyusup laju umpama sebuah motosikal menyelit dicelahan kereta. Berusaha untuk menjaga wudhuk mengelak tersentuh Harimi. Alhamdulillah sampai akhirnya, ke Masjid itu. Kagum sangat dengan kecantikan dan besarnya binaannya. Baru lepas dinaik tarafkan, bertambah indah dalamannya. Disuatu bilik dalam Masjid, ada kubur seorang Ulama’ terkenal di Tanta iaitu Syeikh Sidi Badawi dan dalam bilik itu juga ada dipamerkan bekas dikatakan tapak kaki Rasulullah SAW.


Beriktikaf di Masjid punya nilai sejarah tersendiri menyebabkan terfikir sendirian. Terfikir dengan kehebatan Ulama’ terdahulu. Dalam keadaan fikiran menerawang bebas tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi suara kasar dan garau. Begitu kuat kedengaran. Semakin lama semakin sengit bicaranya. Rupa-rupanya peniaga lelaki arab berperang mulut. Gerai-gerai jualan hanya berdekatan dengan Masjid, boleh dijenguk ke luar tingkap. Saya terus bergegas keluar melihat keadaan berlaku.


Diluar, keadaan kembali normal. Begitulah kebiasaannya, jika bergaduh seperti mahu berbunuh-bunuhan namun cepat pula sejuk amarahnya. Alhamdulillah. Saya terus ke gerai menjual jubah. Sepasang jubah biru menjadi pakaian raya pada kali ini. Ala kadar saja harganya.


Ketika hendak pulang ke rumah, sempat saya singgah di kedai menjual kain. Selagi lagi terpaksa merempuh lautan manusia itu. “Aduuhh, letih rasanya..” sudahlah arab berbadan besar saiznya. Dalam kedai saya disapa tuan kedai setelah saya memberi salam.


“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumsalam..what you want?”

“Saya mahu kain berwarna hijau untuk dibuat langsir..” terang saya.

“Boleh berbahasa Inggeris rupanya Ammu ini..”

“You speak English very good.” Puji saya.

“Kam meter you want?” Tanya Ammu dalam bahasa Inggeris bercampur arab.

Dalam perbualan kami hampir setengah jam itu, dia menceritakan bahawa beliau pernah mengembara ke German dan Perancis. Pandai juga beliau berbahasa Perancis, sempat saya menyuruhnya bercakap France. Kata beliau di German wiski, arak dan pelbagai kemaksiatan lainnya menjadi perkara biasa.


“Fi Melezi Maugud Khamr?”

“Ya, di Malaysia ada minuman arak tetapi kebiasaannya pelancong asing yang minum.” Jelas saya.

“Tapi kini masyarakat melayu Islam pun ramai yang terjebak dengan kancah maksiat, terutama dibandar besar seperti Kuala Lumpur.” Tambah saya.

“Fin Melezi, Hind?”

“Malaysia bukan dekat India, tetapi dekat China, Jepun, Korea, Indonesia.” Biasanya arab mesir selalu bertanya dimana Malaysia. Malaysia tidak famous rupanya. Sangkaan kita meleset.


Senang hati saya, perbualan saya selama hampir setengah jam bersama dua orang Ammu separuh umur itu menyebabkan saya diberi diskaun lumayan. Kata mereka “Asyan Ahsannas..” maksudnya sebab “Manusia baik”. Tersenyum sendirian dibuatnya. Saya terus menaiki bas ikan sardin untuk pulang ke kediaman. Sudah terkenal dikalangan penuntut Malaysia, bas arab sememangnya seperti ikan sardin dalam tin. Penuh sesak, lemas, berhimpit tidak kira lelaki wanita!. Dikatakan mujur jika anda dapat naik bas walau tidak dapat tempat duduk kerana bas itu seakan senget akibat pintu juga menjadi tempat bergayut. Terasa kelakar! Tetapi realiti.


Kad Raya Dan Duit Raya

Dikesempatan yang ada, saya dengan segala hormatnya ingin menghulurkan sekeping Kad Raya dan Duit Raya alam maya ini kepada semua pengunjung blog. Terutamanya seperti nama yang saya sebutkan dibawah. Semoga 1 Syawal kali ini disambut dengan penuh keimanan dan kesyukuran kepada Azza Wajalla. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin andai saya ada melakukan kesalahan, mengguris perasaan atau apa-apa perkara yang tidak menyenangkan hati sesiapa. Setiap manusia seringkali melakukan kesalahan. Tidak normal manusia jika kesalahan bukan intipati hidupnya.



Khusus buat Hikmatun, Nurhuda_cahayapetunjuk, Orangbukit, Atiqah, Bunga Rampai, Neem, Jinggo, Ruhana, Cikgu_Eya, Rendah diri, Iffah’, Hamba Kerdil, Nadia-Ady, Sharifah Natasha, Akak, Kak Su, Tirana, Mohd Fahmi, Fathi Khattat, Fakhruzhadfi, Senjahati, Kin Hashim, Nur_Syahadah, Wufi, Nuranim, Whitetulip, Makcik Milah, dan Ayukie.


 
Duit raya original ni... 

Kesimpulan

Cerita di atas menunjukkan bahawa saya masih di sini. Ya, di sini sebagai perantau ditanah asing. Hanya kuntuman doa dan untaian ucapan tulus ikhlas mampu dilayangkan buat sanak-saudara di kampung, serta sahabat handai. Kerana saya masih di sini berjauhan dengan keluarga yang jauh sayup mata memandang. Beribu-ribu batu perjalanan menongkah beberapa benua. Pokoknya, biar sepahit mana ujian menjelma demi setitis ilmu terpaksa ditelan jua. Saya yakin satu hari nanti yang pahit itu menjadi manis!Biiznillah. Salam perantau dari perlembahan nil.





Ibnurashidi
7:40AM, 30 September 2008,
Siberbay.




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

42 komentar:

Tirana said...

Salam ibnurashidi...

Saya boleh memahami perasaan ketika menyambut ramadhan dan syawal berjauhan dari keluarga kerana saya pernah melalui saat2 itu ketika saya menuntut di Adelaide, Australia dulu. Tahun pertama raya tanpa keluarga..hanya airmata jadi teman bila terdengar takbir dan lagu raya..tapi masuk tahun kedua dan seterusnya..ok sikit walaupun airmata tetap juga menitis (biasala..perempuan dan airmata tak dapat dipisahkan :) ). Sekarang, semua itu menjadi kenangan dan pengalaman yang amat berharga..mendidik kita menjadi lebih bersabar dan sebagainya..alhamdulillah..

Wah...dapat kad raya special dari Egypt..dan dapat duit raya lagi..Jazakallahukhairan.. Mudah-mudahan ukhuwwah yang terjalin di alam maya ini akan kekal di atas jalan Allah..

Selamat Menyambut Hari Raya..maaf zahir dan batin dari saya juga..

Anonymous said...

salam..
mungkin sy blm rs tp bakal merasai perasaan mnjadi perantau..:)
tp mmbaca pun satu pengalaman..
mmbaca kisah akh sikit sebyk dpt memberi kesedran kpda sy ttg kepayahn org menuntut ilmu demi negara, demi Islam..
dan jga mengingatkan kita kepayahan ulama'2 silam yg lagi200x payah n penuh cabaran merantau jauh utk mencari ilmu..
sememangnya cabaran yg hebat buat akh..:)
ambillah peluang yg ada sambut Idulfitri di ngra org sepenuh jiwa raga..:)
kelak pulang ke malaysia xda masa utk bercuti sana sini krna sibuk dgn perjuangan di malaysia..
akhir kalam, selamat menyambut Idulfitri dgn jubah biru(ye?):)
maaf jk ada slh n silapnya..
syukran..
nah seringgit + kuih semprit..
wasalam.

-awrapurnama

Unknown said...

ustaz - gitulah adat orang merantau - dulu saya ( saya di perth ) masa dengaq lagu raya macam nak teriak. ( terutamanya lagu p.ramlee )...teringat kelupat tok wan.tempat saya dulu banyak orang banyak orang timur tengah....tapi lama2 ok.tapi yang penting itu pengalaman yang orang lain tak dak...selamat hari raya , jangan teriak.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt, ya ustaz.

Taqqaballahumin waminkum..

semoga hati mu tabah sentiasa.

saya juga faham akan perasaan ustaz ketika menyambut ramadan dan syawal tanpa keluarga di sisi. saya dah biasa (agaknya) dengan keadaan ini. terasa sayu jgk ketika dgr takbir. apa yg blh buat, sbr n teruskn mendoakn mereka yg jauhan dari kita. =)

ckp pasal arak, sedih hati rasanya. lebih2 lagi di ibu negara yg bergelar "negara islam" terang2an kilang2 arak dibuka meluas..sedangkn ia negara islam, mengapa pemimpin masih meluluskn kilang2 itu dibuka lagi???

saya yakin, bukan saja org2 non-muslim yg minum ark 2. manakan tidak, x byk tindakan yg dilakukn oleh pihak berkuasa utk membanteraskn org2 muslim yg minum arak ini..

hati saya bertambah sedih lagi ketika ini..bunyi bunya2 api sudah mengantikan suara takbir di dalam hari pertama bulan syawal..

=)

renung2kan..

maaf zahir dan batin ya!

ws

Anonymous said...

bunga* api. ehheeh

Anonymous said...

Salam.. Sedih + t'haru je ble bce tlsan yg ust tls.. Xpnh alami berya tnpa keluarga.. Smga ust tabh.. Ust laki mesti kuat :)..anggap je last beraya tnpa fmly,smga thn dpan dpt blik. Insyaallah.. Kenangn yg da nant dpt d cite kn pd ank2 cucu kelak.mahal2.. Teruskan p'juangan.. Terme ksh kad rye cntk2 n juga duit rase.tp syg xleh blnje.hehe.. Slmt hari raya!

kin hashim said...

salam aidilfitri..maaf zahir batin... time kaish atas kad dan dut raya :)

Ibnurashidi said...

Salam Tirana..

Allahuakbar!Allahuakbar..hanya lafaz itu mampu saya tulis. Luas pengetahuan bila luas pengelamannya, luas ilmu kerana kuat usahanya, tenang jiwa sifat mukmin sejati..berusaha untuk tenang walau dimana berada.

Berkat saudari pernah bersusah payah belajar diluar negara dan bersabar, sekarang saya yakin kemanisan itu sudah ditemui. Benarlah pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Terimalah kad raya dan duit maya itu sebagai penghargaan anda sebagai pengunjung.

Ibnurashidi said...

Salam Awrapurnama..

Sebelum menjadi perantau dibumi asing, persiapkanlah diri sebaik mungkin. Bimbang berlaku 'kejutan budaya' yang ketara. Saya akui, bukan perkara mudah hendak membiasakan diri dengan budaya luar. BUdaya kasar, budaya panas, budaya Nabi Musa a.s dan budaya Firaun ini. Setelah merasai baru tahu hakikat sebenarnya. Bersiap sedialah tidak kiralah dimana bumi mahu dipijak.

Insya'Allah, jubah biru akan dipakai:)
Sebut kuih semperit saya pun dah tak ingat macammana rupanya. Lemang ketupat masih ingat lagi:)

Ibnurashidi said...

Selamat Hari Raya En.Jinggo selaku motivator umum..

Patutlah menjadi pemberi motivasi yang tabah rupanya pernah merasai displin diri ditanah asing ya sehingga teriak dibuatnya:)alhamdulillah, buat masa ni belum lagi merasa untuk teriak bila mendengar lagu raya atau apa2 berkaitan raya. Hanya sayu dihati saja. Normal bukan?

En.Jinggo raya dimana tahun ni?

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Neem..

Pertamannya saya juga ingin memberikan kad raya diatas kepada anda. Semoga sudi menerimannya:)

Semoga segenggam tabah ini terpaut erat hatta selesai pengajian kelak. Nampaknya, ramai yang sudah terbiasa berjauhan dengan keluarga ya. Kalau tak keberatan boleh dibagitau dimana anda berada ketika berjauhan dengan keluarga?sekadar ingin tahu.

Mudah saja jawapannya, sistem kapitalis mengamalkan dasar melihat keuntungan semata. Asal ada keuntungan, apa saja boleh dijual beli. Soal halal haram disepak ketepi. Halal pada hemat mereka ialah LESEN PERNIAGAAN, ada lesen jalan. Takda lesen lingkup.

Nampaknya budaya bermain mercun semakin menular dikalangan remaja mesir. China mula memasarkannya di sini.

Maaf juga salah silap.

Ibnurashidi said...

Salam Nur Syahadah..

Bagaimana merasai raya bersama keluarga dikampung?tentu sekali seronok dan ceria ya. Harapnya begitu. Sedih diwajah boleh dipujuk sayu dihati tiada siapa yang tahu, hanya Allah Maha mengetahui segalanya. Amiin, semoga termakbul doa enti untuk ana menyelesaikan tahun akhir di sini. Menakutkan dengar perkataan Peperiksaan!

Insya'Allah, perjuangan akan diteruskan kerana ianya belum selesai. Doakanlah ye!

Salam Aidilfitri dari Mesir:)

Ibnurashidi said...

salam Aidilfitri juga buat saudari Kin Hashim..semoga sihat selalu. Bagaimana suasana raya di Ireland?ada suami dan anak kurang tekanannya.:)

Anonymous said...

Salam kpd en hj Farid...

Sayu..sedih..emosi..nak balik raya bersama famili...bermacam-macam perasaan dirasai...

Namun segalanya, perlu diatasi dengan tabah dan dengan hati terbuka.. bawasanya diri ini hanya bergelar pemburu ilmu selagi mana tidak disahkan selaku graduan. Itupun hanya singgah di 'check point' yang terdekat. Hal ini kerana, memburu ilmu bukanlah bertempoh padahal tiada had waktu sehingga akhir hayat.

Berbalik kepada raya...

Dua tiga kucing berlari, mana... mana.. mana..

SELAMAT HARI RAYA...
huhuhu... (cilok drp UPIN n IPIN)

apapun cantik laa kad raya tuan hmba, beta pon tak pandai wat skill² sebegitu rupa. Bolehlah tolonga ajarkan nanti ya.:D

SALAM AIDILFITRI... Jari disusun tanda kemaafan dipinta, MAAF ZAHIR DAN BATIN... Tangan ditadah tanda MINTAK DUIT RAYA...

Anonymous said...

Salam.. Alhamdulilah raya kt kg meriah..lbh2 lg dpt b'sama fmly t'syg..bak kata sorg tman smlm hargailah fmly selagi b'sama.. Ust ktcna cmne?kawn2 da tmankn kan?semoga sentiasa dlm limpahan rahmat Ilahi :)

Ibnurashidi said...

Salam MyFahmi..

Ketupat dimakan bersama rendang..
Tidak dilupa lemang dan bauhulu..
Berjauh dengan keluarga kenalah tenang..
Supaya diri tidak sayu selalu..

Jawab En.Fahmi jangan tak jawab ye:)

Ni adalah lgi pantun..

Sebatang lemang dibelah-belah..
Letak pula diatas meja..
Maaf segalanya jika tersalah..
Tuu dia raya dah ada amik ja..

Amacam?boleh menjawab?:)

Ibnurashidi said...

NUr_Syahadah..

Seronok ya dapat beraya dengan keluarga. Mesti riuh rendah suara seisi rumah. Gurau senda diAidilfitri, namun jangan berlebih-lebihan bimbang menjadi lalai dan lari dari matlamat asal beraya. Betul cakap teman anda, hargailah ibu bapa tercinta:)

Saya raya Alhamdulillah, walau beraya kat rumah sorang-sorang mujur ada teman dluar memeriahkan. Beraya beramai-ramai punya kenangan indah tersendiri juga..

A t i Q a h said...

Salam.
Membaca suasana anda di sana, membuatkan saya teringatkan novel Ayat-ayat Cinta dari Habiburrahman. Terharu pun ya juga. Tapi tak tau kenapa. :|

Lama lagikah urusan belajar di Mesir?

Btw, terima kasih atas kad raya nya. Salam Aidilfitri. Mohon maaf jika ada tersalah kata, terkasar bahasa. :)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Atiqah..

Seiras, serupa, semacam, seakan sahaja tetapi tidak sama dengan suasana saya di Tanta. Setiap orang punya pengalamannya tersendiri. Abik Kang menulis berdasarkan pengalamannya sebagai penuntut diKaherah. Saya kagum dengan tulisannya. Namun terharu yang anda rasa itu mungkin kerana menyelami apa yang dialami.

Jika tidak ada aral melintang, tidak ada onak duri menghalang, tidak punya cabaran menghentam, jua dengan izinNYA hanya setahun cuma akan diselesaikan.

Huluran Kad Raya tanda penghargaan itu hanyalah kecil sahaja jika hendak dibandingkan besar jasa kalian menghabiskan masa diblog saya..semoga memperolehi manfaat. Bagaimana raya disana?

Kullu Am Wa Antum Tayyib..

Anonymous said...

Salam.. 3 hari dah Syawal menjenguk..cmne aktvti kt sane?da lg umh t'buke cm kt m'siax?

Anonymous said...

salam.. raya sakan. masjid badawi baru sekali pi solat kat situ.. rasanya la.. best la jugak.. selalu pi semayang kat istad ataupun masjid sheikhah sobah...

naz ilyn said...

Salam bertandang..

beburung terbang bersebaran,
menambah ceria dipagi hari,
terimalah salam lebaran,
selamat hari raya aidil fitri.

Anonymous said...

Assalamualaikum..Syukran akhie atas kad raya balasan..:)

tintaHati said...

salam,

tinta datang berziarah di hari raya. salam aidilfitri buat tuan rumah. syukran sudi ke teratak hamba tempoh hari. Semoga aidilfitri penuh bermakna dan semoga amal baik kita semua diterimaNya. Ameen.

Senjahati said...

Terima kasih Ustaz Farid untuk kad & duit raya. Semoga bahagia selalu di perantauan..

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah..

Alhamdulillah, saya baru saja sampai ke Tanta setelah penat berhari raya diluar. Pelbagai rumah terbuka yang diziarahi. Insya'Allah, saya akan kongsikan dan bawa sahabat sahabiah merasai pengalaman beraya di sini juga.

Ibnurashidi said...

Anasxz..

Herrmm, nampak gayanya macam orang Tanta juga ni ya. Tinggal dimana?Kubri?Ma'arad?Istad?Akhir Said?Siberbay?atau dimana?

Masjid Badawi besar namun punya pelbagai jenis perangai manusia di dalamnya:)

Ibnurashidi said...

Naz ilyn...

Syukran kerana bertandang..memandangkan pantun sudah dijual, kenalah beli ya..baik, dengarkan.

Pagi-pagi belah lemang,
Dicicah bersama pelbagai kari,
Salam lebaran diterima riang,
Selamat Hari Raya balas kembali.

Ibnurashidi said...

Nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikummusalamawarahmatullahhiwabarakatuh..afwan diatas penerimaan kad raya:)

Ibnurashidi said...

tintaHati...

Silakan berziarah..raya-raya disunatkan menziarahi sesama kita:)

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga diucapkan kepada anda!selalulah datang ke sini ya.

Ibnurashidi said...

Senjahati..

Sama-sama..gantunglah dalam rumah semoga kalau boleh:D

Semoga Allah SWT menghadirkan rasa bahagia di dalam diri dan antum antunna semua juga..

Anonymous said...

wsalam wbt..
cam mn raya d cairo?
xdpt bayangkan pakai jubah biru kemudian sarung dgn sampin.nak lagi bergaya, pakai songkok johor. :)
ada org kata kat sana pun main mercun jg..btlke?

kalau msh igt lemang + ketupat,
brmakna msh lg ank malaysia..

-awrpurnama

Anonymous said...

syahduya...semoga bergembira selalu..

azizan anwar said...

assalamualaikum. ustaz, ana azizan, UKM malaysia.kawan saya ada bg alamat blog ust dan ana tertarik untuk baca artikel Memali. ana nak minta izin untuk publish iklan derma kpd pmram..ana akan letak pd blog ana. salam

Anonymous said...

salam aidilfitri..maaf zahir je..huhu

Ibnurashidi said...

Salam Awrpurnama..

Tak penah dibuat orang lagi pakai jubah pakai sampin katlua. Sedangkan pakai bju melayu n sampin pun dah kena gelak dengan arab:))

Biasanya pempuan arab yang pakai camtu, dia akan pakai slua pastu kain skirt kat luar. Alhamdulillah, sempat raya kat Cairo sehari dua. Kat Tanta pun:) Sini budak2 arab dah mula pandai bakar mercun. China bawa masuk mercun. Bukan setakat ingat lemang ketupat, kuih raya pun sama.

Ibnurashidi said...

Teman-Temani..

Nama pun agak menarik ya..semacam warna-warni bunyinya..ya, Semoga Ceria juga:)

Ibnurashidi said...

Azizan Anwar..

Student UKM ya, baguslah silakanlah. Kalau sempat silalah bagi respon untuk artikel Memali. Masih ada masa lagi untuk bagi respon.

Dipersilakan, semoga sedikit amal itu memberikan ganjaran berlipat ganda oleh ALLAH SWT. Amin.

nohas said...

Salam. Jauh berjalan, luas pemandangan, kaya pengalaman. Bolehlah bercerita kpd anak, cucu di kemudian hari, InsyaAllah.

Hari raya di M'sia ni monotonous shj. Dari dulu, kini dan mungkin utk selamanya, Wallahu'lam.

Ibnurashidi said...

Insya'Allah Kak..ada ibu kepada anak nescaya boleh bercerita kepada anak cucu:)

Kadangkala terfikir, apa tujuan disedihkan suasana sewaktu raya dengan lagu-lagu mendayu-dayu ya..

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri,

Terima kasih atas ingatan.
Maaf zahir dan batin.

Moga sentiasa gembira di mana jua berada :)

Ibnurashidi said...

Salam Lebaran..

Sama-sama..ingat itu tandanya ukhwahfillah..
Diharapnya begitu sentiasa..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP