Assalamualaikum Warahmatullahhiwabaratuh..

Wednesday, April 18, 2007



Alhamdulillah, pertama sekali ku panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih lagi bernafas dan mengecapi nikmat Iman dan Islam..sesungguhnya amat beruntunglah bagi manusia yang senantiasa mengingati dan bersyukur kepada Allah SWT kerana itu telah dijanjikan suatu hadiah yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar iaitu syurga yang kekal abadi, Insya'Allah di akhirat kelak..tidak dilupakan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda..

Sebagai permulaannya marilah sama-sama kita merenung sejenak maksud kalam yang agung daripada Surah Al-Alaq : 1-5 yang bermaksud :-
"1.Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang menciptakan. 2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. 4.Yang mengajar (manusia) dengan pena. 5.Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ayat di atas merupakan salah satu surah Makkiyah yang mana ayat tersebut di turunkan ketika mana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW telah ditemukan dengan malaikat Jibril a.s pertama kalinya sebagai muqaddimah penurunan ayat-ayat Al-quran berikutnya. Bilamana berlaku pertemuan pertama tersebut maka lembaran sejarah telah menceritakan bahawa perkara utama yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW ketika itu ialah baginda di ajar supaya membaca serta menyampaikan apa yang telah diwasilahkan oleh Al-Khaliq kepada Jibril a.s.
Apabila kita mengkaji sedalam-dalamnya maksud ayat di atas maka terbuktilah bahawa pembacaan dan pengajaran merupakan suatu kaedah yang berkesan bagi mendidik jiwa masyarakat Islam dan bertitik tolak dari situlah akan munculnya kekuatan sebuah ummat Islam yang unggul seperti mana tercatit di dalam sejarah yang lalu. Maka atas kesedaran tersebut ana mengambil iniasitif untuk berkecimpung dalam lapangan penulisan ilmiah bercorak webblog ini bagi memeriahkan lagi bidang penulisan dikalangan warga Azhari khususnya serta umat Islam umumnya yang mengerti bahasa ini walau dimana jua berada..Insya'Allah.
Akhir kalam, ana mengharapkan semoga permulaan ini akan berkekalan seizin dari-NYA selagi mana dunia belum kiamat seterusnya ana dapat terus menyampaikan sekadar mana yang mampu..Insya'Allah bertemu lagi dilain waktu..sekian, wassalam.


2 komentar:

Anonymous said...

as'kum..
nice blog..nanti farid wat cntik2 lagi..letak gerak2..pastu ltk cite byk2 ekk...blh bace

Anonymous said...

Syukran sebab sudi tengok blog ni..ok,insyaallah akan dipercantikkan dgn ape2 bahan-bahan ilmiah akan dtg..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP