Tension, Stress dan Pening Kepala?

Tuesday, December 18, 2007



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Anda pernah mengalami strees?tension?sebuah iklan seingat saya ketika berada di Malaysia dahulu. Setelah itu disertakan juga cara-cara mengatasi tekanan perasaan yang dialami. Memang tidak dinafikan, semua manusia tidak terlepas dari menghadapi masalah seharian. Tambahan pula ketika ini para azharian sedang bertungkus lumus memahami, menghafaz, mengaji, mengajar kitab-kitab kuliyyah bagi menghadapi peperiksaan dijangka akan berlangsung pada 30 Disember 2007 ( bagi takhaluff) manakala 5@6 Januari 2008 pula bagi pelajar yang menduduki imtihan secara kebiasaannya.


Dalam kesibukan menelaah kitab, ketika itu jugalah datangnya pelbagai dugaan, cabaran, musibah menimpa diri. Apa tidaknya, ketika inilah datangnya penyakit "M" ( Malas ) bak kata Ust Zaharuddin di dalam webnya. Ketika itu pasti akan terjumpa perkataan seperti "Arghhh, aku tension tak da duit!" "Aku serabut nak periksa, jangan kacau aku!!" dan pelbagai jenis rungutan lagi. Ada pula yang diuji dengan kesihatan kurang memuaskan, masalah rumah, masalah duit, masalah ketidakfahaman antara ahli rumah berita kurang menyenangkan dari kampung ( nauzubillah..) dan pelbagai lagi seribu satu macam masalah yang dihadapi. Hebat bukan pengaturan Allah SWT? DIA sayangkan hambanya, DIA berikan ujian bagi kita kerana ingin tahu sejauh mana kekuatan keimanan yang kita miliki. Di sebalik kesusahan itu sebenarnya ada kemanisan yang kita sendiri tidak tahu apakah hikmahnya. Mungkin ada sesetengah manusia yang tidak tahu bersyukur akan berkata "semua ini kerana Allah SWT tidak sayangkan Aku". Percayalah wahai sahabat, sedangkan Rasulullah SAW penghulu segala anbiya' ditimpa pelbagai ujian bertubi-tubi, di racun, di baling najis, di cerca, dan ingin di bunuh pula. Apakah kita hanya diuji sedikit sahaja sudah mengeluh panjang lebih panjang dari bateri energizer?

Tambahan pula, sekarang ini (esok) kita umat Islam sedunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sudah tentulah semua ini perlu kita jalankan bersama-sama rakan yang lain bagi memeriahkan suasana. Sebaiknya, bahagilah masa seolaknya supaya tidak berlaku perlanggaran waktu yang boleh menyebabkan kita tension memanjang. Insya'allah, saya yakin kita semua mampu menghadapi sebaiknya dengan iltizam yang jitu serta semangat yang senantiasa untuk berjaya dengan cemerlang.

Kesimpulannya, sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan-tekanan yang di alami eloklah sama-sama mengadakan solat hajat demi kebaikan dan kesejahteraan, berdoa, membaca Al-Quran, berzikir serta bertasbih lalu jangan dilupa penyedap rasa dengan beristighfar akan kesalahan lalu. Firman Allah SWT yang bermaksud :-

"Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu ingkar kepadaku."      ( Surah Al-Baqarah : 152)


"Dan ( ketahuilah ) mengingati Allah ( Solat ) itu lebih besar ( keutamaannya dari ibadah yang lain )"
( Surah Al-Ankabut : 45 )

Dan Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud :-

Diriwayatkan dari kitab sunan Tarmizi dan Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah r.a berkata : Telah mendengar Rasulullah SAW berkata : " Sebaik-baik zikir ialah Lailahaillallah " Berkata Tarmizi : Ini Hadis Hassan.

Saya berharap, kita sama-sama senantiasa basahi lidah dengan berzikir kepadanya semoga Allah SWT memberi ketenangan dan kelapangan jiwa dalam menghadapi ujian mendatang serta berjaya di dalam peperiksaan nanti. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & diharap MAAF SEGALA kesalahan..kepada semua umat Islam yang mengenali diri ini. Sekian, Wassalam




Ibnurashidi, 
2:29 PM, 18 Disember 2007,
Siberbay

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP