Hiburan

Friday, July 20, 2007



Seketikaku melalui lorong-lorong rumah batu bertingkat dikawasan tempat tinggalku sekarang iaitu Siberbay Tanta, Mesir. Kebetulan ketika itu diadakan pesta tarian arab sempena perkahwinan keluarga mereka. Dan ketika itu juga, ada diadakan hiburan sempena majlis “membuka kedai baru” maka terjadilah hiruk pikuk suara bercampur “speaker” sebesar pintu rumah menyebabkan suasana bertambah meriah seperti sebuah konsert mega ditanah air. Apatah lagi dengan muzik yang membingitkan telinga dicampur pula tarian yang melalaikan tidak kiralah belia remaja, pria wanita, mak cik, pak uda, datuk atau nenda semuanya turut serta melenggangkan badan demi menjayakan majlis tersebut. Apabila difikir secara rasional terasa lucu pula apatah lagi yang menarinya itu berumur separuh abad. Bila terkenangkan kesemua peristiwa tadi hati ini terdetik, sesungguhnya benarlah apa yang dikatakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ketika khutbah terakhir saat kematian beliau yang mana umat manusia selepas ini akan mengalami kesesatan yang nyata selagi mana tidak berpegang kukuh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Malah bertepatan juga dengan firman Allah SWT bermaksud :-

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Alah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil-amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Qs. an-Nisaa' [4]: 59

Di tanah arab masyarakatnya telah kembali kepada adat jahiliyah walau tidak dinafikan disana juga lahirnya beribu-ribu bahkan berjuta-juta alim ulama’, wali Allah, syeikh-syeikh dan para cendiakawan Islam. Tetapi arus budaya barat lebih laju bagaikan keretapi peluru menerobos masuk secara mendadak dikala terlekanya umat Islam. Begitulah akibatnya apabila umat ini tidak menerapkan sistem dan syariat Islam maka bala bencananya memakan diri sendiri.

Secara realitinya, kehidupan barat atau west life dan adat jahiliyah tersebut memang benar-benar telah pun berlaku kembali. Saya tidak hanya menjuruskan kesalahan ini diatas bahu masyarakat arab sahaja baik di Mesir ataupun tanah arab yang lainnya, bahkan fenomena hiburan melampau ini telah melanda dengan kroniknya kepelusuk dunia hatta dimana ada umat Islam disitu ada hiburan atau istilah terbarunya budaya Hedonisme. Cuba kita lihat sendiri, ditanah air kita iaitu Malaysia tercinta tanah tumpah airku apakah yang berlaku?dibandar-bandar besar contohnya seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor dan sebagainya seperti menjadi lumrah masyarakat jika tiada hiburan umpama makan nasi tanpa berlauk. Jika dibuat perbandingan secara kasar tidak ada bezanya masyarakat Islam di Malaysia, Arab, Negro, China, India semuanya telah mencapai satu tahap hiburan yang maksimum sehingga lupa matlamat dan perjuangan Islam sebenar. Mereka tercari-cari arah untuk menyelesaikannya tidak belum ditemui penawar yang mujarab untuk merawat penyakit sosial dikalangan umat Islam. Inilah natijahnya jika hidup tanpa matlamat, tidak ada satu hadaf yang jelas kucar kacirlah sesebuah tamadun itu.

Kesimpulannya, kita tidak menolak hiburan sepenuhnya malah ada tatacara untuk berhibur didalam Islam tetapi sedarlah kita wahai diri, umat Islam seluruhnya akan matlamat hidup kita bukan mencari keseronokkan sementara ini tetapi kebahagiaan yang hakiki lagi abadi. Sekian, Wallahualam..Allhumma nasaluka daulatan khilafatan ala min hajji nubuwwah wa tu’izzubihal Islam wa’ahlahu wathuzillu bihal kufru wa’ahlahu..ameenn ya rabba alamin..

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP