Berhelah Dalam Perkara yang Haram, Hukumnya adalah Haram..
Saturday, December 29, 2007
Sebagaimana Islam mengharamkan setiap perbuatan yang boleh membawa kepada haram dengan cara yang jelas kelihatan, diharamkan juga perbuatan membuat helah untuk melakukan perbuatan haram itu dengan cara yang tersembunyi dan helah syaitan.
Rasulullah SAW pernah mencela orang-orang Yahudi atas perbuatannya menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dengan jalan helah. Sabdanya:
لا ترتكبوا ما ارتكب اليهود وتستحلوا محارم الله بأدنى الحيلErtinya: "Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah walaupun dengan helah yang paling kecil."
Disebutkan oleh Ibnul Qaiyim di dalam Ighatsatul Lahafan: 1/348, katanya: Ia diriwayatkan oleh Abu Abdullah bin Batthah dengan sanad yang baik. Ia disahihkan seumpamanya oleh al-Tarmizi)
Dapat dilihat, orang-orang Yahudi diharamkan menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka melakukan helah atas perkara yang diharamkan ini. Caranya ialah, mereka menggali parit pada hari Jumaat, supaya ikan-ikan dapat masuk pada hari Sabtu. Nanti, pada hari Ahad, mereka akan ambil ikan-ikan berkenaan.
Perbuatan di atas, oleh orang-orang yang melakukan helah dianggap sebagai tidak mengapa. Namun bagi fuqaha’ Islam, ia adalah perbuatan haram. Kerana tujuannya adalah untuk menangkap ikan, samada melalui cara helah ataupun secara langsung.
Sebahagian dari helah yang berdosa ialah memberi nama sesuatu yang diharamkan dengan satu nama lain. Diubah rupabentuknya tetapi bendanya yang itu juga. Dan, tidak syak lagilah bahawa tidak dapat diambil kira dengan perubahan nama sedangkan ia adalah benda itu juga. Dan tidaklah boleh juga diambil kira dengan berubahnya rupabentuk sedangkan hakikat benda yang berubah itu adalah benda itu juga.
Sesiapa sahaja yang cuba mereka-reka rupabentuk lain dengan tujuan mahu melakukan helah untuk menghalalkan riba, atau mengubah nama khamar dengan tujuan melakukan helah untuk menghalalkan khamar, maka sesungguhnya dosa memakan riba dan meminum khamar itu tetap ada dan tidak berubah. Ini ada disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW :-
Sesuatu yang sungguh pelik pada zaman kita ini di mana tarian bogel mereka beri nama seni, khamar mereka beri nama minuman kerohanian dan riba mereka namakan dengan faedah.. Begitulah seterusnya.
Sekian, Wassalam.

ليستحلن طائفة من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها
Ertinya: "Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama lain." (Riwayat Ahmad )
يأتي على الناس زمان يستحلون الربا باسم البيعErtinya: "Akan datang suatu masa di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual-beli." (Ada disebutkan di dalam Ighatsatul Lahafan, 1/325)
Sesuatu yang sungguh pelik pada zaman kita ini di mana tarian bogel mereka beri nama seni, khamar mereka beri nama minuman kerohanian dan riba mereka namakan dengan faedah.. Begitulah seterusnya.
Sekian, Wassalam.
0 komentar:
Post a Comment