Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sesuci Seruan Syurgawi (3)

Sunday, January 25, 2009


Isterinya terbunuh dibedil helikopter Apache ketika menghadiri usrah muslimat di Masjid Abdul Rahman, Gaza. Berkecai jasad bersama runtuhan batu bata menindan. Darah yang berlanyau terhambur bak wangian kasturi. Cebisan daging 12 muslimah menjadi mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah berselerakan merata.

Mahu saja dicantas kepala-kepala zionis durjana itu serta merta. Namun ia tidaklah semudah berkata-kata. Abi perlu mengumpul kekuatan. Dalam celah kekalutan itulah dia bangkit membawa panji Islam kepahlawanan. Abi punya kelebihan berkat pembelajaran dari Ahmad Najmudden. Salah seorang syuhada’ di bawah organisasi Kataib Izzuddin Al-Qassam (sayap tentera HAMAS). Abi perlu melatih sebanyak mungkin hasil kreatif mencipta roket dan bom itu kepada anak-anak muda. Mujurlah Along sudah mengerti. Sempat diwariskan ilmu keramat itu buat anak sulungnya. Itulah yang dilakukan abi sejak gema Intifadha berkumandang 6 tahun yang lalu. Selama 6 tahun itu jugalah abi telah kehilangan Ruqayyah. Ibu kedua orang anak lelakinya. Sepenuh harapan menggunung agar anaknya bakal mewarisi perjuangan ini.

Manik-manik mutiara menakung jernih dikelopak mata. Gugur lagi. Lantas dia teringat sepotong kalamullah penyejuk jiwa berbunyi:


“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (Ali-Imran : 169)

TIGA

Kepadatan penduduk kota menjadikan setiap masjid pasti penuh. Penuh melimpah ruah kerana ramainya umat Muhammad SAW yang masih setia mempertahankan kota suci al-Quds. Biarpun setiap jihat tusukan-tusukan tombak musuh menghujum tajam langsung tak memaksa umat bertempiaran lari. Itulah simbol kekuatan yang tergambar dalam riwayat kata-kata azimat baginda.

Raya Aidiladha kali ini tetap saja sama seperti tahun sebelumnya. Abi membawa anak-anak ke Masjid berdekatan bersolat raya berjemaah tanpa seorang ibu. Sesak, ripuh bersuara. Takbir raya bersenandung merdu tiada bernoktah menandakan masih wujud insan-insan beriman di bumi berdarah ini.

Abi tiba di perkarangan masjid bersama kedua orang puteranya. Tepat tekaannya, seawal pagi begini memungkinkan mereka mendapat ruang di dalam masjid. Biarpun pihak berwajib ada menyediakan ruang halaman masjid sebagai tempat bersolat buat jemaah yang kelewatan tetapi Abi lebih selesa di dalam. Lebih dekat bersetentang mata Imam lebih menusuk kalbu lontaran khutbahnya.

Turut tersedia ruangan jemaah muslimat di sebelah belakangnya. Biasanya ibu mertuanya pasti turut hadir bersolat di masjid itu. Nenek kepada dua orang puteranya itu biarpun umur sudah mencecah 70 tahun namun masih kuat untuk menunaikan kewajipan Ilahi. Kuat juga memberikan kobaran semangat buat abi untuk terus berjuang menegakkan kalimah suci. Benarlah, jika jiwa islami sudah tersemat sedari kecil pasti jangkau umur tua bukan menjadi penghalang kepada bangunnya sebuah kebenaran.

Abi bersama kedua anaknya baru sahaja selesai mendengar khutbah Aidiladha. Bersemangat sekali khatib berpidato. “Hancurkan si kafir Laknatullah!! Jahanamkan mereka!!”. Gema suaranya masih terngiang-ngiang di corong telinga abi.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu masjid, terdengar suara memanggil mereka. Lantas abi memalingkan wajah ke arah terbit suara.

“Mustofaa!! Ya Mustofaa!!”

Abi terus mengajak along dan adik ke situ. Kelihatan seorang lelaki tua bertongkat memanggil mereka. Di sebelah lelaki tua itu terpacak tubuh nenek Maimunah. Senyum.

“Assalamualaikum ayah..Ibu..Selamat Hari Raya buat kalian.” Abi senyum lebar mendepakan tangan.

“Wa’alaikumsalam…Mustofa!”

Abi berpelukan dengan bapa dan ibu mertuanya. Along dan adik juga tidak melepaskan kesempatan itu. Pelukan erat tanda sebuah ikatan kasih sayang di antara atok dan nenek mereka.

“Selamat Hari Raya anakku…Oh, lama benar tak berjumpa ya..kamu apa khabar?” Bibir tua atok mengajukan persoalan. Terbit sinar gembira di wajahnya itu sambil menepuk bahu Abi.

“Alhamdulillah, sihat..macam biasa juga..ayah macammana?sakit pinggang dah hilangke?”

“Beginilah Mustofa..bila dah tua ni macam-macam penyakit tiba..hilang sakit pinggang muncul sakit belakang..” Atok mencekak pinggang lalu menumbuk manja kearah rusuk kirinya.

Along dan adik tergelak melihat telatah atoknya.

"Atok..nenek..Selamat Hari Raya ya!"

“Selamat hari raya cucuku.. hai, seorang ni nampak semakin tampan, yang seorang lagi bertambah gempal..” Nenek pula bersuara.

“Iyerlah tu nek..atok juga dulu tampan jugakkan nek?macam saya..hehe…” Sampuk Along.

Begitulah suasana mereka bila sudah bertemu. Ada saja gurau senda tergambar. Telatah cucu bersama atok dan nenek menghilangkan kerinduan abi pada ibu mereka.

“Haa Mustofa..alang-alang kamu dah bawa anak-anak kamu ni..apakata ajak mereka jenguk pusara Ruqayyah..” Getar suara atok di hujung bibir menyambung perbualan mereka.

“Boleh juga, kebetulan memang saya dah niatkan nak bawa mereka ke sana..ayah dan ibu jemputlah sama-sama kami kesana..” Pelawa abi.

Atok mengalihkan kedudukan tongkat. Anak matanya melirik ke arah nenek. Lalu menghela nafas panjang. “Tak apalah Mustofa, kamu jela bawa anak-anakmu ke sana..lagipun kami ada tetamu dirumah. Nanti jangan lupa datang juga ye..”

Abi mengangguk perlahan sambil menggenggam erat tangan atok. Seperti tidak mahu dilepaskan.

“Along dan adik jangan lupa atok dan nenek ye..jalan elok tu.” Sambung nenek Maimunah.

Mereka bersalaman. Along dan adik mencium tangan atok dan nenek.

“Insya’Allah nekk..mana boleh lupa atok tampan dan nenek ayu..hehe.” Along berseloroh.

Usai pertemuan ringkas itu, abi membawa kedua anaknya menyeberangi sebatang jalan menghala ke tanah perkuburan. Jaraknya tidaklah jauh dari Masjid Al-Fateh. Hanya beberapa buah imarah menghalang pandangan. Selang beberapa langkah meninggalkan atok dan nenek.

Tiba-tiba….


Bersambung...



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Sesuci Seruan Syurgawi (2)

Saturday, January 17, 2009

 
DUA

Usai fardhu subuh Abi menjengah ke jendela. Kelihatan jalur-jalur cahaya putih sudah berserakan memenuhi ruang angkasa raya. Lalu menutupi jalur-jalur hitam. Kuning keemasan. Kicauan beburung menyambut hadirnya sang fajar. Fenomena segar. Tetapi entah mengapa hati Abi begitu sayu hari ini. Mahu dikatakan awan mendung menurunkan hujan bersabung petir, itu bukan alasannya.


Alunan takbir raya terus menerus beralun mengikut melodinya. Menembus kekotak gergasi berdebu tanah. Itu menandakan sekejap lagi akan berlangsung solat raya Aidiladha.

“Ayuh anak-anakku..bersiap segera kita ke Masjid. Sekejap lagi kita akan bersolat raya..” Panggil Abi.

“Along, mari salam dengan Abi. Ajak adik kamu sekali.” Abi melabuhkan punggung kental ke petak kerusi.

Along dan Adik tunduk bersimpuh penuh penghormatan.

“Abii, Along minta maaf segalanya ya. Halalkan semua makan minum selama ini..” Pinta kemaafan dari anak yang sulung.

“Adik pun sama macam Along..” Sengih menampakkan gigi susunya.

“Ehh, sama apa adik? Sama-samakah?” Gurau Abi sambil mengerutkan kening. Jelas kelihatan garisan menampakkan kedut di dahi.

“Errr, ye..ye sama-sama macam Along..hehe. Sama-sama nak minta maaf kat Abi le.” Senyumnya sekali lagi. Terserlah lebihan lemak di pipi.

Abi gelak kecil melihat kelibat anak bongsunya.

“Kamu ni, ada-ada saja. Baiklah, Abi pun minta maaf juga ya..seandainya selama ni ada terlebih kurangnya. Manalah tahu, tak ada hari esok untuk kita.”

Diam membisu. Abi menarik nafas sedalam mungkin. Kornea mata melirik syahdu kedua-dua anaknya itu.

“Ishh, Abi ni. Jangan cakap macam tu..” Muncung Adik bak senapang patah.

Abi meletakkan tangan di atas kepala anaknya.

“…ye, sudah. Jom sarapan sikit buat alas perut.”

Hidangan sarapan pagi hanyalah beberapa keping roti kering bersama halawah. Halawah pemberian jiran mereka tempoh hari bersempena sambutan Aidiladha. Abi juga sempat menyediakan minuman Syai buat sarapan mereka. Namun mereka sentiasa bersyukur. Kerana itulah yang diajarkan oleh Abi sedari kecil lagi. Anak seorang pejuang. Hidup kesederhanaan. Bukanlah bererti kekurangan itu tiada nilai kebahagiaan. Kerana bahagia itu tidak dinilai pada material dunia semata. Tetapi kecintaan mendalam mengikat batiniyyah bahagia. Mengenal erti cinta Allah SWT itulah ramuan cinta sejati dalam hidup berkeluarga.

“Abi, dulu masa Umi ada. Halawah ni tak payah beli pun kan..Umi buat sendiri je.” Along mengungkit memori lama.

“Iyelah, Ibu kamu tu semuanya dia suka masak sendiri. Abi nak belikan dia cakap tak lalu makan. Tapi memang sedap masakan dia kan..”

“Adik tak ingatlah Umi macammana..errm, kenapa Abi tak belajar buat halawah ni dari Umi?

“Abi bukan tak nak buat. Kalau Abi buat jadi macam gaul simen pula…tangan lelaki lain,” jelas Abi disambut hilai gelak tawa mereka anak beranak.

“Agaknya jadi keras macam ketul bata ye Abi?..hehehe." Sampuk Adik kembali sambil mengunyah kepingan roti.

“Iyelah tu.” Abi lantas mencubit manja pipi tembam Adik.

“Ermm, Abi. Ibu kat mana sekarang?” Tersentak jatung Abi mendengar pertanyaan anak bongsunya. Soalan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan Abi merenung jauh. Sukar. Debur ombak kepiluan deras menghempas sukma. Mujur pawana mulus berpuput lembut meleraikan sesak di dada.

“Ibumu…bersama beburung hijau..dia masih hidup.” Perlahan suara Abi menjawab.

“Burung hijau tu apa? Masih hidup?” Adik menggaru kepala tidak gatal. Sempat mencuit abangnya yang khusyuk menjamah makanan.

Abi mengeluh panjang. Sepanjang penderitaan yang dialami selama ini. Dia langsung merenung wajah belia anaknya itu.

“Nanti kamu faham ye nak…lekas, segera ke Masjid. Kalau terlewat, kena solat tepi tangga lagi macam tahun lepas.” Geletek Abi, cuba mengalihkan tubi soalan.

Bukan Abi tidak mahu menceritakan detik-detik perit berselubung nyilu itu kepada anak bongsunya. Bimbang emosi anak kesayangannya meracau nanti. Ya, kenangan pahit itu masih segar di ingatan. Sesegar hijau tumbuhan tersimbah hujan. Jiwanya menyimpan kemas peristiwa hitam itu.


Apakah peristiwa hitam itu? Di mana Umi mereka?bersambung...



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Sesuci Seruan Syurgawi (1)

Thursday, January 15, 2009


Hening subuh berlagu sepi. Gemersik angin menyelinap masuk mencuri inci ruang. Udara nyaman menyegarkan itu terlalu asyik. Membuai leka, mengulit lena mampu melakarkan sebuah mimpi indah buat manusia jika tidak tersedar. Suhu waktu subuh biasanya boleh mencecah 3°C dalam musim kedinginan. Biar pun tidak dituruni butir salju gemawan, namun mampu menusuk dalam ke tulang hitam. Nun jauh di sana sayup-sayup kedengaran azan subuh bersahutan memanggil-manggil manusia dengan seruan kebesaran Allah SWT. Membawa seribu satu makna buat mereka yang mahu berfikir.

“Assolatu khairun minannaum!!…”

Seruan ini mengejutkan manusia-manusia yang terlena. Cukuplah dibuai mimpi indah. Cukuplah berada di alam fantasi. Berpijak kembali ke bumi realiti. Perjuangan sehari-hari masih memerlukan Si Abid selaku Khalifah bumi. Siapa lagi yang memegang amanah kalau bukan insan bernama manusia.

Abi yang sedari tadi sudah pun bangun dari bekas tidurnya. Sempat ia bermunajat. Dalam gerak perlahan dia cuba bangkit dari tempat khalwatnya. Memang tempat itu Abi telah sediakan khusus untuk bersujud hina mengadap Yang Maha Esa. Sudah menjadi kelaziman baginya.


Abi bingkas bangun lalu melipat kemas sejadah kusam. Dia berdiri sambil tangan meletakkan kitab suci Al-Quran di atas sebuah rak separas pinggang tingginya. Seutas tasbih yang diperbuat dari tulang unta pemberian temannya dahulu yang pernah menuntut di Ardul Kinanah sering tergenggam erat di jari jemari. Tatkala cintanya membuak-buak itulah menjadi penawar qalbunya. Kerinduan pada Sang Kekasihnya itu tiada tara lagi. Butir-butir kasih bersulam terjalin indah seindah untaian tasbihnya. Itulah rutin malam tiada berawan. Gelap zulmat persis hitamnya dosa-dosa manusia. Indah dan asyik sekali jika punya pelita cahaya menerangi.

Abi terus menapak ke kamar dua orang anak lelakinya. Abang yang sulung umurnya baru mencecah 16 tahun. Manakala adik pula berumur 12 tahun. Masih muda belia. Kelihatan mereka tidur begitu nyenyak sekali berselimutkan lihaf tebal. Tiada perabot mewah menghiasi.

“Maklumlah, musim sejuk begini sememangnya enak tidur berselimutkan lihaf tebal,” epilog Abi.

“Hurmm..bangun dik..Along..bangun, dah subuh ni..” Tangan Abi langsung mengoncangkan kedua badan anaknya.

“Uaarrghh..dah subuh ke Abi?” Along cuba menggosok mata kekaburan.

Geliat Si Adik.

“Yer dah subuh..bangun, kita solat jemaah sama-sama. Dah-dah, pergi mandi ye!”
“Haa, Abi ada sesuatu nak bagi ni. Ambil, ini baju raya untuk kamu berdua..hari ni kan Hari Raya Aidiladha.”

“Baju raya?..ye..ye baju raya..”

Adik bingkas bangun. Meloncat riang mendapatkan jubah putihnya. Along mencapai jubah coklat pemberian Abinya. Terpancar riak cahaya gembira di wajah mereka. Abi hanya tersenyum tawar menggeleng melihat gelagat anak-anaknya itu. Terselit sekelumit bahagia jauh di kamar hati.

“Abi..baju raya Abi mana?” Soal Along.

“Takpa, Abi pakai baju raya yang ini je..lagipun masih elok lagi ni..yang penting anak-anak Abi ada baju raya ye..”

Abi cuba berselindung di sebalik ceria wajah. Biarlah. Biarkanlah mereka tidak tahu. Itu firasat Abi.“Suatu hari nanti pasti mereka akan tahu sesuatu tersurat dan tersirat.” Abi selalu berbisik pada pada jiwanya.

“Terima kasih Abi..Terima kasih ye Abi.”

Kedua-dua anak kesayangannya terus memaut erat tubuh Abi. Itulah satu-satunya tempat bergantung kasih mengadu harap dari seorang insan bernama bapa.

“Sama-sama..”
“Ha, sudah. Pergi mandi cepat, takut terlewat pula. Abi tunggu kamu berdua..jangan berebut pula ya..” arah Abi tegas.

“Baiklah Abi!”


Bersambung...


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Lamaran Diterima ( Episod 3 )

Thursday, September 11, 2008


Aku terkedu seketika sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut. Fikiranku buntu. Aku beristiqfar beberapa kali. Ya Allah, apa yang telah hamba lakukan sehingga telah menarik perhatiaannya. Selama ini aku sentiasa menjaga penampilan dan tingkah lakuku agar tidak menarik perhatian para lelaki kerana ia boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka.

“Kenapa enti termenung ni? Teringatkan buah hati ke?.” Pertanyaan dan usikan Fatimah menghentikan lamunanku. Dia mengambil kerusi lalu duduk di sebelahku. Senyumannya meleret sampai ke pipi.

“Astaqfirullahalazim.. mana ada la Fatimah. Enti ni merepek aje la.” Aku tahu Fatimah hanya bergurau.

“Alah ana bergurau aje la. Ana tahu ustazah yang seorang ini mana pandang lelaki tapi kenapa ana tengok muka enti lain macam saja selepas baca surat itu?. Jika ada masalah jangan segan untuk berkongsi,” ujar Fatimah tidak puas hati. Aku tahu niat Fatimah baik untuk membantu tapi perlukah aku memberitahunya sekarang. Aku hanya tersenyum tawar.

“Tiada apa-apalah. Jangan risau,” aku cuba berdalih. Suatu hari nanti pasti dia akan tahu juga.

“Betul ni?” Fatimah seolah-olah dapat membaca fikiranku. Aku mengangguk lemah. Fatimah berlalu pergi ke katilnya walaupun dia agak tidak berpuas hati dengan jawapan ku.






Malam itu aku cuba untuk lelapkan mata namun surat dari Ahmad Mujahid itu mengganggu fikiranku. Puas aku alihkan badan ke kiri dan ke kanan akan tetapi aku tidak juga berjaya. Hatiku resah dan gelisah . Tidak pernah aku merasa perasaan yang sebegini aneh. Pantas aku bangun dari pembaringan. Kulihat Fatimah sedang nyenyak dibuai mimpi di katil sebelah. Aku memperlahankan gerak-geriku agar dia tidar terjaga. Aku membuka daun pintu bilik. Suasana sepi. Terasa angin malam menampar lembut ke muka. Senyap. Mungkin penghuni lain juga sedang nyenyak tidur. Aku melangkah ke bilik utiliti untuk berwudhuk. Hati aku tidak akan senang selagi tidak mengadu kepada Pencipta. Setelah solat tahajjud dan melakukan beberapa solat sunat, hatiku kembali tenang sedikit. Aku terkenang para sahabat nabi. Mereka juga bangun pada dinihari untuk beribadah sambil mengadu kepada Allah. Inilah penyucian rohani yang sangat besar nikmat dan kesannya. Rugilah mereka yang tidak pernah merebut peluang ini. Lantas aku teringat pula sepotong hadis baginda Rasulullah SAW berbunyi :-


Daripada Aisyah r.a bahawa dia berkata : "Suatu ketika Rasulullah SAW melakukan qiamullail sehingga bengkak kedua-dua belah kakinya, lalu aku berkata : "Kenapa engkau berbuat demikian wahai Rasulullah sedangkan Allah telah mengampuni dosa engkau yang lalu mahupun yang akan datang?"Rasulullah SAW bersabda : "Apakah tidak boleh aku menjadi seorang hamba yang bersyukur."

( Hadis Muttafaqun Alaihi )


"Sungguh terpuji akhlakmu wahai Rasulullah..." hatiku berbisik. Ku terus mengadap qiblat lurus. Menadah merayu.

"Ya Allah jika Engkau telah tetapkan dia untukku, aku menerimannya seadanya. Siapalah aku untuk meminta-minta. Tapi jika ini hanya ujian semata-mata, tabahkanlah hati ini. Kuatkanlah diri ini untuk menerima dugaan daripadaMu." Air mataku bercucuran. Terasa diri ini terlalu kerdil dan hina di hadapan-Nya. Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku.




**********



“Aisyah, Aisyah…” Terdengar suara ummi dari dapur. Lamunanku terhenti.

“Ya Ummi,” aku bingkas bangun dari katil dan bergegas ke dapur.

“Cepat tolong ummi. Malam ni keluarga Mujahid nak datang. Tadi mama dia telefon ummi.”

“Er.. untuk apa ummi?.” Aku inginkan kepastian.

“Entahlah. Ummi pun kurang pasti. Tapi katanya untuk menyambung silaturrahim keluarga.” Ummi tersenyum memandangku dengan penuh makna. Aku dapat mengangak ummi menyembunyikan sesuatu daripadaku.

“Nampaknya tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ya ummi,”  sampuk kakakku yang entah mana munculnya. Dia tersenyum lebar memandang ke arahku. Aku termanggu-manggu.


Selepas solat isyak seperti yang dijanjikan keluarga Mujahid bertandang ke rumahku. Entah kenapa Mujahid tidak ikut sama. Yang datang hanya ayahnya, Haji Naufal, mamanya, Ustazah Fadhilah dan dua orang adik Mujahid, Muna dan Mawardah.

“Sila..sila,”  Walid menjemput keluarga Mujahid masuk ke ruang tamu. Aku menyalami adik-adik Mujahid. Ketika bersalam dengan mamanya, tiba-tiba dia terus memelukku. Aku terkedu seketika. Dia tersenyum lebar memandang ke arahku. Begitu juga adik-adiknya. Seolah-olah ada sesuatu yang tersirat. Aku tidak keruan seketika lalu meminta diri ke dapur.

“Hajat kami cukup jelas rasanya. Petang tadi pun isteri saya telah memberitahu Puan Fatihah tapi lebih afdal kiranya saya memberitahu sekali lagi sendiri.” Terdengar suara Haji Naufal memulakan bicara.

“Ya, betul tu ,” kedengaran suara Ustazah Fadhilah menyokong kata-kata suaminya.

“Beginilah ya. Berterus terang sajalah ya. Saya ni tak pandai nak berpantun-pantun,” Kata-kata Haji Naufal disambut deraian tawa daripada mereka semua.

“Em..Kami datang ni untuk menyunting salah sekuntum mawar ditaman larangan milik Encik Faris iaitu Aisyah Solehah.” Hampir sahaja gelas dalam genggamanku terlepas sebaik sahaja mendengar kata-kata Haji Naufal. Tiba-tiba perasaanku bercampur-baur. Gembira, sedih, dan terharu.

“Er..Nampaknya kita kena tanya tuan punya badan dahulu walaupun saya sudah tahu apa jawapannya,” jawab walid dengan penuh berhikmah.

“Fatihah, pergi tanya Aisyah. Apakah dia setuju.” Ummi muncul dari ruang tamu.

“Aisyah,” sapa Ummi lembut. “Ummi rasa kamu telah dengar kata-kata Haji Naufal tadi. Adakah kamu bersetuju menerima lamaran keluarga Mujahid. Ummi dan Walid terima apa sahaja jawapan kamu. Kami tidak memaksa.” Aku tidak terus menjawab pertanyaan Ummi. Aku tersenyum. Terasa merah menyala mukaku menahan malu.

“Maknanya kamu setujulah ya?.” Pertanyaan Ummi sekali lagi kuj awab dengan senyuman.

“Alhamdulillah.” Rupa-rupanya diam Mujahid bukan bermaksud menyepi tapi dia mengatur sesuatu. Mengatur sesuatu untuk masa depan kami. Merancang sesuatu untuk mencari keredhaan Ilahi. Aku panjatkan doa kesyukuran. Benarlah kalau dah jodoh takkan ke mana. Ya Allah, hanya padamu aku memohon keredhaan dan keberkatan. Berkatilah hubungan ini.



 ~Tamat~





Hasil Karya : Sahabat_islam  ( Klik Link Disini )
Diedit Oleh : Ibnurashidi



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Lamaran Diterima ( Episod 2 )

Tuesday, September 9, 2008


Aku mengerling mata ke jam di tanganku. Jarum jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Ini bererti tinggal lagi 15 minit mesyuarat akan bermula. Masih sempat untukku bersiap. Telekung dan sejadah kulipat dan diletakkan di dalam locker. Kuletakkan al-Quran di rak buku.

“Enti nak ke mana tergesa-gesa ni?,” tanpa disedari Fatimah berdiri di sebelahku. Entah dari mana dia munculaku tidak tahu.

“Oh, Ana ada ‘annual grand meeting’ Persatuan Sains Kemanusiaan pada pukul 9.00 nanti. Maaf ya ana tak sempat nak memberitahu enti tadi.”

“Tidak mngapa. Ana faham. Lagipun sejak akhir-akhir ini kita agak sibuk.” Ujar Fatimah.

Walaupun hanya beberapa bulan aku bersahabat dengan Fatimah namun kami sudah pun macam adik-baradik. Sikapnya yang sopan ,sentiasa merendah diri serta terbuka membuatkan aku senang dengannya. Dia sentiasa mengambil berat tentang diriku.

Suasana di dalam Dewan al-Farabi agak sesak. Aku mengambil tempat duduk di barisan yang agak hadapan. Aku ternampak Asiah rakan sekelasku melambai-lambaikan tangannya kearahku. Aku melemparkan senyuman sambil membalas lambaian tersebut.


“Assalamualaikum,” ucapku sebaik sahaja Asiah menghampiriku.

“Waalaikumsalam.,” sambutnya sambil mengambil tempat duduk di sebalahku yang kebetulan kosong. Sepuluh minit kemudian mesyuarat bermula. Tiba-tiba aku terasa ada sepasang mata memerhati ke arahku. Aku cuba mengamati wajah itu. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Hatiku tertanya-tanya siapakah dia. Adakah aku mengenalinya atau dia mengenaliku. Aku cepat-cepat beristiqfar kerana takut berzina mata dan menimbulkan fitnah antara kami. Suasana menjadi sedikit hingar-bingar apabila tiba proses mengundi dikalangan ahli untuk melantik ahli jawatan kuasa baru.



 
 Sekadar gambar hiasan
 
“Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. Kita akan mendengar ucapan presiden persatuan kita Bro. Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. Dipersilakan dengan segala hormatnya.” Keadaan kembali tenang apabila pengerusi majlis menjemput Presiden Persatuan Sains Kemanusiaan untuk berucap. Tiba-tiba pelajar lelaki yang memerhatikan aku tadi bangun. Semua mata tertumpu kepadanya. Aku dapat mengagak bahawa dia adalah orang yang dimaksudkan.




**********



Aku dapati ada sepucuk sampul surat di atas meja tulisku. Namaku yang ditulis dengan tulisan tangan tertera di atas sampul putih tersebut. Aku tidak dapat mengecam tulisan tangan tersebut. Hati aku tertanya-tanya siapakah yang memberi surat tersebut.


“Aisyah, tadi ada seorang kakak senior mengirim surat kepada enti. Dia membahasakan dirinya Kak Wan.” Tiba-tiba Fatimah muncul dari bilik air. Persoalan yang bermain dalam benakku terjawab tapi aku masih lagi buntu.

Kak Wan?. Kenapa dia mengirim surat ini kepada aku?. Kalau ini surat rasmi mesti ditulis dengan menggunakan komputer. Surat tadi aku biarkan di atas meja. Aku bergegas ke bilik air kerana waktu zohor sudah lama masuk.


Selesai solat, aku duduk di birai katil. Aku teringatkan surat yang diberi oleh Kak Wan tadi. Hatiku tertanya-tanya apakah isi di dalamnya. Mengapa perlu diberitahu melalui surat. Mengapa tidak jumpa sahaja. Sampul surat itu ku buka perlahan-lahan. Ternyata lain benar tulisannya. Lain daripada tulisan Kak Wan kerana aku amat mengenali tulisan Kak Wan walaupun baru beberapa kali aku melihatnnya. Tanpa membuang masa aku membaca isi kandungannya.




.بســـــــــــم الله الرحمن الحيـــــــــــم

الســــــــــلام عليــــــكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan saudari Aisyah Solehah binti Muhammad Faris. Semoga enti barada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayng Allah. Maaf jika enti terkejut menerima warkah ini. Mungkin enti tidak mengenali ana tapi ana telah lama mengenali enti walaupun kita tidak pernah bersemuka. Ana mengenali enti sejak hari pendaftaran dua bulan yang lalu. Entah kenapa kelibat enti menarik perhatian ana. Dengan bantuan sahabat-sahabat ana menyelidik tentang latar belakang enti. Maaf sekali lagi jika tidak meminta izin daripada enti terlebih dahulu. Tapi ternyata enti adalah muslimah yang ana cari-cari selama. Ana yakin enti dapat menjadi sayap kiri ana dalam meneruskan perjuangan ini. Semoga perhubungan ini dibina atas dasar cinta kepada Yang Maha Satu kerana Dialah yang mengatur segalanya. Dengan rasa rendah diri ana ingin menyunting mawar di taman firdausi agar ia terus menghiasi hati seorang anak adam yang hanya mengharapkan cinta Ilahi. Umpama nenek moyang kita, Adam a.s merindui Hawa begitu juga diri ini. Wallahua’lam. 

Wassalam Yang benar,
Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. 




Bersambung...



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Lamaran Diterima ( Episod 1 )

Saturday, September 6, 2008



Aku sekarang berada di Hentian Bas Jalan Duta. Keseorangan dalam surau. Bas akan bertolak pada jam 11.45 malam. Masih ada 1 jam 45 minit. Rasa bosan mula mencengkam walaupun aku baru tiba di sini lalu aku mengeluarkan laptop. Kumainkan lagu kegemaranku, Ghuraba’. Entah apa maknanya aku tidak pasti tapi ternyata lagu tersebut mempunyai irama yang sungguh mangasyikkan. Walaupun bait-baitnya dalam bahasa Arab namun ia cukup menusuk kalbu. Suasana di sini agak bising. Maklumlah berdekatan dengan medan selera. Sekali-sekala terdengar suara orang membuat pengumuman untuk mengingatkan para penumpang tentang jadual perjalanan masing-masing.

Bas yang aku naiki, Ekspress Mayang Sari bertolak agak lewat daripada waktu yang dijadualkan walaupun begitu aku barasa sedikit lega kerana tidak ketinggalan bas. Ketika aku menaiki bas telah ramai penumpang di dalamnya. Tempat duduk aku diambil orang. Aku bernasib baik kerana seorang perempuan mempelawa aku duduk sebuah kerusi di sebelahnya. Kulemparkan sekuntum senyuman tanda ucapan terima kesih. Dia turut membalas senyumanku. Bas meluncur laju menuju ke lebuh raya Utara-Selatan. Mataku terus terlelap. Kosong.

Aku sekarang berada di rumah. Ah..leganya hati. Hilang seketika masalah aku di Universiti. Pada mulanya Ummi agak terkejut dengan kepulanganku kerana aku tidak memberitahunya. Sengaja aku berbuat demikian kerana aku ingin membuat kejutan kepada Ummi dan Walid. Sebaik sahaja menyalami Ummi dan Walid aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Semuanya tersusun kemas dan rapi berbeza dengan keadaan semasa aku meninggalkannya dua bulan yang lalu. Agaknya Ummi yang mengemaskannya semasa ketiadaanku. Terima kasih Ummi. Aku merebahkan diri ke atas tilam empuk. Telah lama aku bermimpikan saat ini. Fikiran aku melayang-layang seketika. Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. Tiba-tiba nama itu terlintas dalam fikiranku.



*********


Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Kelas Psychologi habis awal hari ini. Entah mengapa aku tiada selera untuk makan pada tengah hari ini. Fatimah, teman sebilikku belum pulang lagi. Agaknya dia ke perpustakaan. Maklumlah peperiksaan pertengahan semester sudah dekat. Belum sempat aku merebahkan diri ke atas katil, terdengar pintu diketuk. Aku terus menapak dan membuka pintu.


“Assalamualaikum. Maaf jika mengganggu saudari. Tumpang tanya. Ini bilik Aisyah Solehah binti Mohd Fariz ke?.” Sapa seorang pelajar perempuan sebaik sahaja aku membuka daun pintu.

“ Waalaikumsalam. Ya, saya Aisyah Solehah. Ada apa yang boleh saya bantu?.” Jawab aku spontan.

“Saya, Wan Nor Sofeah. Panggil Kak Wan je. Malam ini ada mesyuarat tahunan Persatuan Sains Kemanusiaan di Dewan Al-Farabi pada pukul 9.00 malam. Diharap adik dapat menghadirkan diri. Ada sedikit jamuan.” Dia memperkenalkan diri sekaligus menyatakan tujuannya.

Orangnya agak tinggi dan kurus. Kulitnya putih kemerahan. Hidungnya agak manjung ala orang arab. Wajahnya yang bujur sirih menambahkan lagi keayuan. Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu.


“Syukran ya kak. InsyaAllah jika tiada halangan saya akan hadir,” aku melemparkan senyuman sebelum dia berlalu pergi.



Bersambung.....




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 7)

Sunday, July 6, 2008



“Kamu tolong sampaikan buku ni pada Nurul boleh..?”

Aisyah mengangguk lemah sambil mengambil buku yang dihulurkan kepadanya lalu terus dimasukkan kedalam bag.

“Ini untuk kamu sebab banyak bantu saya selama ana disini..”. Ustaz Mustaqim menghulurkan sebuah lagi buku untuk Aisyah.

“Terima kasih banyak Ustaz..takada apa sangat pertolongan saya nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang ustaz berikan..Saya juga nak sampaikan salam Nurul ‘Ain pada ustaz..”

“Waalaikumussalam..kenapa dia tak datang hari ni..betul ke dia tak sihat..?”

“Entahla ustaz..Semenjak dia tahu ustaz nak berhenti ni macam orang susah hati je dia tu..”. Jelas Aisyah berterus terang.


Ustaz mustaqim tersenyum. Terserlah lesung pipitnya dikedua-dua belah pipinya. Menampakkan lagi manisnya guru muda ini disebalik penampilan dan keperibadiannya.


“Tak apalah..kamulah orang yang paling baik untuk nasihatkannya..”

“Baiklah ustaz..saya minta diri dulu..”. Pinta Aisyah sopan memohon untuk keluar.

“Baik..Sampaikan salam ana pada Nurul ‘Ain..Insyaallah doa ana selalu bersama kamu semua..”

“Assalamualaikum..” 
“Waalaikumussalam..”



Nurul ‘Ain membelek buku yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya. Aisyah memberikannya pagi tadi tanpa sebarang bicara. Cuma menyampaikan salam dari Ustaz Mustaqim sahaja. Hairan benar dia dengan gelagat Aisyah. Selalunya dialah yang paling banyak mulut kalau berjumpa. Tetapi lain pulak halnya pagi tadi..Hairan. Nurul ‘Ain membuka helain pertama buku Ciri-ciri Mujahidah Sejati karangan Prof. Madya Doktor Fakhruz Hadfi yang dihadiahkan Ustaz Mustaqim padanya. Tertera Nota ringkas dihelaian putih bersih buku itu.
Buat Mujahidah sejati.. Engkau serikandi agama. Berjuanglah untuk agamamu walau nyawa menjadi taruhan. Betapa engkau menyedari harta dan nyawamu telah dibeli tuhanmu. Mujahidah sejati semangatnya tidak pernah pudar. Kekuatannya adalah hatinya yang sentiasa sedar Allah dan rasul selalu bersamanya. Mujahidah sejati hatinya tetap pada Allah dan Rasulnya. Buktikan bahawa dirimu mengikut Aisyah dan khadijah. Lambang mujahidah sejati. Bangunlah wahai serikandi agama. Umat kini perlukan kudratmu, Umat kini perlukan ilmumu..Jangan sia-siakan usiamu. Jangan hampakan keluargamu. Dan jangan hampakan agamu untuk melihat dirimu menjadi serikandi agama. Dirimu Mujahidah sejati..Serikandi agama. 
Ahmad mustaqim



Nurul memandang putera puterinya.

“Abang..Inilah mujahid mujahidah kita... Hari ini baru Nurul sedar kemanisan membentuk pejuang untuk Agama Allah ini..Insyaallah Nurul takkan mensia-siakan harapan dan amanah abang selama ni..Nurul akan lakukan sedaya upaya Nurul untuk jadikan putera-puteri kita menjadi mujahidin dan mujahidah harapan agama..Nurul doakan semoga abang ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh..”. Air mata jernihnya menitis. Hari ini genaplah sepuluh tahun pemergian suaminya yang tercinta selama-lamanya. Tetapi dia tidak bersendirian kini, kerana hidupnya saat ini ditemani putera puteri yang bakal menggalas dan memikul urusan dakwah. “Terima kasih abang untuk kesekian kali membuatkan Nurul benar-benar bertuah..Ya Allah..peliharalah hambamu ini, kuatkanlah semangatku dan kekuatanku agar aku tidak punya alasan untuk membiarkan mujahid dan mujahidah ini terbiar tanpa didikan agama..”  


AMIN....


TAMAT
















Hasil Nukilan :-

Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Beliau salah seorang penuntut (KUIN) dalam syu'bah Usuluddin.
Berasal dari Batu42, Baling Kedah.

Diedit :-

Ibnurashidi

Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 6)

Saturday, July 5, 2008



Tiga bulan berlalu begitu pantas. Ustazah Rohana sudah bersedia untuk kembali menyambung tugasanya yang ditinggal kepada ustaz Mustaqim. Dan ini bermakna tamatlah sudah tugasan Ustaz Mustaqim di tingkatan 6 puteri. Ada keluhan panjang yang terselit dihati semua pelajar tingkatan 6 puteri tatkala Ustaz Mustaqim menyatakan yang perkhidmatannya disekolah itu sudah sampai kepada penghujungnya. Mereka begitu senang dengan kaedah belajar yang diajar oleh Ustaz Mustaqim. Dan begitu terserlah ilmu agama yang dimiliki oleh ustaz muda ini. Dan ianya betul-betul dikagumi oleh setiap pelajar yang ada. Terutama sekali pelajar yang sering diberi perhatian. Nurul ‘Ain..Terasa pantas benar masa yang berlalu.




Kelu lidah Nurul untuk berkata tatkala mengetahu cuti semester ustaz mereka itu telah sampai ke penghujungnya. Tiada apa yang mampu dilafazkannya selain membisu. Entah kenapa berat hatinya untuk melepaskan guru muda ini pergi. Dia sudah terasa senang dengannya, senang dengan cara pengajarannya, pengalamannya yang dikongsikan dan begitu banyak ilmu yang dipelajarinya selama tiga bulan ini. Tiga bulan seakan tiga tahun dirasakan keserasiannya. Tetapi hari ini bagai terasa tiga saat baru mengenalinya. Dan apa yang pastinya hati wanitanya begitu tersentuh dengan pemergian ini. Mungkin hatinya ada menaruh harapan pada ustaz muda ini. Hajatnya mungkin boleh berjuang bersama membangunkan generasi Rabbani. Betapa dia menghormati ustaznya ini. Kagum dengan keperibadian yang ditonjolkan. Memenuhi ciri-ciri mukmin sejati. Dia sering berdoa agar ditemukan dengan seorang yang begini. Orang yang mampu mendidiknya mendekati Allah dia begitu inginkan insan yang sebegitu menjadi suaminya. Tapi apakan daya, perasaan itu hanya berlegar disudut hatinya dan hanya kepada tuhan tempat dia mengadu dan meminta.



