Rentetan perjalanan Festival Konvokesyen Mahasiswa/wi Cemerlang (FKMC) 2007..

Sunday, October 21, 2007



Sudah lama rasanya jari ini tidak berketak di keyboard untuk menulis coretan-coretan harian kerana sering terkejar-kejar masa ke sana kemari bagi menyelesaikan urusan..sebenarnya kalau nak ikutkan idea dalam minda ni, bermacam-macam idea hendak di taip tetapi masa mencemburui..walaubagaimanapun, Alhamdulillah semalam (20/10/2007) selesai Majlis Istiadat Konvokesyen Pelajar Al-Azhar yang berlangsung di Dewan ACC, Kaherah dengan jayanya. Saya ditaklifkan sebagai Ajk dan selaku wakil pentomen Tanta ingin mengucapkan tahniah kepada PMRAM dan semua yang terlibat menjayakan majlis itu walaupun berlaku sedikit kekalutan ketika majlis hendak dimulakan. Walaupun kami penat, tetapi boleh tersenyum puas kerana berjaya mengendalikan majlis besar penuh protokol seperti itu yang memakan kos berbelas ribu pound Mesir.


Tentatif Majlis

Majlis tersebut bermula pada pukul 8 pagi setelah meja pendaftaran dibuka kepada para graduan serta pelajar cemerlang. Pihak kami juga menyediakan jamuan sarapan pagi untuk mereka serta tag nama bagi memudahkan urusan. Seterusnya para graduan diarak masuk ke dewan diiringi lagu mendayu-dayu rakaman minus-one nasyid malaysia. Selepas itu pula, perarakan VVIP diketuai oleh pembawa kitab suci Al-Quran dibawa masuk ke dewan dan mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan alunan Asma'ul Husna secara beramai-ramai. Apa yang menarik ialah pengerusi bagi Majlis Konvokesyen itu didatangkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Teringat pula seperti Majlis Tilawah Al-Quran yang berlangsung setiap tahun di Malaysia. Sejurus selepas itu, ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, dan para Syeikh yang hadir. Majlis penyampaian dimulakan pada jam 11 pagi kepada para graduan dan graduanita.


Akhirnya, Majlis Istiadat Konvokesyen itu ditangguhkan pada jam 1:00 ptg bagi memberi laluan untuk berehat, solat dan makan tengahari. Di sebelah petang pula diadakan acara pemberian sanad oleh Syeikh Ibrahim Al-kittani kepada para penonton yang hadir. Persembahan diteruskan lagi dengan kehadiran kumpulan nasyid johor mempersembahkan tiga buah lagu sebagai hiburan buat para penonton. Kemudiannya, slide show dan persembahan pentomen dari tanta pula mengambil tempat menghiburkan sidang hadirin. Terdengar hilai tawa penonton terhibur menyaksikan slide show yang dipaparkan kerana lucu dengan watak Upin & Ipin yang diselitkan bersamanya. Tajuk pentomen yang dipersembahkan ialah bertajuk "Epilog Seorang Aku" ianya menceritakan sebuah perjalanan seorang pelajar lepasan sekolah menengah diselubungi kekecewaan dan kekesalan melihatkan beraneka ragam gejala sosial yang berlaku ditanah air. Maka beliau bertekad untuk menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar bagi memperbetulkan kembali keadaan kronik masyarakatnya. Kesan dari pembelajaran yang bersungguh-sungguh akhirnya beliau berjaya dan pulang ke tanah air bahkan menjadi salah seorang pendakwah yang aktif dan disegani. Apa yang menarik ialah, ketika mana babak berpisahnya beliau dengan rakan-rakannya untuk pulang ke Malaysia berlatarbelakangkan alunan lagu "Doa Perpisahan" membuatkan penonton mengalirkan air mata kesyahduan. Terima kasih buat Saudaraku Husni Mubarak sebagai suara latar dan Ibrahim Mansur sebagai pembaca sajak kerana sanggup menyumbangkan suara mereka bagi menjayakan pentomen itu. Sebagai penutup acara majlis, sekali lagi penonton dihiburkan dengan alunan nasyid yang disampaikan pula oleh kumpulan Al-Wadi membawakan lagu agak sedih juga. Maka berakhirlah Majlis tersebut pada hari itu dengan berjalan lancar. Semoga ditahun hadapan PMRAM dapat mempertingkatkan lagi persiapan untuk Majlis seumpama itu nanti.






Begitulah sedikit sebanyak gambaran perjalanan Konvokesyen anjuran PMRAM pada kali ini, semoga anda semua yang terlibat berpuas hati dengan perjalanan Majlis tersebut. Ketahuilah, tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini seratus peratus. Pasti ada kesalahannya. Walaubagaimanapun, kesalahan itu boleh diperbetulkan dengan teguran yang membina dan muhasabah. Sekian, wassalam.:)



Ibnurashidi
Siberbay 

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP