Masa untuk berpindah ke rumah baru...

Tuesday, October 30, 2007


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Semalam, tanggal 29/10/2007 bersamaan hari Isnin pada jam lebih kurang 8 pm - 9 pm saya bersama ahli bait berpindah ke rumah baru. Rumahnya tidaklah jauh dari rumah lama tetapi memandangkan banyak juga barang-barang perlu diangkut jadi terpaksalah kami menyewa chevrolet untuk diangkut sekaligus. Walaupun terasa agak berat hati untuk berpindah tetapi memikirkan banyak kesan positif yang boleh diambil seandai berpindah ke rumah baru maka berangkatlah juga. Sebelum ni, saya bersama 3 orang sahabat yang lain telah menginap dirumah lama tersebut selama 1 tahun. Walaupun tidaklah lama sangat akan tetapi ukhwah yang terbina bersama-sama terasa sudah lama bersama. Pelbagai kenangan pahit manisa bersama dirasa.
 


Begitulah resam manusia, sebagai abid di dunia yang fana ini kita hanyalah seumpama musafir diperjalanan nan jauh. Kita seringkali akan berpindah randah ke satu tempat ke satu tempat kerana itulah hakikat sebenar yang perlu kita sedari. Cuba kita semak perjalanan hidup kita selama bertahun-tahun di muka bumi ini, semenjak dari dilahirkan kita baru sahaja berpindah dari alam rahim ke alam dunia. Apabila semakin besar meniti remaja, kita berpindah pula dari alam kanak-kanak ke alam remaja. Begitulah putaran kehidupan seorang manusia sehinggalah kita berpindah ke alam dewasa dan seterusnya alam lain pula yang bakal kita tempuhi. Terasa amatlah singkat masa yang ada pada diri kita jika dihitung secara mata kasar ditolak dengan masa tidur dan sebagainya, mungkin tidaklah banyak masa yang kita ada untuk berfikir, mentafsir, bermuhasabah, beribadat kepada Rabbul Izzati. Kadangkala, diri terasa kosong dan hina kerana tidak ada anjakan paradigma yang diambil untuk menambahkan segala bekalan ilmu dan amal di dalam diri. Masa pantas berlalu, tetapi kita masih di takuk lama. Jadi, bertitik tolak dari situlah saya merasakan ada hikmahnya kita senantiasa berpindah@berhijrah. Ini kerana, kita akan berfikir kemanakah kita selepas itu seterusnya berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi dari yang lama. Begitu juga apabila kita kembali membuka lembaran sejarah perjalanan sirah nabawiyah, seketika Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT juga seringkali melakukan hijrah. Di antara kisah termasyur seringkali kita dengar ialah berhijrahnya baginda dari Mekah ke Madinah seterusnya membina Daulah Islamiyah di sana. Baginda berpindah dari hidup bersama puak jahiliyah kepada masyarakat yang inginkan keizzahan Islam. Cuba kita lihat kesannya selepas itu, Islam diangkat, dijulang, dimuliakan, diagungkan bahkan mampu menguasai 2/3 dunia ketika itu. Banyak sangat role model akhlak mulia Rasulallah SAW telah ajarkan kepada kita, hanya kita sahaja yang tidak mempedulikannya. Kalau hendak dicatitkan dilembaran kertas, sudah tentu berjilid-jilid kitab berkenaan akhlak Rasulullah SAW akan diterbitkan. Bukan sahaja bab yang menceritakan tentang akhlak, tauhid malah pensyariatan secara kaffah juga amat wajib di ambil ihtimam secara serius sebagai langkah penghijrahan dari sistem kuffur ke arah sistem Islam yang ternyata mampu menggegarkan dunia global sekarang. Semuanya terletak ditangan umat Islam itu sendiri disamping berdoa dan bertawakkal usaha ke arah itu lebihlah perlu lagi.


Berbalik kepada kisah saya berpindah rumah, apa yang ingin saya kaitkan dengan cerita serta penerangan mengenai pindah dan hijrah itu ialah sebagai titik tolak ke arah yang lebih baik. Mungkin juga ada hikmah sebenarnya yang kita tidak tahu, bahkan hanyalah Allah mengetahui segalanya. Apa yang saya harap dan doakan semoga dengan berpindahnya kerumah baru saya lebih bersungguh dalam menuntut ilmu serta mendapat kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. Begitu juga sahabat-sahabiah sekelian. Ameenn..





Ibnurashidi


1 komentar:

Anonymous said...

alhamdulillah, ana sekarang selesa berada dirumah baru..bersama teman serumah yang baru..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP