'Signal' Siri Letupan Di Republik Arab Mesir

Thursday, March 5, 2009

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
 
At least one tourist was killed and 21 people injured when a bomb exploded in a crowded Cairo marketplace yesterday, Egyptian police said. The explosion happened in the Khan el-Khalili bazaar, which is popular with tourists, in the centre of the capital.

Last night, the Egyptian health ministry reported that a 17-year-old French girl had been killed. Officials said at least 21 people were hurt, including 13 French, one German and three Saudi tourists, and four Egyptians.  Sumber berita.

KAHERAH: Seorang lelaki melempar sebutir bom di stesen kereta api bandar raya ini yang sesak dengan orang ramai dan penumpang, tetapi tiada dilaporkan cedera.
Sumber berkata, penyerang terus melarikan diri dan setakat ini tidak diketahui motif serangan itu. Sumber: Berita Harian.

Dua siri pengeboman ini menggemparkan Repbulik Arab Mesir baru-baru ini. Namun demikian, ini bukanlah kali pertama berlaku kejadian sedemikian rupa kerana beberapa tahun sebelumnya Bazar Khan el-Khalili pernah digemparkan dengan serangan bom ke atas pelancong asing.

Menurut sumber berita, kejadian tersebut berlaku akibat kesan ketidakpuasan hati segolongan masyarakat Mesir berikutan peristiwa pembantaian rakyat Ghazzah awal Januari lalu. Dalam episod serangan zionis yahudi ke atas rakyat Palestin itu, ternyata kerajaan Mesir secara terang-terangan menyokong usaha menghapuskan gerakan HAMAS dan menghalalkan perbuatan zionis Yahudi.

Presiden Mesir, Husni Mubarak tanpa rasa bersalah menutup sempadan antara Palestin-Mesir sehingga menyebabkan usaha untuk menyalurkan bantuan makanan, perubatan dan Doktor sukarelawan terhenti begitu saja. Kesannya, bantuan makanan dan ubat-ubatan hancur rosak dimamah cuaca.

  Sumber gambar...

Implikasi Sikap Berat Sebelah

Natijahnya, muncul suara lantang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Mesir sehinggakan momentum penentangan itu diaplikasikan dalam bentuk realiti. Bukan sahaja ia mencetuskan gegaran minda tetapi turut melibatkan terkorban nyawa.

Umum mengetahui, setiap pemerintahan yang berasaskan ‘kuku besi’ pasti ada pembangkang yang inginkan sinar kebenaran. Kerana kebenaran tidak akan terpadam sekalipun kebathilan yang dicanang mengoyangkan semesta alam.

Saya menerima mesej lewat Yahoo Mesenger dari seorang rakan mengatakan supaya berhati-hati memakai dan membawa kain lilit tengkuk atau serban bercirikan bendera Palestin ketika keluar daripada rumah kerana dibimbangi boleh disyaki terlibat serangan bom oleh pihak keselamatan Mesir. Kawalan ketat dalam urusan visa dan keselamatan sudah tentu akan dipertingkat terutamanya kepada Mahasiswa/wi Al-Azhar muafidin.

Runsing membungkus atma. Namun selaku Mahasiswa yang tahu betapa Allah SWT sebaik-baik pelindung membuatkan kerisauan itu beransur hilang diserap ayat-ayat Allah SWT:

“..maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.” (Al-Anfaal : 40)

Lihatlah, betapa mereka terlalu sayangkan Amerika dan yahudi sehingga menurut segala suruhan hatta bersikap prejudis menghalang gerakan berunsur Islami bertebaran di muka bumi. Ternyata yang menjadi dalang berjayanya sebuah negara haram yahudi ialah pemimpin yang dikatakan beragama Islam. Tidak malukah mereka dengan perilaku kejam itu? Tidak takutkah mereka bahawa segala perbuatan itu bakal dipertanggungjawabkan kelak?

Realiti Sebuah AAC

Penggemar dan pembaca novel pasti mengenali apa itu AAC. AAC bukanlah ‘Anak Ayam Comel’,  akan tetapi sebuah judul novel bertajuk ‘Ayat-ayat Cinta’ yang ditulis oleh saudara Habiburrahman Saerozi. Perhatikan babak sewaktu berlaku pergaduhan kecil di dalam keretapi Metro.

“Kau memang sungguh kurang ajar perempuan! Kau membela bule-bule Amerika yang telah membuat bencana di mana-mana. Di Afganistan. Di Palestina. Di Irak dan di mana-mana…” Petikan dari Novel ‘Ayat-ayat Cinta’.

Imaginasi penulisan novelis Indonesia itu telah dan sedang berlaku kini. Kesan daripada pemerintah Mesir yang menjadi sekutu dan tali barut kuffar menyebabkan rakyatnya sendiri memberontak samaada secara halus mahupun terang-terangan. Lalu berlakulah siri serangan bom ke atas para pelancong asing yang bertandang ke Mesir. Persoalannya siapa yang harus dipertanggungjawakan? Pemimpin yang menyokong kuffarkah atau Rakyatnya?

Saya lontarkan persoalan ini kepada kalian yang mahu berfikir.


Ibnurashidi
12:51 AM
Siberbay, Tanta.




Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...

30 komentar:

sonata anak kancil said...

Semoga semua umat Islam sentiasa dilindungi Allah swt jua. Kekuatan kita dengan berdoa sentiasa, mudahan semuanya selamat.

Anonymous said...

Salam.. Sungguh geram bile membaca part pemimpin sendiri yg durjana.. Sesama Islam tak di bantu,malah di khianati,sape lagi yg nak tolong! Fikirlah wahai semua org Islam..

DAMAI said...

salam buat kamu ibnurashidi...

apabila redha Allah yang dicari,murka manusia tidak akan memberi kesan sedikitpun...namun,andai redha manusia yang dikejar,mampukah kita hidup tenang dalam murka-Nya?

nahmy said...

salam syeikh..

ana nak komen dgn soalan pulak. adakah kita nak salahkan musuh2 islam yg memang dah 'sifat'nya memusuhi islam atau kita nak salahkan org islam yg menolong/membiarkan musuh islam itu berleluasa? apparently, kita semua tahu memang Allah tulun org islam tp takkan kita nak berpeluk tubuh atas alasan itu?

kan ke Allah dah kata, 'tak Aku tolong org itu melainkan dia tolong dirinya sendiri dahulu'...gitule sedikit-sbyk komen marhaen ana...wallahualam.

Iliana said...

salam ustaz..

aduh, bimbang sekali perkhabaran ini. tapi ustaz, bukankah di Mesir sekalipun, penduduknya bukanlah 100% Islam, ramai juga Yahudi kan. (saya juga tidak tahu mengenai hal ini). kini, mereka membela orang yang seagama, bukan senegara.

apa pun, berhati-hatilah kamu semua di sana. dalam bertindak, kurangkan emosi, tingkatkan rasinaliti. sesungguhnya Allah s.w.t itu sentiasa di sisi, juga di hati..

Tie said...

Entahlah dek, Makcik ni kurang faham dengan sikap kerajaan Mesir (dan lain2nya) tu...Mereka tak ada perasaan belas ke membiarkan saudara2 sendiri mati tanpa dibela...sedih gak !

Permata Nusantara said...

salam Ibnurashidi...kerap kali juga singgah di sini...tp baru kini berani untuk meninggalkan ulasan..(^_^)

persoalan siapa yg harus dipertanggung jawabkan...hurm...tepuk dada bukan tanya selera...tp akal fikiran...terlalu ramai manusia yg boleh dipersalahkan....kita juga mungkin pesalahnya....Sememangnya mungkar kian beraja...dan dunia seolah pejamkan mata...tak mampu berbuat apa...Ya Allah..amankan lah dunia ini dari segala sengketa....ameen...

Anonymous said...

saya sangat pelik bila saya tahu yang Mesir menutup pintu sempadan.jika tidak mahu membantu atas nama sesama Islam, bantulah atas dasar perikemanusiaan.. barang bantuan terbazir begitu sahaja gara2 karenah memreka....
apa yang mereka takutkan sebenarnya yer... kalau mereka buka pintu sempadan itu, apa kesan buruk yang akan menimpa mereka?? saya tak dapat fikirkan rasionalnya...
sedih+kecewa...hurm~

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Tetapi itulah, yang menjadi masalahnya umat Islam sendiri yang menjahanamkan umat Islam. Di saat kita mahukan kebenaran pasti ada saja yang menolaknya. Semoga pintu hidayah terbuka buat mereka!

Bayangkan berapa banyak bantuan yang manusia berikan..tetapi akhirnya musnah begitu saja..aduhh!

Ibnurashidi said...

Nur_syahadah...

Itu antara perkara yang menggeramkan saya..sudahlah ketika diserang pemimpin hanya melihat riang, lalu ada bantuan disekat pula, orang menyokong kebenaran ditindas sekeras-kerasnya..mengeluh panjang saya.

Ibnurashidi said...

salam kembali buat kamu DAMAI...

Lontaran soalan kembali kepada saya?:)
Kita tidak mampu hidup tenang dalam murka-Nya. Lihat saja pemimpin yang korupsi, hidup mereka seringkali diselubungi ketakutan. Ciri keselamatan usah dibicarakan lagi. Sehingga terlalu berprotokol dan ketat disekeliling.

Begitu juga mereka yang kaya raya. Fikiran hanya pening memikir menjaga harta dan mahu mengaut sebanyak mungkin.

Ahli maksiat juga tak terlepas dari jiwa berserabut. Namun, cuba lihat pada wajah mereka yang tawajjuhnya hanya pada Allah. Setenang air dikali. Susah senang selalu saja dianggap ujian baginya. Kerana redha Allah melingkungi diri. Betul atau tidak?

Moga saya dan kalian menjadi orang beriman.

Ibnurashidi said...

Salam nahmy…

Syukran kerana menyuarakan pandangan.
Mahu menyalahkan mereka atau tidak sememangnya mereka tetap bersalah. Biar apapun hujjah mempertahankan mereka yang salah, namun faktanya mereka itu pesalah.

Kerana tidak mahu berpeluk tubuhlah kita seharusnya sentiasa menolong dan membantu saudara seIslam kita. Lakukanlah apa jua cara yang baik, yang tidak melanggar syarak dalam hal bantu membantu. Itulah namanya umat Islam itu SATU dan sangat bertetapan dengan hadis umat Islam itu bersaudara.

Iya, tetapi macammana mahu menolong diri sendiri sedangkan kita masih tak mengenal siapa diri dan siapa pencipta?..bila itu yang terjadi, maka muncul golongan yang tak tahu menolong dirinya dan tak tahu menolong umat Islam yang lain. Semua masing-masing melihat sambil ketawa. (Itulah sifat pemimpin umat Islam sekarang)

Ibnurashidi said...

Salam iliana…

Seingat saya sewaktu mula-mula datang ke sini. Saya diberitahu penduduk kristian di Mesir lebih kurang dalam 10%. Dan selebihnya tentulah beragama Islam. Orientalis juga ramai di Mesir, sehingga wujudnya Universiti Orientalis.
Insya’Allah, La Takhaf Wala Tahzan..Innalahha ma’ana.

Ibnurashidi said...

Salam k.Tie...

Ohh, kak Tie dah jadi makcik ye sekarang?hehe. Apapun, betul seperti yang dikata. Itulah sesuatu perkara yang dasyat selepas serangan Yahudi tempohari.

Ibnurashidi said...

Salam Permata Nusantara…

Terima kasih kerana kerapkali ke sini. Saya terkadang tak perasaan sesiapa yang ke sini. Semoga mendapat manfaat melalui pembacaannya. Silakanlah tinggalkan ulasan, saya tak pernah telah manusia lagi buat masa ni:).

Benar, oleh itu marilah kita keluar dari kepompong masyarakat yang memejamkan mata itu. Bukalah seluas-luasnya. Bantulah sesiapa saja yang inginkan Islam. Sedarkan sesiapa saja yang masih tak memahami.

Ibnurashidi said...

yEm ^^

Itulah manusia. Bila hati sudah gelap zulmat apa jua dasar yang baik semuanya sudah terpadam dek wang dan harta yang menggunung tinggi.
Mereka takutkan US dan Yahudi. Kerana dalang disebalik boneka ini ialah Yahudi dan US. Tak mustahillah mereka mampu memejamkan mata seenak mungkin.

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
DAMAI said...

salam buat yang menjawab soalan ^^

ya,betul jawapan kamu....sepuluh markah untuk soalan kali ini...^^

namun,ketahuilah..bukan mudah hendak menetapkan hati pada niat yang satu (redha Allah) lantaran kiri kanan atas bawah depan belakang kita penuh dengan godaan...

hanya dengan rahmat dan kekuatan dari-Nya sahaja,kita mampu untuk bertahan hingga ke hari ini...lantas,mari sama2 kita panjatkan doa agar kekuatan itu terus Allah beri untuk kita habiskan sisa2 hidup yang tinggal...

Annabuadiary said...

owh ye ke ??? family saya baru berangkat bercuti di sana ...

Ibnurashidi said...

DAMAI...

Benar, sangatlah sukar kerana kita sentiasa dikelilingi oleh hawa nafsu dan syaitan. Ternyata itu menyebabkan manusia tidak pernah puas sehinggalah ke akhirnya. Apa yang penting, marilah bermohon semoga selalu berada di jalanNYA yang lurus.

Harapnya doa yang kamu panjatkan memberi kesan kepada kita semua di sini. Amin.

Ibnurashidi said...

thaliana_damia...

Iya, benar lagi sohih beritanya. Biasanya tempat yang menjadi tumpuan pelancong itulah yang berisiko tinggi. Pesan pada mereka, berhati-hatilah.

Anonymous said...

Ibnurashidi,
Saya sendiri sudah jelak dengan taktik dan permainan kotor dunia hari ini. Negara yang jelas dikata negara Islam juga boleh sanggup membiarkan saudara seislam sendirian ... Aduh, moga Allah sahaja yang membalasnya

Nur said...

Salam Ibnu

Ah, sudah main kotor nampak nya. Sahabat saya pernah menulis, SB di mesir itu kedahsyatan kejahatannya rendah sedikit dari Iblis. MasyaAllah, teruk benar kalau begitu gayanya. Sekali lagi ini mmebuktikan telahan saya bahawa manusia ini sudah rosak hati nya, akal nya, rendah benar akhlak nya.

Kerasa benar hati pemimpin2 sekarang. Sudah lupa bahawa akhirnya akan kembali ke tanah. Akan dihitung. Muslim apa ini? Masih mendakwa muslim kah? MasyaAllah, nur, dont make any unnecessary judgment!

Moga2 semua umat Islam ini selamat iman nya.

sutera putih bertukar pink,,, said...

salam,,,
semoga umat islam selamat hendakNya,,,
Aminn,,,

DAMAI said...

salam ibnurashidi...

balqis ada masalah pada internetnya...nampaknya sampai hujung sem beliau tidak boleh bertinta ^^

Ibnurashidi said...

SangMentari...

Iya, saya juga seperti kamu. Sangat mendukacitakan bila orang Islam yang bencikan Islam. Dalam fikiran mereka apalah yang dimahukan. Jeda.

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

Salam sutera putih...

Na'am, semoga muslimin muslimat dan mukminin mukminat selamat sejahtera dunia akhirat. Kita perlu mentajdidkan minda semula.

Ibnurashidi said...

DAMAI...

Oh begitu rupanya. Nampak seperti masalah besar ya. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan.

Ibnurashidi said...

Salam Nur...

Oh, lebih rendah dari iblis?..saya terkelu lidah mendengarnya. Tetapi, apa yang nyata SB di sini begitu ramai. Silap haribulan habis! Sebabnya di sini mereka mengamalkan sistem undang-undang darurat. Bila-bila masa saja orang boleh ditangkap.

Sungguh memalukan jika mendakwa muslim tetapi mencium tangan kuffar.

P/S: Kamu seakan emosi bila bicara tentang Pak Polisi ya:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP