Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan El-Mubarak..Selamat Berpuasa!

Wednesday, September 12, 2007



Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...Ku panjat syukur kehadrat Ilahi kerana anugerah dan kurniaNya dapat kembali bertemu ke ruangan Webblog ini kembali serta di beri nikmat Iman dan Islam...Alhamdulillah. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat yang dirahmati..

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan, pada tahun ini kau datang kembali membawa seribu satu macam rahmat sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita..semoga pada tahun ini kita dapat menambahkan serta memperbaiki lagi amal ibadat kita demi mencari keredhoan dari NYA. Ramadhan memberi peluang kepada kita mengutip pelbagai mutiara pahala yang tersembunyi, membawa kerahmatan dan pelbagai keistimewaan yang tidak mampu ku tulis di sini.

Apa yang pasti, kini blog saya berwajah baru! Insya'Allah sepanjang Ramadhan ini saya akan mengisi ruangan ini dengan pelbagai entri berbentuk tazkirah bersiri..Demi untuk kita semua mendapat manfaat darinya..tunggu kemuculannya!

sekian, wassalam..



0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP