Tahun Baru Masihi : Perancangan Licik Kuffar!
Monday, December 31, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Saban tahun kita menyaksikan seluruh pelusuk dunia barat mahupun timur merayakan serta menyambut kedatangan tahun baru dengan begitu meriah sekali. Malaysia salah sebuah Negara Islam sekular tidak terlepas peluang setiap tahun ( kecuali ketika dilanda Tsunami ) meraikannya dengan gilang gemilang. Begitulah kebiasaan negara yang dipimpin oleh golongan yang hilang arah jalan lurus menyebabkan masyarakat terkesan dengan perangai buruk meraka. Kebathilan ini bukan sahaja mengundang kebejatan social bahkan mengundang kemurkaan Allah SWT kepada pemimpin, rakyat yang terlibat mahupun tidak seandainya tiada teguran lantang mahupun tindakan ditujukan kepada mereka.
Kita boleh lihat dengan mata kepala pada malam countdown selepasnya jam 12 malam manusia-manusia seumpama kalkatu beterbangan merayau-rayau tanpa tujuan, menjerit-jerit bagai terkena histeria, terkinja-kinja sana sini seperti perut diserang cirit birit. Setiap Bandar-bandar besar menyajikan hidangan konsert mega turut didendangkan artis-artis popular separuh bogel. Tidak cukup dengan bunyian bunga api dan mercun, rakyat dihidangkan minuman air kencing syaitan secara percuma supaya rasa zuqqnya lebih tinggi dimalam tahun baru. Bagi mencukupkan tentatif program itu, anak-anak muda remaja lelaki serta perempuan bercampur gaul bak nasi kerabu untuk menpertontonkan adegan terhangat masa kini supaya lebih meriah suasana. Para-para jemputan VIP/VVIP pula sibuk mentertawakan gelagat-gelagat mereka yang hadir sambil berhibur hingga ke subuh.
Tahukah anda bahawa Tahun Baru Masihi pertama kali dirayakan sejak zaman kaisar Romawi, Yulius Caesar ( 45 SM ) untuk menghormati Dewa Janus ( Dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan Dewa pintu dan semua permulaan ). Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan disebarkan ke negara-negara Eropah ( abad permulaan Masihi). Seiring muncul dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan “suci” berdeketan dengan perayaan Natal pada 25 Disember. Di Eropah dan negeri barat lainnya, bentuk perayaannya sudah cukup khas. Seiring dengan perayaan Natal, ia disambut dengan diadakan pesta besar-besaran, malam akhir tahun ditunggu dengan debaran, nyanyian didendangkan, lonceng tengah malam dibunyikan, bunga api dinyalakan, terompet ditiup, ucapan Marry Christmas dan Happy New Year diteriakkan, dan campur bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram berlaku secara automatic diakhiri dengan perzinaan.
Sejarah telah membuktikan asal usul perayaan tahun baru. Jadi, telah nyata tidak ada beza di antara umat Islam dan Kafir seandainya umat Islam juga sama meraikan seperti mereka! Pi Mai Pi Mai Tangtu..Mereka lebih rela meraikan tahun masihi serta mengamalkan dasar pandang kebarat sebagaimana yang dilakukan puak-puak kuffar laknatullah dengan senang lenang tanpa sedikit merasa kesengsaraan yang berlaku ke atas umat-umat Islam yang lain terutamanya di Palestin, Iraq. Pemimpin dan rakyat sebeginilah yang diiktiraf oleh yahudi dan nasrani secara rasminya. Kaum kafir tertawa terbahak-bahak melihat gelagat pemuda pemudi Islam hancur luluh ditelan keseronokkan duniawi. Benarlah seperi apa yang diperkatan sebuah hadis baginda SAW :-
“Barang siapa yang menyerupai perbuatan suatu kaum, maka ia termasuk di dalamnya” HR. Abu Dawud, Ahmad, dan ath-Thabrani)
Segala perancangan gerakan menghancurkan benih-benih Islam bermula kejatuhan Daulah Turki Uthmaniyyah semenjak 1924 berjalan dengan lancar kerana tiada penentangan agresif ke atas dasar-dasar kepentingan mereka.
Inilah hakikat umat Islam sekarang, terlalu lemah selemah-lemahnya. Berjuta-juta umat Islam didunia ini tetapi berapa kerat saja yang berjuang bermatian-matian mempertahankannya. OIC, Islam Hadhari hanyalah label diletakkan mengabui perancangan sulit meliberalkan dan mensekularkan kesyumulan Islam. Walhal di dalam Islam tidak ada satu suruhan pun kepada umatnya supaya meraikan sambutan tahun baru. Ini suatu budaya yang sepatutnya kita jangan ikuti dan meraikan. Bahkan Allah SWT sendiri menyebut dalam firmannya :-
“…Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf:31)
Adakah kita mahu termasuk di dalam golongan yang disebut Allah SWT dan dimurkai oleh-Nya? Nah, kalau begitu mengapa kita harus meraikannya?kenapa harus berbangga dengan tahun baru masihi sehinggakan perlu ada bulatkan keazaman demi tahun baru?tidak cukupkan keazaman ketika datangnya tahun baru hijrah?setiap hari kita boleh kuatkan keazaman kita tanpa menunggu setahun menjelma. Fikirkanlah wahai sahabatku dengan sebaiknya. Janganlah kita diulit mimpi indah dengan suntikan halus jarum barat sehingga semua perbuatan mereka kita contohi tanpa menyelidikinya..
Sekian, wassalam.
Ibnurashidi
0 komentar:
Post a Comment