Majlis bermula sekitar jam 7 malam selepas sahaja menunaikan solat Isya’. Permulaannya sebagaimana biasa pasti kata-kata aluan membuka bicara. Tidak dilupa, buat hiburan ringan kami ditayangkan semula rakaman persembahan ketika penutup MANIS ’09 baru-baru ini.
Kami dihidangkan dengan juadah Makarona campur Pasta goreng.
Makan dalam talam mengeratkan persaudaraan...
Dua
“Pada malam kelmarin kita adakan majlis malam pertama..dan malam ini ialah malam kedua"
Ustaz Zuhdi memberikan sepatah dua kata ketika sessi penerangan ringkas majlis keraian barisan ad-Hoc yang menjayakan program EMINENT ’09.
Inilah kali pertama saya menyertai majlis keraian selama 3 kali berturut. Biasanya selepas tamat program maka semua tirai turut tertutup bersama. Entah angin apa menyelubungi penganjur pada tahun ini. Walaubagaimanapun, terima kasih semuanya!
Jamuan pada malam kedua itu ialah Nasi Kari Daging.
Tiga
“Sebenarnya ana buat perjumpaan ni ada hajat…kalau boleh nak adakan jamuan untuk unit penyiaran dan penerbitan..nak raikanlah..kita buat sate di rumah ana..” Cadang Ustaz Hakim Mat selaku Pengarah bahagian unit penyiaran.
“Ana buleh jaa..” Saya menyokong. Lalu disertai pula persetujuan dari rakan ajk yang lain.
Barisan pembakar sate yang setia menunggu...
Usai solat maghrib hari selasa (24 Mac 2009), saya terus segera ke Tanta Scan menaiki van penumpang.
Ketika sampai di rumah Ustaz Hakim Mat, kelihatan dia sedang sibuk menyiapkan juadah untuk majlis pada malam itu. Sejurus kemudian saya terus menaiki anak tangga menuju ke atas bumbung bangunan. Ustaz Afif, Ustaz Khairul dan rakan-rakan yang lain sudah pun hampir selesai membakar sate.
Susunan rupabentuk sate...
Cuaca sejuk masih belum ada tanda-tanda menghilangkan diri. Desiran angin semilir sejuk membelai pekat malam.
“Ana minta maafla terlewat sikit datang..” Saya memulakan topic bicara.
“Bila start bakar sate ni..berapa cucuk?”
“Kami start lepas asar tadi lagi..ada dalam 500 cucuk juga” Jawab Ustaz Afif selaku Pengarah Unit Penerbitan EMINENT ’09 baru-baru ini.
Laungan azan bergema-gema memanggil manusia menuju kejayaan. Jua menggamit panggilan sujud pada pencipta alam
Allahhu Ahad. Sepicing alunan berlagu, kasus minda berputar teringatkan dokumentari perihal azan seluruh dunia yang berkumandang 24 jam sehari. Sangat menakjubkan!
Sambil membakar, saya terus melemparkan pandangan sejauh mungkin. Melihat panorama alam malam sekitar bangunan batu bertingkat itu. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Sesekali terdengar bunyi siren ambulans diselang-seli alunan hon kenderaan bertalis arus menerjah ke gegendang telinga dari atas sutuh bangunan. Jalan menuju ke Gumlah itu jugalah merupakan jalan utama Tanta ke Iskandariah.
Bergambar sebelum menjamu selera...
Bual bicara kami pelbagai. Ada kisah tentang himar terkena elektrik, ada cerita candat sotong di laut Terengganu, ada pula yang seronok bercerita perihal karenah arab. Sedar tak sedar, kesemua cucuk sate sudah habis dibakar.
Majlis bermula dengan kata-kata aluan dari tuan rumah sendiri. Ustaz Hakim Mat menyampai tujuan dan motif diadakan jamuan. Saya hanya ketawa kecil melihat gelagatnya. Begitu mencuit hati. Sesiapa yang mengenali pasti tahu
fe’elnya yang peramah itu.
Hidangan nasi himpit, kuah kacang, mentimun, oren, sirap bandung, dan roti fino menjadi juadah pada malam itu. Sepuluh cucuk sate membuatkan saya beberapa kali tersandar di dinding. Entah mengapa telinga juga terasa panas menerpa.
Majlis bersurai sekitar jam 12 malam. Saya terus pulang berseorangan mengharung kabus kesejukan ke Siberbay.
“Enta rah fi siberbay?” Saya bertanya seorang lelaki arab. Masih muda dan sedikit berjambang. Segak bergaya kemas. Kelihatan seperti baru lepas membeli barang.
“Na’am..enta rah fi siberbay bardu” Jawabnya ringkas. Sejurus kemudian dia memanggil saya menaiki teksi menuju Siberbay.
Ketika dalam teksi, dia menghulurkan sejumluh LE5 kepada pemandu teksi. Saya cuba meraba-raba poket seluar mencari kepingan duit. Tetapi lelaki arab tadi mengisyaratkan supaya saya tak perlu membayarnya.
“Bagus betul laki ni…” Hati berbisik sendirian.
“Syukran ya amm..barakallahhu fik” Saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Ternyata dia tidak mahu saya membayar wang itu. Alhamdulillah, wa syukurillah!
Benarlah rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana. Usah khuatir pemberiaannya. Syukurlah di saat musibah mahupun senang pasti ada hasilnya nanti.
Ibnurashidi
2:17 AM, 25 March 2009,
Siberbay, Tanta.
Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna...