Peringatan Buat Semua..
Friday, January 4, 2008
"Gunakan kesempatan yang masih diberiMoga kita takkan menyesalMasa usia kita jangan disiakanKerana ia takkan kembaliIngat lima perkara sebelum lima perkaraSihat sebelum sakitMuda sebelum tuaKaya sebelum miskinLapang sebelum sempitHidup sebelum mati..."
Begitulah petikan lirik sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan Nasyid Raihan suatu ketika dahulu. Lirik diambil berdasarkan sebuah hadis baginda SAW dan sesungguhnya ia memberikan suatu kesan yang positif dan membawa maksud tersurat dan tersirat. Ianya sangat bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita semestinya.
Terlantar selepas menjalani pembedahan...
Semalam saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat Tanta yang sedang terlantar di Hospital Tibah selepas menjalani pembedahan di bahagian perut kerana diserang penyakit appendix. Pesakit bernama Hasbul Nizal Zakaria, tahun 4 Syariah Islamiyah Tanta. Alhamdulillah, syukur segala perjalanan pembedahan sudah selamat dilakukan walaupun kos rawatan yang dikenakan mencecah sehingga LE800. Rawatan yang dilakukan oleh Doktor Mesir sebenarnya agak kasar sedikit berbanding di Malaysia kerana persekitaran masyarakat Mesir memang sebegitu. Sudah tentu agak menyakitkan jika hendak dinisbahkan rawatan yang dilakukan ke atas pelajar Malaysia. Terasa bersimpati juga ke atasnya memandangkan beliau menjalani peperiksaan fasal pertama dalam keadaan sakit. Melihat keadaan beliau yang sedang terbaring dan akan menjawab kertas soalan dirasakan agak rumit. Semoga Allah SWT memudahkan urusan beliau. Amat benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT bermaksud :-
"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.."
( Surah Al-Baqarah : 155 )
Maksudnya sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNya kita tidak dapat lari dari menghadapi sebarang ujian dari-Nya. Apakah kita yang sihat ini tidak dikenakan dugaan?sudah pasti berlaku kerana itu merupakan salah satu jalan orang beriman. Dalam konteks membicarakan soal dugaan, ujian dan sebagainya. Sihat, cantik, elok rupa paras juga merupakan suatu ujian sebenarnya. Allah SWT ingin melihat sejauh mana nikmat sihat serta seangkatan dengannya yang diberikan dengan cara mengaplikasikan dalam kehidupan kita. Adakah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan ataupun sentiasa bermuram durja kerana masih belum cukup dengan apa yang ada?adakah kita beramal ibadat dengan kelapangan itu?secara totalnya, kita perlu muhasabah kembali. Nescaya amat beruntunglah mereka-mereka yang memahami erti syukur sebaiknya kepada pencipta Maha Esa.
Sahabat-sahabat yang datang menziarahi di Hospital..semoga kita najah imtihan..
Oleh itu, peringatan buat diriku serta teman-teman sekelian. Buatlah amal ibadat serta kebajikan ketika mana masih sihat walafiat kerana apabila sudah sakit tiada apa yang boleh dilakukan selain tersungkur layu. Perbanyakkan bekalan didada sebelum hadirnya waktu tuamu kerana apabila sudah berkedut tenaga juga sudah tidak berupaya lagi. Bagi yang kaya jangan dilupai orang yang miskin kerana yang kaya pasti akan miskin samaada miskin duniawi mahupun ukhrawi. Isilah kelapangan waktumu dengan kerja baik kerana Lillahhi Ta'ala sebelum datang kesempitan waktu. Dan akhirnya, ingatlah mati ketika kita masih hidup kerana mati terlalu dekat dengan kita. Apabila mati, hilanglah segala-galanya....ianya pasti. Sekian, wassalam..
Ibnurashidi
3:56 P.M, 4 Januari 08,
Siberbay.
0 komentar:
Post a Comment