Episod tuding menuding..

Wednesday, August 15, 2007

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Setiap kali sesuatu peristiwa besar berlaku tidak kiralah samaada bencana, gempa bumi, bangunan runtuh, kemalangan jalan raya, bumbung bocor atau sebagainya mesti ada episod tuding menuding siapa salah diantara satu sama lain akan turut sama berlangsung. Benarlah apa yang disebutkan dalam sebuah peribahasa melayu “kuman diseberang laut nampak tetapi gajah didepan mata tak nampak”. Begitulah boleh kita kaitkan dengan sikap pimpinan kita sekarang. Cuba kita lihat saja peristiwa nahas jalan raya terburuk yang mengorbankan 20 orang apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping, kelmarin. Secara tidak semena-mena bukan sahaja orang awam, JPJ, Bomba bahkan menteri juga turut turun padang bagi menyaksikan peristiwa yang berlaku. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan ‘aktiviti’ turun padang itu tidak baik. Cuma, realitinya inilah yang sering berlaku di Malaysia. Bila dah berlaku suatu peristiwa barulah kelam kabut ingin menyelesaikan serta merta. Jika kita berfikir secara logik akal, manalah sempat jika kita hendak selesaikan sesuatu perkara secara tergesa-gesa. Perlu ada persediaan yang rapi serta berkesan barulah sesuatu perkara itu akan menjadi lebih sistematik.


Amat malang sekali sikap serta ulasan yang ditonjolkan oleh pihak terlibat antaranya JPJ dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), apa tidaknya jika sudah tahu seseorang pemandu telah melakukan kesalahan trafik sepertimana pemandu bas ekspres milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad yang mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap, mengapa dibiarkan?mengapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan dari awal. Adakah wujud suatu perkara yang menghalang dari tindakan diambil dari awal? Inilah akibatnya jika sikap sambil lewa serta tidak bertangungjawab maka yang menjadi kesannya orang lain terlibat sama.

Kita tidak menafikan bahawa sikap pemandu itu sendiri juga merupakan salah satu punca penyebab nahas jalan raya. Diharap selepas ini syarikat bas wajib menapis seketat-ketatnya pengambilan pemandu bas agar tidak berulang lagi peristiwa yang sama akan datang. Banyak kes berlaku dimana kecuaian pemandu, memandu secara tidak berhemah, had laju melebihi sepatutnya, serta layanan tidak mesra terhadap penumpang. Ini semua harus diambil kira oleh mana-mana syarikat terlibat seandainya ingin membersihkan kembali nama pengangkutan bas serta melariskan tiket bas semula.

Akan tetapi, apa yang mengecewakan saya ialah sikap tuding menuding serta saling menyalahkan antara satu sama lain diantara pihak berwajib itu sepatutnya tidak berlaku. Apalah salahnya, lihat diri sendiri dan kaji dimana silapnya. Jika mahu disenaraikan kelemahan sistem jalan raya rasanya terlalu banyak hubung kaitnya. Oleh itu, saya menyeru supaya pihak kerajaan serta yang terlibat lebih ‘membuka mata’ dalam melihat dan mengambil tindakan bagi mengelakkan nahas lebih buruk berlaku akan datang.
Ibnurashidi

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP