Skandal Seks Menteri : Ulasan

Wednesday, January 2, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Malaysia membuka tirai tahun Masehi dengan kontroversi skandal bekas Menteri Kesihatan Malaysia ( sudah letak jawatan ), Dato' Dr Chua Soi Lek. Berita ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan saya kerana segala macam bentuk maksiat, korupsi, akhlak buruk, rasuah, merompak harta rakyat, skandal dan pelbagai 1001 masalah dalam kepimpinan Barisan Nasional sudah lama membarah dan tunggu masa untuk berkubur saja. Dalam kenyataan Dr Chua semalam bahawa bukan semua yang duduk dalam kerajaan itu bersih adalah satu kenyataan yang realiti. Bukan setakat dia saja yang rosak malah saya yakin masih ramai lagi menteri, Dato' terlibat dengan bermacam skandal. Mungkin kita sahaja tidak tahu. Allah SWT lebih mengetahui.

Tidaklah menjadi suatu kepelikan kepada kita bahawa maksiat muda-mudi bermaharajalela sekarang adalah berpunca dari sistem dan pemimpin yang rosak akhlak mereka. Benarlah pepatah mengatakan "Bapa kencing berdiri anak kencing berlari"..lebih kurang begitulah kiasan sewajarnya diletakkan kepada mereka. Cuba kita lihat, kenapa penzina dan kaki buat maksiat dikalangan rakyat jelata tidak dikenakan tindakan undang-undang berat? ( Hudud lagila tak ), hanya sekadar tangkap kemudian denda duit, penjara 2,3 hari terus lepas. Padahal dalam Islam ini merupakan salah satu jenayah besar. Sebab itu beratus-ratus anak zina dibuang merata tempat, keturunan lingkup entah kemana, zina ditempat awam berlaku. Masakan tidak ini berlaku, kerana pemimpin menyokong segala penzinaan yang dilakukan. Kalau tidak menyokong mengapa tidak disebat dan dibuang daerah penzina lelaki perempuan belum berkahwin serta direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin? Ini menunjukkan mereka sengaja memekak telinga, menutup mata supaya sistem Islam tidak dapat dijalankan. Saya juga yakin seandainya sistem Islam diterapkan, merekalah orang pertama akan dihukum.


Kesimpulannya :-

1. Dalam sistem Islam tidak ada pemimpin kafir memerintah umat Islam
2. Setiap pemimpin bukan sahaja akan dinilai oleh Allah SWT bahkan manusia juga akan menilai dan mengikut jejak mereka.
3. Wujudnya pemimpin rendah moral bermakna barisan kepimpinan itu berpenyakit "kanser yang kronik" tunggu hari saja.
4. Terapkan sistem Islam nescaya terubat segala penyakit zahir dan batin Insya'Allah..



Sekian, Wassalam.


By : Ibnu Rusyd

2 komentar:

Anonymous said...

salam..cukup sekadar kita melihat cara 'negara' kita menyambut kedatangan masihi dengan 'gilang gemilang' dan 'hadharinya'. kita perlukan golongan yang menyuarakan terang-terangan 'kesilapan' pemerintahan. inilah masalah yang akan dan pasti timbul jika islam digunakan hanya sebagai 'blind-off', hanya kepada title.. bukan pada perlaksanaan keseluruhan.. kita perlu terus menegur, tegas dalam bersuara walau datang beribu halangan... semoga dipengakhiran kelak ada kesudahan yang baik buat negara kita dan agama islam khasnya..

Anonymous said...

salam, memang benar apa yg disebut. Mana mungkin pemerintah yang inginkan kemaksiatan akan melaksanakan syariat Islam secara syumul..syukran atas komen yang diberikan..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP