Catitan Kembara ke Selatan Sinai 2007
Thursday, April 26, 2007
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Disini ada sedikit catitan mengenai Jaulah menjejaki selatan Sinai bertarikh 11,12,13 dan 14 Februari 2007 yang lalu. Diharap dapatlah baca dengan penghayatan yang sepenuhnya :-
11 FEBRUARI 2007 : Dalam pukul 12:30 malam kami mula bertolak dari markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Kami menaiki bas seramai lebih kurang 40 orang pelajar lelaki semuanya. Dan pelbagai kelengkapan untuk masak turut dibawa bersama. Sebelum perjalanan bermuala, Pengerusi DMPT memberi taklimat dan doa selamat dibacakan oleh Exco Dakwah. Disepanjang malam berada didalam bas kami hanya tidur.
12 FEBRUARI 2007 : Bas berhenti dalam pukul 3 pagi di kafeteria berhampiran dengan simpang ke Suez, kami berehat disitu dan menunggu waktu solat subuh. Disitu ramai pelancong asing cam mat saleh kat situ. Selepas solat, kami terus bertolak dan melalui terusan suez yang mana terowong ni telah dibina oleh pihak perancis yg menjajah mesir suatu ketika dulu dan siap dibina pada tahun 1869. Lorong sepanjang 2 km serta 56 kaki dalam itu terletak didasar laut yang menghubungkan timur dan barat. Dan ia merupakan terusan kedua terpenting didunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan pusat perhubungan laut dengan dunia luar. Barang yg diangkut melaluinya ialah jenis berat dan dari timur jenis barang mentah dan barang siap. Pada tahun 1967M is ditutup akibat peperangan antara mesir dengan Israel. Terdapat terowong bawah tanah (bawah air) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Seterusnya selepas kami melepasi terewong tersebut, kami boleh lihat banyak kapal laut yang lalu diatasnya dan masa tu terbayangkan pelabuhan kat penang, malaysia.
Mesingan hasil tinggalan pengganas Israel di Sinai...
Perjalanan bas kami terus bergerak melalui gurun padang pasir yang tandus setandus hamba yang kerdil ni dlm mencari ilmu. Akhirnya kami sampai ke destinasi lawatan pertama kami iaitu tempat bernama “Panorama Berlief”, disitu kami diberi taklimat khas oleh tentera mesir yang berkawal disitu. Nasib kami baik kerana diberi kesempatan untuk bergambar kenangan disitu dan kebanyakan tentera yg berkawal disitu macho dan sporting belaka. Kawasan itu merupakan sebuah kubu lama yang mana ianya pernah ditawan oleh tentera Israel pada suatu ketika dahulu. Dan akhirnya kerajaan mesir berjaya merampas kembali kubu tersebut pada tahun 1976M. Menurut cerita, kubu tersebut susah ditembusi oleh tentera mesir tapi atas nasihat Ulama' mesir maka kubu itu dapat ditawan dengan menggunakan kaedah semburan air. Pelik tapi benar!
Kami mula bertolak untuk menuju ke destinasi kedua iaitu tempat yang bernama “Fayum Musa”. Kami tiba pada pukul 9pagi dikawasan tersebut kawasannya agak pedalaman sebab kami boleh lihat penduduk arab badawi yang mengembala kambing disekitarnya. Kawasan tersebut terletak dilaut yang menghubungkan terusan Suez. Disitu kami boleh lihat mata air Nabi Musa ke atas kaumnya Bani israel sebagai mukjizatnya. Mata air itu agak suam dan ia dikatakan sesuai untuk sesiapa yg berpenyakit kulit bukan sembelit. Menurut sumber penceritaan yang kami dapat, katanya laut itu juga yang disebut dalam Al-Quran yang mana Nabi Musa membelah akibat dari melarikan diri dari puak Firaun laknatullah. Seterusnya selepas lebih kurang setengah jam berada disitu kami terus bergerak ke destinasi yang ketiga. Perjalanannya agak jauh juga, sehingga menyebabkan kami tertidur sambil bermimpi macam-macam. Sebelum kami nak sampai ke destinasi ketiga, terdapat banyak sekatan jalan raya oleh Polis mesir yang mukanya boleh dikatakan garang juga.
Alhamdulillah, kami diberi peluang lagi melawat tempat seterusnya bernama “Hamam Firaun”. Cuaca dikawasan tersebut agak panas berbanding kawasan sebelum ni dan ianya berhampiran dengan laut. Ianya terletak di semananjung Sinai. Ia merupakan tempat Firaun bermandi dan manda pada musim panas. Terdapat juga tempat istirehat Firaun selepas ia mandi. Ianya sebuah gua yang terdapat dikaki bukit. Udara didalamnya lebih panas dari luar..kami juga dah try masuk kat dalam.memang panas sehingga orang akan sangkakan kami mandi padahal peluh bersimbah sebab panas berwap. Udara didalam gua ini boleh mengubati orang berpenyakit Rheumatism (sejenis penyakit yang belum ana temui maksudnya, maaf ye!) manakala air yang keluar dari dalam gua tersebut amat panas sehingga boleh masak telur yang direndam.
Gua dikaki bukit, tempat dimana Firaun bermandi wap panas di musim sejuk..
Dalam pukul 11 pagi, kami mula bergerak bersama bas ke tempat yang utama dalam misi kami ke Sinai iaitu kawasan bernama Jabal Musa. Perjalanan agak memenatkan dan cuaca agak panas. Kebanyakan dari kami dah banyak kali bangun dan tidur semula. Bekalan air yang dibawa pun dah berbotol-botol habis diminum dengan ayunya oleh kami. Kawasan yang kami lalui tersebut bentuk geografinya berbatun batan, gunung-ganang, ada pokok dua tiga je, dan perkampungan arab badwi (kampung). Anda boleh pejam mata dan bayangkan sebentar kawasannya seperti kawasan gurun di afrika macam cerita dokumentari kat TV di Malaysia. Begitulah keadaanya. Lebih kurang 2jam perjalanan, kami sekali lagi ditahan tentera mesir yang bertugas disempadan sinai tu. Muka tentera kali ni lebih bengis lagi dari sebelumnya, dia juga minta keluarkan passport masing-masing. Berdebar-debar juga waktu tu. Alhamdulillah kami lepas lagi sekatan kali ni. Semua tu tak lain tak bukan adalah kerana bantuan Allah swt semata-semata selaku ketua segala ketua bagi makhluknya.
Pada pukul 1:40 petang kami akhirnya sampai juga dikaki bukit thur sinai@bukit Jabal Musa. Kiranya perut kami waktu tu dah berjoget bermacam tarian umpama tarian gelek arab akibat kepenatan dan kelaparan. Kami diberi chalet untuk berehat disitu, cuaca disitu agak sejuk. Kami solat jamak, tidur sebentar, berborak sambil makan nasi berlaukkan telur sambal. Bila lapar, semuanya dianggap sedap. Belum pun hilang penat, kami ada tugas seterusnya iaitu ke destinasi yang ke..ke berapa dah, jap nak kira..oh,ya destinasi yang keempat iaitu tempat bernama “Wadi Arba'ein”. Kami bergerak ramai-ramai berjalan kaki dibawah kaki bukit tersebut, sebelum tu ana sempat bergambar dengan seekor unta. Kawasannya berbatu batan, perjalanannya amat-amat penat sekali. Kami terserempak dengan rombongan dari Patthani, Thailand. Mereka juga adalah pelajar Universiti Al-Azhar tapi cawangan lain. Dioarang datang 2 biji bas, akhawat dan ikhwah. Dan kami juga terserempak dengan rombongan pelajar Al-Azhar cawanngan Shibin el Kom. Bertambah semangat lagi kami bergerak beramai-ramai menuju ke destinasi seterusnya. Akhirnya kami sampai juga dikawasan yang mana ada disebut didalam Al-Quran iaitu Uyun Musa. Betapa takjubnya melihat secara real apa yang telah disebutkan didalam Al-Quran sebelum ni. Ianya terdapat mata air 12 yg keluar melalui celah-celah batu besar. Sesiapa yang pernah tengok dokumentari “Jejak Rasul” ditv3 ada ditayangkan. Mengikut sejarah ada 12 mata air, dan 12 mata air itu menunjukkan 12 puak yang menjadi pengikut Nabi Musa a.s. Waktu kami melawat tempat tersebut, mata air dah tak keluar lagi. Selepas itu kami teruskan perjalanan menaiki bukit diman terdapat Wadi Arba'ein, lebih kurang 20minit naik dengan bantuan arab kampung sebagai penunjuk jalan akhirnya kami sampai. Tempatnya amat cantik dan kami tak melepaskan peluang bergambar habis-habisan sehingga bateri masing ketahap low. Tempat tersebut dikatakan berasal dari sebuah telaga yang digunakan oleh orang dahulukala untuk memberi minum air kepada binatang ternakan mereka. Ianya terletak berhampiran pokok yang menjadi pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan dua anak perempuan Nabi Shuaib a.s. Kami pun bertolak pulang ke chalet, ana beserta tukang masak kami dan seorang kawan lagi merupakan orang yang paling last turun sebab tak larat nak berjalan. Waktu tersebut dah masuk maghrib, sampai terus singgah dikedai jual air bagi menghilangkan penat lelah berjalan kaki.
Mata air 12 yang dikatakan dipukul oleh Nabi Musa a.s untuk kaumnya..
Seterusnya kami berehat dichalet, solat beramai-ramai dan tidur sebentar tunggu makanan sedang dimasak. Cuacanya sejuk sekali, ana terpaksa tidur dibawah khemah sebab chalet penuh dengan sahabat-sahabat yang lain. Dalam pukul 10 malam kami makan malam, berlaukkan sup daging dan teh susu. Ana sambung tidur kembali bagi mengumpul stamina nak panjat bukit nanti. Tepat pukul 12 malam, kami segera bersiap-siap beramai dengan memakai pakaian yg tebal serta berlapis. Ana pakai 5 lapis baju sejuk, 3 helai seluar, lampu picit, sebuah beg, snow cap dan dua helai sarung tangan beserta kain tengkuk. Ada juga kawan yang pakai baju sampai,7-9lapis. Ikut tahap kemampuan masing-masing menahan sejuk. Kami menaiki bas kaki Jabal Musa lebih kurang 10minit. Kami tiba dan diberi taklimat khas oleh musyrif (ketua) kami. Pada waktu itu, dah ramai pelancong lain yang tunggu giliran nak mendaki bukit. Sebelum mendaki kami diperiksa oleh polis yang bertugas disitu. Kami mula mendaki pada jam 12:30 malam. Lorong pendakian agak curam, gelap zulumat, berbatu-batan dan berbentuk zig zag. Ana dah separuh jalan dah mula menampakkan tanda-tanda nak semput lalu terpaksa kuatkan semangat setinggi bukit tu.setiap lereng ada kedai jual minuman tapi harganya amat mahal sekali. Kebanyakkan mat saleh yang berhenti minum. Ada banyak juga unta sedang menunggu pelanggan bagi sesiapa yang betul-betul semput nak daki. Harganya LE50 sekali naik bersamaan dengan RM30. Kami dengan tabah hati berusaha juga naik walaupun dah macam semut jalannya. Ana kepenatan amat sangat, badan pun dah tak stabil terhuyung-hayang ditiup angin yang kencang, dah nak macam layang-layang. Berpeluh-peluh tapi sejuk. Ni lagi satu benda ajaib. Perasaan sewaktu mendaki terbayangkan adakah dapat sampai kepuncaknya?rasa macam tak mampu dah nak mendaki dan rasa juga bilala nak sampai kekemuncak ni..tingginya tak usah diucap dengan kata hanya mampu tulis jer. Jurang antara bukit juga amat dalam beserta gelap lagi hitam. Waktu mendaki, sempat juga ana berborak dengan seorang mat saleh. Test speaking la pula, biar berterabur pun asal faham. Ana juga kagum dengan 4orang pelajar Al-Azhar perempuan dari Patthani yang semangat mendaki dan banyak kali memotong tanpa isyrat. Mungkin itu salah satu punca ada energy akibat rasa tercabar kot nak mendaki. Maklumla, perempuan semangat lebih nak mendaki kita yang laki tak larat. Malu la juga. Hilang kemachoan..hehehe, gurau sebentar. Ana beserta 3orang sahabat terus mendaki walaupun setiap 20 langkah terpaksa rehat. Penatnya hanya Allah swt je yang tahu. Alhamdulillah akhirnya, berkat pertolongan Allah swt ana dan 2,3orang rakan yang lain sampai juga kekemuncaknya!dalam pukul 4pagi kami sampai. Ada lagi separuh masih belum sampai. Diatas puncak, sejuknya tak terkata lagi..memang sejuk sesangat sehinggakan sarung tangang 2 lapis dirasakan macam tak pakai langsung. Ana terpaksa sewa selimut tebal berharga LE10 sambil menunggu waktu subuh. Diatas puncak terdapat sebuah masjid lama dan sebuah gereja Kristian Ortodoks. Terdapat juga sebuah lubang dimana tempat Nabi Musa bermunajat dan berkata-kata dengan Allah (ada disebut dengan jelas didalam Al-Quran).
Sinaran sang mentari pagi dapat dilihat dipuncak Gunung Thursina...
Gambar dipuncak gunung..dalam keadaan kesejukan menyucuk tulang hitam...
Gunung-ganang menghiasi pemandangan...
Inilah tempa dimana Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah SWT...
Kenangan besama dipuncak gunung...
Berpeluang bermain salji dipuncak Gunung Thursina...
Curam dalam ketika menuruni gunung menyebabkan letih yang amat sangat..
Seterusnya kami singgah ke destinasi yang entah keberapa, tak ingat dah iaitu “Lembu Samiri”. Mengikut sumber sejarah lembu samiri ialah dikatakan pancaran dari patung emas yang dibuat oleh Musa Samiri iaitu seorang pengikut Nabi Musa yang membelot. Lalu terkena ke bukit dan membentuk seolah-olah seekor lembu. Ukiran ini terletak berhampiran dengan mata air dan pohon suci yang disebut dalam Al-Quran sebagai “Syajarah Mubarakah” (surah Al-Mu'minun : 20). selepas bergambar, seterusnya kami menuju ke Maqam Nabi Harun a.s dengan berjalan kaki. Baginda adalah Nabi yang ke 16 selepas Nabi Musa dan saudara kepada Nabi Musa a.s. Baginda dilantik sebagai Rasul pada tahun 1439S.M sehingga 1317S.M. Maqam ini terletak di kaki bukit Tursina@Jabal Musa bersebelahan sebuah gereja dan berdekatan dengan patung lembu samiri tadi dan mata air 12. Seterusnya kami terus bergerak menaiki bas menuju ke Maqam Nabi Salleh a.s. Maqam Nabi Salleh a.s ini mengikut pendapat yang rajah (kuat) terletak dipertengahan perjalanan antara Hamam Firaun dan St.Catherine. Maqam ini terletak di atas sebuah bukit yang kami lawati. Bukitnya tidaklah tinggi mana, sekadar termengah-mengah sedikit sahaja berbanding Jabal Musa. Baginda merupakan nabi ke-5. Umurnya 58 tahun ketika menjadi rasul pada tahun 2000S.M sehingga 1990S.M. Baginda diutus kepada kaum Thamud. Kaum ini tinggal didalam bukit batu yang ditebuk sebagai rumah. Rumah seperti ini kita dapat lihat di sekitar kawasan Esna tidak jauh dari istina Nabi Yusuf a.s.(tapi kami belum lagi ke tempat tu). Kami terus bertolak ke destinasi seterusnya dalam keadaan dahaga, panas, lapar. Hanya kesabaran mampu kami lakukan.
Inilah Gereja St.Catherine terletak dikaki Gunung Thursina...didalamnya terdapat Gereja Orthodoks lama...
Perjalanan kami seterusnya ialah menuju ke Pantai bernama Dahab. Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi smpai juga akhirnya dalam pukul 2 petang. Dipantai Dahab terdapat sebuah pekan kecil tempat membeli belah, disitu terdapat chalet dan hotel untuk disewa. Ramai pelancong asing disitu dan pandangan mata amatlah perlu kerana kita sedia maklum, mat saleh pantang jumpa pantai. Jumpa pantai mereka seumpama anjing-anjing yang tak berpakaian. Akhirnya kami dapat menyewa chalet. Ana tinggal berkongsi 4 orang sebilik. Perasaan puas yang amat sangat setelah dapat berehat, solat dan makan beramai. Makanan kali ni agak sedap, nasi berlaukkan ayam. Ana terus tertidur kepenatan. Selepas maghrib, ana dan sahabat-sahabat yang lain berjalan-jalan dipekan kecil serta membeli cenderamata, baju t-shirt, dan bergambar. Yang paling malas sekali waktu nak berbalah dengan arab minta kurang harga. Tension la juga dahla penat. Lalu kami balik makan makanan yang dimasak AJK kami. Masakan kali ni ialah ayam masak kurma. Setelah puas berjalan, ana terus pulang kechalet dan berehat serta tidur untuk esok pula.
14 FEBRUARI 2007 : Bangun serta solat subuh (perlu diingat dibumi mesir tak macam malaysia, sini 2,3 hari tak mandi dimusim sejuk standartla malah ada yang seminggu still rilex lagi..) aktiviti seterusnya ialah kami dibawa mandi dipantai Dahab dengan menaiki jeep yang disediakan. Ana menyewa snorkling untuk menyelam. Sesampai kepantai tersebut, pemandangan disitu amatlah menarik. Tiada ungkapan yg dapat menggambarkan kecantikan pantai itu. Ana pada mulanya hanya melihat rakan-rakan mandi sebab cuaca sejuk. Dipesisir pantai ni ada gamat yang besar-besar dua tiga kali ganda dari gamat langkawi. Ana tanpa berlengah terus mandi walaupun pada hakikatnya sejuk. Suatu pengalaman menarik bila menyelam dengan snorkling!menakjubkan bila lihat suasana dalam laut dengan batu karang berwarna warni. Setelah puas mandi, kami bergambar dan bersiap-siap untuk pulang ke chalet.
Gamat atau apa?besar semacam je...
Setelah berkemas-kemas, lebih kurang pukul 9pagi kami segera bergerak ke destinasi seterusnya iaitu sempadan Mesir dan Israel iaitu tempat bernama Toba. Disana ada sebuah Hotel Hilton yang pernah dibom suatu ketika dahulu. Kami hanya diberi masa 5 minit sahaja untuk melawat kawasan tersebut atas dasar keselamatan. Disitu terdapat ramai polis mesir dan yahudi.
Kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Qal'ah (kubu) Salahuddin Al-Ayyubi. Sesampai di Qal'ah tersebut, kami dikehendaki membuat pendaftaran. Seterusnya kami dibawa ke jeti bot untuk menyeberang ke Pulau tempat dimana kubu tersebut berada. Untuk pengetahuan semua, hanya pulau sahaja milik kerajaan mesir, manakala air laut disekeliling pulau itu adalah milik Israel laknatullah. Sebelum kesana, kami diberi taklimat supaya tidak melayan individu yang mencurigakan jika mereka menanyakan soalan pelik-pelik. Ini kerana, dikhuatiri mata-mata@CIA yahudi. Lalu kami menaiki bot menyeberangi laut untuk sampai ke Pulau dimana kubu tersebut berada. Tesergam indah pemandangan kubu dapat dilihat dari atas bos, sehebat panglima yang membina kubu tersebut. Setelah itu, kami tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai dekat menara dimana terpacak bendera Mesir di puncaknya. Setelah puas bergambar, kami turun berehat dipondok dibawah sambil memerhatikan kapal-kapal layar yang berlabuh disekitarnya. Begitu indah dan menakjubkan pemandangan disitu, terasa tenang dan damai. Ketika ana sedang bergambar berlatar belakangkan negara Israel, Jordan dan Arab Saudi diseberangnya, tiba-tiba ana terdengar dentuman bom dan bedilan mesingan bertalu-talu disempadan Israel dengan asap yang berkepul-kepul naik menerobos keudara memecah kesunyian dan kedamaian tengahari itu. Pada saat itu, terdetik dihati bagaimanakah nasib umat Islam iaitu saudara seaqidah kita bertungkus lumus mempertahankan setiap inci tanah umat Islam yang dirampas oleh yahudi. Betapa terseksanya mereka, seharian hidup dalam ketakutan akibat melarikan diri dari peluru sesat yang tak bermata. Dengan nada kesyahduan itu, kami segera bergerak menaiki bos keseberang kembali tempat dimana bas sedang menunggu kami. Sempat juga ana dan rakan-rakan mengambil gambar ditugu Salahuddin Al-Ayubi. Seterusnya dengan berakhirnya lawatan ke kubu tersebut maka tamatlah Jaulah ke Sinai anjuran DPMT 2007 pada kali ini.
Post sempadan Israel - Mesir...
Pemandangan Qal'ah tesergam indah dari atas bot...
Menaiki bot untuk ke Qal'ah Salehuddin Al-Ayyubi...
Bergambar kenangan didalam Qal'ah...
Panorama diatas puncak Qal'ah, kelihatan negara Israel...
Seterusnya kami terus menyelusuri jalan pulang dengan muka yang kepenatan dan mendapat seribu satu macam pengalaman manis yang tak dapat dilupakan selama-lamanya, Insyaallah. Kami berhenti di sebuah masjid dipertengahan jalan pulang, seterusnya menunaikan solat beserta makan tengahari disitu. Seterusnya kami juga sempat singgah di Kaherah untuk menunaikan solat Jamak dan akhirnya sampai juga kami kembali dibumi Tanta tempat kami menuntut ilmu sekarang, Alhamdulillah, walaupun kepenatan tapi kami puas hati dengan Jaulah yang diadakan. Bertemu lagi pada Jaulah Makam Ulama’ dan Jaulah ke Matruh dan Siwa pada musim panas, InsyaAllah biznillah..
Sekian..
Sekian..
0 komentar:
Post a Comment