Ibarat Sebuah Pendakian
Friday, September 26, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Bila direnung kembali, teringat saya keadaan ketika mendaki gunung Thur Sina tempat dimana Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT. Mendaki gunung bukanlah suatu pekerjaan mudah rupanya. Ketika hendak mendaki bersusah payah mengerahkan tenaga untuk sampai ke kemuncak. Sudahla diselubungi kepekatan malam, jalan yang curam dan berbatu itu amat berbahaya sekali. Silap langkah boleh terjunam jatuh ke jurang dalam. Berkat kesabaran dan kesungguhan yang jitu akhirnya berjaya mendaki sehingga ke kemuncak. Segala penat lelah dilepaskan sebaik mungkin sambil menghirup hawa sejuk dikemuncak Sinai. Terasa beku, angin sejuk mencucuk-cucuk sehingga ke tulang hitam. Salji memenuhi sudut celahan batuan keras itu. Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya pemandangan ketika sang mentari mula menampakkan diri. Kelihatan pasangan Romeo dan Juliet dari barat itu bercengkerama menyaksikan panorama indah itu. Kononnya mahu merakamkan saat indah.
“Wahh, sungguh damai sekali..Subhanallah!agungnya penciptaanmu Ya Allah…” Rasa kagum tidak terhingga.
“Mat Saleh ni mencemar tempat suci betul..” Bisik hati dengan nada yang kecewa.
Namun disangkakan keperitan itu ketika hendak mendaki sahaja, rupanya saya tersilap. Tersilap mencatur fikiran. Menuruni gunung itu lebih perlu stamina yang tinggi. Setinggi gunung Sinai itu. Segala otot-otot kaki, lutut dan bahan digunakan semaksimum mungkin. Dengan keadaan yang berbatu tajam. Cuaca panas mula menerjah ekpedisi menuruni bukit itu. Jangan disangka dikemuncak gunung sejuknya seperti air batu dibawah juga begitu. Baju tebal ditanggalkan kerana peluh mula membasahi diri. Terasa sayup pandangan nun jauh melihat keadaan dibawah. Penatnya hanya Allah SWT yang tahu. Terasa mahu menggelunsur turun. Pokok pangkalnya, asas kesabaran dan kesungguhan sebagaimana mendaki seharusnya digunakan kembali supaya matlamat itu terlaksana.
Indahnya saat itu...
Dipuncak bermain salji...
Kiasan Mendaki
Ramadhan pada kali sudah pun menghampiri penghujungnya. Amat pantas masa berlalu sehingga disempat menghitung hari buat perbandingan amal kebajikan. Sungguh terasa rugi! Rugi dengan masa yang dihabiskan begitu sahaja. Andai dilambatkan detik waktu mahu saja sujud lama disejadah hiba mengharap maghfirah ilahi. Namun kerdil diri tidak sampai mampu memerintah masa tunduk mengikut arahan. Begitu lemahnya manusia.
Ketika menuruni gunung bercuram...
Kiasan mendaki gunung diatas sengaja saya ceritakan. Sebagaimana hadirnya Ramadhan diawal waktu kita diibaratkan seperti mendaki sebuah gunung. Kejayaan mendaki puncak itu bergantung kepada kesungguhan kita. Lemahnya diri bererti menyerah kalah ditengah jalan. Sehinggalah ke kemuncuk sepertinya sedang dipertengahan bulan Ramadhan. Jangan disangka pertengahan itu sudah memberikan keselesaan untuk perjalanan ibadat kita. Rupanya menuruni gunung itu lebih sukar, susah, perit lagi. Akal merasa mudah namun diri yang lebih tahu betapa susahnya. Ibarat turun itu seperti mencari Lailatul Qadar. Mahu mendapatkan ganjaran besar bukanlah semudah sebuah angan-angan. Angan-angan tanpa usaha seperti hikayat Mat Jenin. Sabda Rasulullah SAW :-
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu."
(Hadis sahih riwayat Bukhari)
Lailatul Qadar Sebuah Penantian
Terasa kagum melihat masyarakat Mesir itu bukanlah kerana binaan bangunannya. Jika mahu dibuat bandingan bangunan pencakar langit pada hemat saya Alor Setar lebih tinggi dan cantik bangunannya dari Kaherah. Kagum di sini ialah suasana mengejar Lailatul Qadar itu lebih terasa di sini. Semakin akhir penghujung bertambah pula jemaah berterawih di masjid-masjid. Semakin bergemanya bacaan Al-Quran dialun merdu. Bertambahnya mata-mata celik beriktikaf dan bersujud tahajjud di rumah Allah. Menara-menara itu bercahaya terang benderang seolah-olah memanggil jemaah menghampirinya. Sayup kedengaran suara doa si Imam merintih keampunan. Perbezaan yang ketara dilihat. Malu saya dengan keadaan masyarakat saya sendiri. Sedangkan keduanya menganut agama yang satu.
"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
( Al-Qadr:1-5 )
Kesimpulan
Justeru itu, dengan kerdilnya diri saya menyeru kepada diri dan sahabat-sahabiah sekalian marilah kita perbanyakkan amalan di sepuluh akhir Ramadhan. Janganlah hanya menanti rukuknya pokok, bekunya air sahaja. Lebih utama diambil ihtimam ialah amalan dan kesungguhan kita itu sendiri. Kesungguhan menyerah diri kepada yang Maha Esa. Rintih dan rayulah memohon keampunan bersungguh-sungguh dihadapannya lebih daripada merintih kesedihan ditinggalkan kekasih hati pengarang jantung.
Al-Faqir,
Ibnurashidi
2:46AM, 25 September 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
18 komentar:
indahnye puncak gunung Sina. tak pernah mendaiki gunung...mungkin satu hari nanti..
selamat berpuasa dan menyambut lebaran. Moga ceria di hari raya. maaf zahir batin..
Chinta..
Sememangnya setiap ciptaan Allah itu indah..tenunglah langit..ucapkanlah subhanallah..fikirkanlah kebesarannya.
Selamat Hari Raya juga.
Seronok baca pengalaman ibnurashidi mendaki thur sina. Setiap detik dari pengalaman boleh dijadikan pengajaran bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Kalau nak baca lebih lanjut boleh ke label kembara perantau...kat sana ana ada ceritakan kisah pendakian itu. Tapi tulisan nya agak bercelaru maklumlah ketika mula belaja taip blog.
Fikirla..nescaya kamu beruntung:)
Teruskan usaha sheikh...semoga allah memberkati sheikh
Syukran ya Akhi..walau tidak mengenali namun ku berterima kasih kerana mengunjungi..
salam perkenalan..
selamat hari raya aidilfitri
AzmIe_(",)@http://muhamadazmi.blogspot.com
Salam Ukhuwwahfillah..:)
Salam.. Btl tu ust sdar xsdr ramadhan dh smpai penghjung.. Dlm kemeriahan smbt syawal t'selit rase sedih meninggalkn bulan barakah ni.. Xtau blh jmpa xlagi thn dpn.. Smga Allah menerima smua amalan yg dilakukan.. Dan semga mlm Lailatul qadar milik kite smua..aminn..
Salam Nur Syahadah..
Na'am..dah akhir Ramadhan. Nur balik kampung?semoga cuti raya dimanfaatkan sebaik mungkin bersama dengan keluarga.
Pohonlah sentiasa supaya dipanjangkan umur bertemu Ramadhan akan datang. Semoga ganjaran syurga Allah menanti. Walau diri rasa berdosa tetap harus memohon keampunan.
Selamat hari raya adilfitri ustaz farid
risau takut tak berkesempatan, 2 bulan akan datang saya terlalu sibuk dengan kehidupan baru.
minta doakan allah beri saya kemudahan
-Senjahati
Wa'alaikumsalam Senjahati..
Oo..dah nak memulakan alam rumahtangga ya?mabruk!semoga bahagia selalu:)
Ya, semoga Allah SWt memudahkan urusan anda..Selamat Hari Raya Aidilfitri juga..
Salam.. A'a,dh kat kampung.. Jd p'kara wajib balik kampung raye n cti sekolah..hehe.. Ust walau jauh tp kalo call fmly slalu mst terubt rindu.. Perhatian dari yg t'sayang walaupn sekadar suara pengubat rindu tau..renung2kan :)
Alhamdulillah, selamat bercuti. Diharap Aidilfitri pada kali ini memberikan seribu keberkatan lantaran terbitnya rasa kesyukuran tarbiyyah Universiti Ramadhan.
Berpada-pada ketika beraya, beringat-ingat ketika menjamu selera, berhati-berhati dijalanraya:)
Insya'Allah keluarga dikampung tidak akan dilupa. Hanya talian internet pengubat jiwa yang lara bersama keluarga tercinta.
Salam. Seronoknya dapat menziarah tempat2 yang disebut-sebut didalam Al-Quran. Akak cuma dapat pergi Mekah & Madinah shj. Yang lain tengok dlm Jejak Rasul shj.
Persiapan menyambut hari raya sudah sampai ke kemuncaknya. Mlm ni mungkin solat terawih 1429 yang terakhir, sedihnya..Hari Raya di perantauan pun meriah jugakan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri & maaf zahir & batin
Alhamdulillah, sudah menjejak kaki ke Mekah dan Madinah itu nikmatnya tidak terhingga dah..disana juga bumi anbiya'. Tempat manusia pertama bertemu adam dan hawa..bekas jejak kaki Nabi Ibrahim dan Ismail..menjadi tempat berdirinya negara Islam pimpinan Rasul tercinta. Bersyukurlah..
Baru hari ni saya dapat tau nickname OrangBukit ini merupakan seorang AKAK..hemat saya seorang lelaki:)..maaf silap agak.
Entri seterusnya akan saya ceritakan hal raya. Juga ada hadiah sikit. Akak bukit ada blog?
Silalah ke blog akak yang tak seberapa tu. Orang bukit & my blog address merujuk kepada my hometown..
Ada blog rupanya,terima kshla sudi menjemput. Insya'allah ada msa saya akan jenguk ziarah ya. Sebelum ni saya rasa dah cuba klik ktnama tp mcm tak boleh pulak.
Post a Comment