“Hari ini adalah hari terakhir ana mengajar kamu..Ana harap sepanjang ana berada disini, kamu dapat mengambil sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ana berikan..Semoga Allah memberkati usaha kamu untuk memahami agamanya. Persiapkanlah diri kamu untuk menjadi mujahidah di jalan Allah..”


“Ustaz..kenapa ustaz tak minta ganti ja terus tempat Ustazah Rohana tu..?”. Soal seorang pelajar membuatkan Ustaz Mustaqim tersenyum.


“Ana juga punya tanggungjawab seperti kamu..Tanggungjawab ana kepada Allah untuk memenuhi tuntutannya menuntut ilmu dan kerana dengan itu ana mampu selesaikan tanggungjawab ana kepada kedua ibu bapa ana yang ingin melihat anaknya ini berjaya..”


Ustaz mustaqim menyambung bicaranya tatkala melihat wajah sugul kesemua pelajarnya.


“Tak kira siapapun yang mengajar kamu..Yang penting perbetulkan niat kamu..Untuk apa kamu menuntut ilmu dan kepada siapa yang kamu pasrahkan niat kamu itu..”. Kesemua pelajar tingkatan 6 puteri mengangguk lemah. Diam membisu. Berat rasanya hendak melepaskan guru kesayangan mereka itu pergi.


“Dah..Tak payah buat muka macamtu dah..tak elok..Dah boleh jadi mak budak pun..Lagipun mujahidah Islam tak memerlukan orang yangber putus asa..Ana tunggu kamu semua di Mesir..Ini cabaran ana..”


Mereka tersenyum hambar.


“Baiklah..Ana minta diri dulu..Ana mohon maaf sekiranya sepanjang ana mengajar disini ana ada melakukan kesilapan. Ana mohon maaf..Oh ya..mana Nurul ‘Ain?Ana tak nampak pun dia hari ni..?”.


“Dia merajuk ustaz..”. Suara salah seorang dari mereka membuatkan riak wajah Ustaz Mustaqim sedikit berubah.


“Merepeklah..kurang sihat katanya ustaz..”. Balas Aisyah sambil menjeling tajam kearah rakannya tadi.


“Eemmm...Takapalah kalau begitu..Ana minta diri dulu..Assalamualaikum..”
“Aisyah boleh ikut ana kepejabat sekejap..?”. Pinta ustaz mustaqim sebelum melangkah keluar. Aisyah bingkas bangun lalu menuruti ustaznya.



Bersambung episod terakhir..




Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh : Ibnurusyd





Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 5)

Thursday, July 3, 2008



“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam Ustaz..”
.
Sahut semua pelajar kelas tingkatan 6 puteri.

“Baik..Untuk pegetahuan semua..Ana guru baru kamu untuk Madah Mantiq ni, ana menggantikan Ustazah Rohana yang sedang cuti bersalin..Kebetulan ana juga sedang bercuti sekarang..Tapi bukan cuti bersalin jugak..”. Kata-kata guru muda itu disambut dengan deraian ketawa pelajar 6 puteri.

“Hari ini ana rasa kita tak perlu belajar apa-apa lagi..Cuma seperti kebiasaannya, kita akan berta’aruf terlebih dahulu..Baik, kita akan mulakan dari sebelah kanan ana..Afdholul yamin..Tafadhol..”



Seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri sehinggalah sampai kepada gadis manis bertudung labuh dihujung tingkap.


“Assalamualaikum..Ismi Nurul ‘Ain Binti Rozali..”

“Hah..?Siapa nama kamu?Boleh tolong ulang tak?..”


“Hish ustaz ni..buat-buat tak dengar pulak..”. Gerutu hati Nurul sambil tangannya mencubit lengan rakan disebelahnya..


“Oi sakitla..”.

Balas rakannya perlahan.

“Ismi Nurul ‘Ain..”. Nurul meninggikan sedikit suaranya.

Guru muda itu tersenyum.

“Manis nama tu..Lagi manis jika kita punya akhlak yang baik sebaik nama kita..”




Penghuni 6 puteri tersenyum. Kecuali Nurul ‘Ain. Malu agaknya. Selesai kesemua pelajar memperkenalkan diri kini tiba masanya giliran guru muda itu memperkenalkan dirinya.


“Baik..Nama ana Ahmad Mustaqim Bin Ghazali. Bukan Rozali..”. Gurau guru muda itu lagi membuatkan berderai lagi ketawa penghuni 6 puteri. Nurul masam mencuka..


“Ana penuntut tahun akhir kuliyah usuluddin..Dan seperti yang ana bagitau tadi sekarang ni ana sedang bercuti..Dan ini adalah pengalaman pertama ana mengajar..jadi apa yang ana harapkan adalah dengan bantuan kamu memberi perhatian sepanjang ana mengajar dapatlah ana gunakan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman ana belajar dahulu untuk membantu kamu..”


“Aisyah..Aisyah rasa tak Ustaz baru tu tadi macam sengaja ja kan nak kenakan Nurul..Bengang betul la..”. Bebel Nurul meluahkan rasa kurang berpuas hati sambil melangkah seiring dengan sahabatnya.


“Tapi kan..Aisyah rasa entah-entah Ustaz tu dah terpikat pada Nurul tak?..”. Balas Aisyah bersahaja.

“Hish..ada ke macamtu..”. Pintas Nurul menyangkal dakwaan yang sememangnya tidak pernah difikirkannya.


“Kot ye pun tak payahla cubit..tersilap cakap je..”. Gerutu Aisyah sambil menggosok lengannya.

“Hehe..sori..Itulah sapa suruh tak ambik insurans mulut tu..”


Mereka lalu beriringan ke kantin. Suasana rehat di kantin sekolah cukup bising. Riuh rendah jadinya tatkala kesemuanya turun untuk menikmati juadah yang tersedia di kantin sekolah. Macam kenduri lagaknya.

Nurul duduk berhadapan dengan aisyah sambil menghirup perlahan air oren dihadapannya.

“Aisyah rasa la kan..kalau ustazah Rohana cuti sekalipun kita tak perlulah guru ganti..?”


“Kenapa cakap macamtu..?”. Balas Nurul.

“Kan kita dah ada pakar mantiq dan segala pakar dalam kelas kita..”. Aisyah ketawa. Nurul turut sama ketawa.

“Agak-agak Nurul..pandai ke ustaz baru tu ngajar kita nanti..Ustazah Rohana pun kadang-kadang macam serabut ja..”. Aisyah menyoal lagi sambil tersenyum sinis. Inginkan kepastian dari sahabatnya.

“Tak baik cakap macamtu..setiap orang ada kelebihannya yang dikurnia Allah. Rasanya dia lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Ilmu ni tak sama pada setiap orang. Siapa yang rajin mencari banyaklah yang dia dapat..Takpun sekurang kurangnya dia boleh bantu kita dengan pengalamannya..”. Balas nurul lembut. Aisyah menggangguk tanda setuju dan riak wajahnya terpancar sedikit penyesalan.


“Ai..bukan main lagi puji Ustaz baru tu..Tadi marah sangat..”


“Bukan pujila..tapi bercakap yang benar..yang tadi lain. Marah tetap marah”. Mereka berdua ketawa.




Bersambung...



Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh :
Ibnurusyd




Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 4)

Tuesday, July 1, 2008


Nurul mengeluarkan Sekeping nota yang terselit kemas didalam sampul ditangannya. Sampul pemberian bakal suaminya disampaikan oleh bakal ibu mertuanya sendiri. Lalu diamatinya isi kandungan Nota berpena hijau itu.



"Assalamualaikum.."


Buat bakal isteriku..NURUL 'AIN


Terima kasih diatas kesudian menerima lamaran tempoh hari. Jutaan kemaafan seandainya lamaran ini mengejutkan Nurul ‘Ain.Im rasa tidak salah kiranya kita punya ikatan terlebih dahulu untuk saling mengenali,juga Im pohonkan kemaafan kerana hingga saat ini Im masih membuatkan Nurul tertanya-tanya siapakah gerangannya bakal suami Nurul ini.Dan rasanya tidaklah terlalu lewat untuk Im memperkenalkan siapa diri Im pada Nurul yang bagi Im rasanya dah sememangnya Nurul kenali..





Tanpa berlengah cepat Nurul mencapai gambar yang masih terselit didalam sampul. Diamati gambar ditangannya itu.



“Ya Allah..”. Bisiknya lembut.



Kelopak matanya berkaca. Air panas dari anak matanya mula mengalir lembut membasahi pipinya.



Buat bakal Isteriku..NURUL ‘AIN..


Mungkin Nurul terkejut dengan kebenaran yang Nurul ketahui sekarang ni..Im rasa bersyukur sangat dengan perkenalan dan pertunangan ni..Semoga Allah kekalkan hubungan ni sampailah saat kita diijab kabulkan nanti.Rasanya Im tak perlu lagi memperkenalkan siapa gerangannya diri Im pada Nurul yang dah sememangnya mengenali Im sejak dulu lagi.Cukuplah dengan sekeping gambar dan nota ringkas ni menjadi perungkai simpulan yang ada difikiran nurul.Jadi..dah bersedia untuk menjadi mujahidah muda memikul amanah besar ini..


Buat bakal isteriku yang solehah..


Semoga apa yang kita lakukan tetap bersandar pada agama Allah.Kerana itulah landasan yang paling ampuh untuk kita menuju ke destinasi yang kita impikan.Semoga dengan keluarga yang bakal dibina ini akan melahirkan mujahid dan mujahidah yang akan meneruskan perjuangan Agama Allah.Tiada apa yang Im harapkan dari isteri yang bijak dan solehah ini melainkan bantuan darinya untuk Im mempersiapkan mujahid mujahidah ini agar mereka mampu untuk berjuang pada Agama Allah.Ternyata hingga saat ini pilihan Im tak pernah tersalah..Dan kerana kekuatan cinta Nurul yang disandarkan pada Allah lah berjaya menemukan kita.Im akhirkan cebisan luahan hati ini dengan sepotong makna ayat Al-Quran dari surah An-Nuur untuk bakal Isteriku.


“Perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.”


Dan masih seperti dulu..Im harapkan dirimu mampu menjadi Mujahidah sejati..Serikandi agama..


Assalamualaikum..



Ikhlas dari : Ahmad Mustaqim



Nurul melipat kemas nota berharga ditangannya.



“Alhamdulillah..”




Air matanya masih lagi mengalir. Tiada lagi ungkapan terbaik selain ucapan syukur kehadrat Allah atas kurnian yang cukup bernilai ini. Tak pernah diduga olehnya betapa Allah menyayanginya. Meletakkan sebutir permata dihadapannya, seseorang yang sememangnya mampu mendidiknya dan sememangnya diharapkannya selama ni.



“Ya Allah..seandainya inilah bukti kasih sayangmu untuk hambamu yang dhoif ini..kurasakan aku tidak layak untuk membalas kasih sayangmu ini.Ianya terlalu besar buatku..

Ya Allah..sekiranya inilah ujianmu untukku..betapa beratnya amanah ini untuk aku pikul tanpa bantuanmu

Ya Allah..hambamu ini tiada sebarang daya tanpa bantuanmu Ya Allah..

Bantulah aku Ya Allah agar dapat aku pikul amanah ini dengan kekuatan yang ada dan lahirkanlah dari zuriat kami nanti petera puteri yang mampu aku bentuk untuk mempertahankan agamamu dan saudara seagamanya..”



Bersambung episod seterusnya...sabar menanti..




Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh : Ibnurusyd






Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 3)

Saturday, June 28, 2008


Nurul memandang cincin bertahtakan berlian dijari manisnya. Dia tersenyum sendirian. Hatinya makin terbuka untuk insan yang sedang mengetuk pintu hatinya, meminta izin untuk menetap disitu.


“Manis bakal menantu makcik ni..”


Nurul tersenyum sambil wajahnya tertunduk malu.

“Ini dari mustaqim. Dia kirim sampul ni untuk kamu..Insyaallah nanti makcik bawa orangnya datang sendiri..katanya segan lagi nak datang..nak kenal dulu katanya..”

Nurul hanya tersenyum mendengar bual bicara bakal ibu mertuanya sambil menyimpan kemas sampul yang diberikan tadi..

“Mak kamu dah bagitahu hajat mustaqim..?”

Nurul hanya mengangguk.



“Makcik ikutlah apa yang terbaik untuk kamu berdua..yang nak kawin tu kamu..kami ni setuju jelah..”. Suara bakal ibu mertuanya lagi sambil memandang kearah bakal besannya.



“Ye tak..?”



Nurul tersenyum, geli hati dia melihat ibunya hanya mengangguk. Mengikut apa yang dirasakannya baik.




Majlis pertunangan yang dilangsungkan pada sebelah pagi tadi masih segar di dalam ingatannya. Ibunyalah orang yang paling sibuk sekali. Lagaknya bagai mengurus kenduri kahwin. Ayahnya pula diruang tamu. Apa lagi kalau tak berbual rancak dengan kawan- kawannya. Agaknya mungkin bangga menanti kehadiran menantu sulungnya.



Nurul bersendirian dalam bilik. Nasihat ayah petang tadi disemat kemas dihatinya. Sebak bila mengenangkan nasihat ayahnya tadi.




“Nurul..Abah yakin sangat dengan Nurul..bagi abah..Nurul dah faham sangat tanggungjawab Nurul sebagai seorang anak selama ni..Dan abah rasa bukanlah terlalu awal bagi abah untuk membuat keputusan yang sebegini..Bagi abah dah sampai masanya untuk Nurul berumahtangga dan ada sesorang yang bertanggungjawab ke atas Nurul..Betapa besarnya ganjaran dari Allah untuk seorang wanita yang taat kepada Allah dan taat kepada suaminya.Tiada tempat lain baginya selain syurga Allah..Dan abah taknak anak abah yang abah sayang terlepas peluang tu..Nurul berpegang kuat dengan apa yang ayah cakap selama ni..Dan abah rasa bersyukur sangat ada anak yang solehah macam Nurul..selama ni abahla orang yang paling berhak untuk Nurul.tapi selepas ni suami Nurul lah orang yang paling berhak keatas Nurul..Ketaatan pada suami adalah menjadi kewajipan keatas isteri dan rasanya contoh terbaik dan terdekat yang boleh Nurul ikut adalah mak Nurul..Nurul faham kan apa yang abah cakapkan ni..Abah doakan semoga Nurul sentiasa berdiri diatas landasan agama yang kukuh..”



Nurul mencium tangan ayahnya. Air matanya menitis membasahi pipinya.




“Terima kasih abah..Abah selalulah mendoakan Nurul..agar kuat hati nurul berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Nurul takkan mampu sebegini tabah tanpa doa abah dan mak..Nurul takkan hampakan abah dan mak untuk melihat mujahidah muda dalam keluarga ni.Nurul sayang sangat pada abah dengan mak.Doa abah dan mak la sumber kekuatan nurul..”



“Tak lenguh ke cik Nurul oi asyik tersenyum ja tu..”. Nurul pantas memandang Aisyah.



“eeeii..tak baik tau mengata orang macamtu..”



“Bukan mengatala..Cuma Aisyah risau ja sebab kawan Aisyah yang sorang ni dah kena demam angau..”. Aisyah bergurau.



“Aduh!..sakitla..”. Aisyah mengurut-urut tangannya apabila satu cubitan hinggap dilengannya. Sambil bibirnya melemparkan senyuman.



“Betul la kan apa yang Aisyah cakap tu..”

Nurul hanya tersenyum.



“Sakit ke Cik Chah..lama menggosok tu..”

“ha'aa..tangan Nurul tu bukannya taktau..kalau cubit tu sakit betul..”. Aisyah mencebik bibir.



“Ai..tadi dah senyum elok je..sekarang dah masam balik?Sori..hehe..Aisyah..Nurul rasa tenang sangat sekarang tau. Tak macam hari tu..”



“Itulah Aisyah dah bagitahu dulu. Mak dan ayah Nurul mesti fikirkan yang terbaik untuk nurul..Mungkin diorang nak ajar Nurul untuk lebih bertanggungjawab..Dan yang penting Nurul tahu Allah sayang hambanya yang soleh dan sentiasa bersabar..”



“Terima kasih Aisyah..Nurul pun selalu doa yang kawan Nurul Sorang ni cepat-cepat berjangkit penyakit angau Nurul ni..”



Mereka berdua ketawa.



Belum habis lagi nie..ikuti sambungannya....





Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh : Ibnurusyd







Read More......

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 2)

Friday, June 27, 2008


“Kamu ada masalah ke Nurul?Selalunya kamu tak macamni pun..”. Soal Puan Aida. Anak matanya memandang tepat ke arah wajah Nurul.



Nurul tunduk membisu sambil menggeleng lembut.



“Nurul ‘Ain..boleh tak kamu pandang saya..?”



Nurul memandang wajah pensyarahnya. Wajah yang dia benar-benar kagumi. Wanita yang hebat.



“Kenapa kamu menangis..?”



“Puan..saya rasa saya tak dapat nak teruskan belajar la..saya taknak habiskan ijazah ni..”



“Why..?”. Jelas kelihatan riak terkejut diwajah Puan Aida. Pelajar terbaiknya meluahkan untuk berhenti belajar adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.



“Ada orang melamar saya baru ni..dan mak ayah terima..”. Balas Nurul sambil mengelapkan air matanya dengan hujung baju kurungnya.



Puan Aida tersenyum.

“Saya ingatkan apa masalah kamu tadi..selalunya orang gembira la kalau nak kawin..”



“Itulah Masalahnya puan..Sebab saya tak kenal pun siapa yang melamar saya tu..dan saya rasa saya dah tak ada harapan untuk terus belajar..”. Bersungguh Nurul menjelaskan masalahnya.



“Nurul ‘Ain..pandang saya..Saya juga seorang wanita macam kamu..saya juga pelajar macam kamu dulu dan sekarang saya juga masih seorang pelajar..Dan saya seorang isteri, juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata..saya bekerja dan juga seorang suri rumah..bagi saya..kejayaan dan kekuatan saya adalah suami saya..saya takkan mampu untuk menjadi sebaik dan sekuat ini tanpa suami saya..”





Nurul terpaku dengan apa yang diperkatakan.



“Perkahwinan takkan menjejaskan apa-apa sayang..Saya taknak kamu patah semangat macamni. Macamna nak jadi serikandi agama..?”



Nurul terkejut dengan kata-kata itu.terus menusuk ke dalam hatinya.



“Sekarang apa yang perlu kamu lakukan ialah teruskan cita-cita kamu..Tunaikan harapan ibu dan ayah kamu. Hormati keputusan mereka..Insyaallah mereka akan hormat keputusan kamu..”



“Terima Kasih puan..”. Balas Nurul. Ada bunga senyuman dibibirnya.



“Kamu boleh jadi yang terbaik..bentukkan peribadi untuk jadi seorang isteri yang baik..anak yang taat..pelajar yang berjaya..jangan jadikan perkahwinan sebagai alasan untuk kita berhenti belajar..Saya tak nampak apapun kekurangan bagi orang yang berkahwin untuk terus belajar dan berjaya..Pinjamlah semangat dan kesungguhan khadijah dan sumayyah..moga kamu berjaya..”



Nurul mengangguk perlahan. Dia baru sedar kini. Matlamat asalnya sudah jauh menyimpang. Serikandi agama..Mujahidah sejati tak pernah berputus asa.



“Lagipun Nurul..saya sebenarnya taknak orang lain yang dapat anugerah dekan untuk tahun ni..”



Nurul tesenyum lebar.

“Terima kasih sekali lagi puan..I will try my best..”



“Saya minta diri dulu puan..”



Puan Aida tersenyum memandang Nurul. Pelajar kesayangannya.



“Nurul..”. Nurul menoleh memandang Puan Aida, belum pun sempat dia melangkah keluar dari bilik berhawa dingin itu.



“Tahun depan Insyaallah saya ingat nak sambung Phd pulak..Saya cabar awak..”. Suara puan Aida sambil tersenyum.



“Terima kasih puan..saya akan cuba”. Nurul berlalu dengan perasaan bercampur baur. Terharu dengan kekuatan yang dimiliki oleh pensyarah wanitanya itu. Semangat yang diberikan. Cabaran yang dilemparkan. Kesangsian yang hampir padam. Harapan yang kian menyinar. Segalanya bagai bunga tulip yang sedang mekar dipagi hari..Segar mewangi. Bangunlah aduhai mujahidah sejati..




Nurul melipat sejadah dan diletakkannya disebelah. Telekung dan kain sembahyangnya dilipat kemas. Ada titisan air mata yang jatuh mengenai pipi lembutnya. Dia pasrah. Panjang dia berdoa tatkala berkesempatan berbicara dengan tuhannya walaupun hanya seketika. Terasa senang dihatinya kerana dipilih untuk menjadi anak yang soleh tanpa melukakan hati ibu dan ayahnya. Allah begitu menyayanginya dan tidak membiarkannya terus dihimpit seribu macam gelisah. Dan dia bersyukur kerana diberi jalan dan dipermudahkan ruang untuknya berfikir secara rasional.



“Ya Allah jika benar dia diciptakan untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..

Berikanlah dia kekuatan untuk mendidikku..janganlah jauhkan aku denganmu ya Allah..”



Nurul bingkas bangun dari tempat sembahyangnya lalu dicapai telefon bimbitnya.



“Assalamualaikum mak..”



“Waalaikumussalam..”



“Nurul balik besok mak..Tak sabar nak kawin..hehe..”. Nurul berseloroh.



“Hissh..Mimpi apa budak ni..hari tu bukan main nangis taknak..sekarang suka pulak..”



“Hehe..tak adalah..Sebenarnya Mak..Nurul dah fikir masak-masak..Dah buat solat Istikhoroh pun..Nurul takkan hampakan harapan mak dan abah..”. Jawab Nurul tenang.



“eemm..itulah yang mak harapkan..terlanjur kau telefon ni mak nak bagitaulah..”. Celah ibunya.



“Bagitau apa mak..”



“Hajat bakal menantu mak..dia nak kau habiskan dulu ijazah kau tu..lepas tu baru fikir pasal kawin..lagipun dah tak lama kan..Cuma nak ikatla dulu..”. Balas ibunya dicorong telefon.



“Itulah yang nurul nak bincang dengan mak dulu..nak suruh mak bagitaula pada bakal menantu mak tu..tak sangka dia faham kan..?Mak suka ke menantu mak tu..?”. Soal Nurul sambil ketawa.



“Ada ke tanya macamtu..sukalah..Dia tahulah tu..dia pun pelajar macam kau juga..sekarang ni kalau tak silap mak dia baru habis M.A kot kat UIA tu..dahla..hati-hati balik esok. Abah kamu dah memanggil tu..lapar nasi..mak tak hidang lagipun nasi kat abah kau tu..”



“Yelah mak..kirim salam rindu Nurul kat abah..Assalamualaikum..”



“Insyaallah..Waalaikumussalam..”



Nurul berlalu ke katilnya..Dia mengulum senyuman. Terpancar rasa ketenangan dijiwanya.



“Alhamdulillah..”




Bersambung lagi yer....






Hasil Nukilan : Fakhruz Hadfi Bin Ghazali@2007
Disemak oleh
: Ibnurusyd






Read More......

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP