Solat Aidilfitri di Istad, Tanta

Monday, October 15, 2007




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dapat bertemu lagi setelah agak lama saya menyepi dari meng'updates' blog ini. Selawat dn salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta para sahabat. Dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin-muslimat yang mengenali diri ini samaada berada di Malaysia atau di Mesir. Halalkan makan minum serta apa-apa yang berkaitan. Pada kali ini saya ingin menyiarkan sedikit cerita serta gambar-gambar yang di ambil ketika hari pertama Aidilfitri kelmarin.


Pada pagi 1 Syawal, saya bersama kawan-kawan menunaikan solat sunat Hari Raya di Istad (stadium), walaupun kami agak kelewatan namun sempat juga bersolat bersama-sama Jema'ah yang lainnya. Saya mengenakan jubah putih yang baru dibeli di Mekah bersama kot, manakala kawan saya segak bergaya dengan baju melayu sepasang siap bersampin (arab tersenyum tengok pakaian baju melayu..pelik kot baginya, siap sebut bonga-bonga* lagi..entahla saya pun tak faham maksud perkataan tu). Lebih kurang pukul 6:15 pagi solat raya diadakan bersama ribuan Jema'ah yang hadir.



Syeikh yang baca khutbah raya pagi tu...



Seterusnya selepas solat sunat Aidilfitri tersebut, kami bersama-sama mendengar khutbah raya yang disampaikan oleh Syeikh (namanya lupa nak catat). Selepas itu, sempat juga kami bergambar bersamanya dan bergambar ramai-ramai sesama pelajar melayu.



Bergambar ramai-ramai lepas solat raya...



Jema'ah yang hadir di Istad..



Suasana di pagi syawal..




Berpossing dulu reramai..




Khusyuk dengar khutbah raya nampak?...




Syeikh sedang baca khutbah...




Bersalaman dengan arab..


Begitulah serba sedikit gambar yang berjaya di snap ketika di Istad, Tanta. Selepas bersolat kami terus ke Markaz Bait Izzah baru bagi memeriahkan program sempena Aidilfitri yang dianjurkan oleh DPMT 07/08. Insyaallah sambungannya akan saya siarkan gambar-gambarnya selepas ini.


Sekian, wassalam.



p/s : Bonga-bonga : Selalu budak-budak arab mengata kat pelajar melayu.




0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP