Doa Buat Ibu Bapa..

Monday, December 24, 2007



Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka
padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan
padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang
mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilangnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta
anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.


Amin Ya Rabbal Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfarlah, Istighfarlah....



2 komentar:

Anonymous said...

salam..
sayangilah ibu bapa kita,
ingatlah harapan mereka terhadap diri kita,
semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan mereka.
ameen.:)

Ibnurashidi said...

wa'alaikumsalam...

Semestinya sebagai seorang muslim dan muslimah perlu menyayangi ibu bapa..ingat segala perngorbanan yg dicurahkan..

ameen..anak soleh solehah insya'allah;)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP